Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Nilai Hamba

Thursday, September 10, 2009

Masih ingat lagi, betapa degilnya hati aku untuk mengaku yang Allah itu adalah Tuhan, dan aku adalah hamba. Masih ingat lagi, betapa riaknya hati aku menganggap bahawa aku mampu menentukan keputusan dengan hasil usaha aku. Masih ingat lagi, betapa tidak aku bersetuju dengan kenyataan “Manusia tidak dapat menentukan takdirnya sendiri”. Hebatnya aku, walaupun mungkin kecil bagi orang lain, tapi dalam hati aku, degil taknak mengaku keTuhanan Allah.

Tapi, sekarang aku sedar, alam tak beredar mengikut kehendak aku. Tiada satupun yang bergerak dalam dunia ini, adalah sesuai dengan kehendak aku. Walaupun betapa hatiku mahuukan malam kat Malaysia ni 24 jam, tetapi selepas 12 jam matahari terbenam, matahari akan timbul kembali. Aku tak boleh kawal. Aku sendiri tak boleh kawal, samada aku ke syurga atau neraka. Aku sendiri tak boleh kawal samada aku berjaya atau tidak.

Selalu terdengar kata-kata, “manusia merancang, tetapi Tuhan yang menentukannya”. Tetapi, masih lagi ada manusia-manusia yang tidak dapat menghayati maksud kata-kata itu, termasuklah aku :( . Dahulunya, aku pasti, jika aku berusaha bersungguh-sungguh, kejayaan itu pasti milik aku. Hakikatnya tidak. Berusahalah, bergadailah segala-galanya demi apa yang kau impikan, jika Allah tidak mengaku kau sebagai hamba, adakah kau akan dapat hidup dengan tenang di dalam dunia ini? Tidak mungkin!

Cemane nak cakap ye, Allah banyak ajar aku, dari kecik sampai sekarang. Sedar atau tidak, sebenarnya Allah sahajalah yang sentiasa menemani aku dari kecil. Cemana ek, cam ni… dari kecik kawan aku bersilih ganti, dari kecik, saudara mara datang dan pergi, dari kecik, ibubapa aku bekerja di siang hari tinggalkan aku di rumah. Mereka semua ada masa-masanya tidak berada disisi aku. Tapi satu kenyataan, Tuhan aku tak pernah bersilih ganti, Tuhan aku tidak pernah datang dan pergi, Tuhan aku tidak pernah tinggalkan aku di rumah. Dialah yang sebenarnya tengok aku dari kecik sampai besar.

Semua benda-benda bodoh yang aku buat, main konda-kondi, main teng-teng, jongkang-jongkit, main bakar-bakar (taktau, masa kecik aku kagum gila tengok api bakar kertas - kena sebat dgn rotan.. stendet ar.. ), main sorok-sorok dalam almari, main kapal angkasa bawah meja, dan sekarang pula, main gitar, semua benda-benda yang bangang-bangang, yang baik-baik, sume Allah yang teman aku. Dan rasa seronok, ada yang faham aku sebenar-benar faham.

Bahkan, ada yang menganggap Tuhannya mulia seperti seorang bapa, tetapi aku menganggap Tuhan aku lebih mulia dari seorang bapa.. Dia adalah Tuhan! Tiada darjat yang lebih tinggi untuk Allah, melainkan menganggap dan mengangkat serta mengaku Dia sebagai Tuhan sekalian alam. Tuhan yang merupakan sentiasa berkasih sayang dengan aku.

Lalu, bila sudah sedar kedudukan aku yang sebenarnya hanyalah pak turut, pak sanggup, hamba untuk Allah, sanggupkah aku untuk memikirkan hasil atas usaha-usaha aku? Sanggupkah aku untuk taknak mengaku kalah dengan Allah, ’serender’ dengan Allah. Meng’iya’kan je apa yang Allah nak buat dengan aku.

Aku pun bukan sempurna, tapi, sempurna atau tidak, berdosa atau tidak, gila atau tidak, ‘weng’ atau tidak, cacat atau tidak, masih bergelumang dosa atau tidak, bukan Islam atau tidak, aku masih tetap dan selamanya dari awal-awal lagi adalah hamba Allah. Takleh nak ubah dah. Dan seorang hamba kena hidup sebagai seorang hamba. Asalkan aku sedar kenyataan itu, aku yakin aku akan kembali ke pangkal jalan, bila rasa ‘weng’. k, dah hilang ‘weng’ dah. Terima kasih....

Nilai seorang wanita yang sebenar....huhuhukk...pandangan jer!!

Aku memandang, betapa tingginya darjat wanita yang telah Allah anugerahkan sehinggakan, untuk melihatnya apatah lagi auratnya, berinteraksi dengannya, malah untuk mendengar suaranya sahaja, seorang lelaki perlu membayar dengan menjaganya seumur hidup. Peh! Mahal dan tinggi gile darjat yang Allah letakkan untuk wanita. Kerana itu Allah memerintahkan wanita untuk berhijab.

Analoginya, bayangkan wanita tu seperti emas yang tersimpan kat bank. Punyalah berharga emas tu sampaikan tak semua orang boleh tengok, simpan pun dalam bilik tertutup yang dijaga rapi, malah hanya orang yang dibenarkan sahaja boleh menguruskan dan melihat emas tu. Takde pula, bank letak emas tu kat tempat terbuka, bagi orang lain tengok, semua orang boleh pegang tanpa ada kebenaran dari bank.

Begitu juga aurat dan maruah wanita, punyalah berharga sampai tak semua orang boleh tengok, malah tersimpan baik di sebalik hijab dan peribadinya, hanya orang yang dibenarkan sahaja boleh menguruskan dan melihatnya. Malah perlu mendapatkan kebenaran dari ibubapanya dan membayar dengan menjaganya seumur hidup.

Tapi hakikatnya sekarang…… dengan kapel, pergaulan laki pompuan… dengan cara pemakaian wanita sekarang yang ketinggalan zaman… dan yang masih lagi belum berhijab… hm…

Hanya pandangan aku sebagai seorang lelaki, mungkin wanita lebih memahaminya. Ini sekadar pandangan. :)

Allah satu-satunya tuhan...!!!

Sedarlah wahai manusia sekelian. Sedarlah akan kewujudan Allah. Carilah Allah dan kenalilah Dia. Nescaya Dia akan menjadi tempat yg akan kau damba-dambakan. Tempat untuk kau bermanja. Tempat untuk kau berduka. Nescaya Dia adalah teman kau yang setia.

Semakin hari, semakin aku merasai kewujudan Allah. Semakin aku rasa Allah itu wujud. Allah itu benar. Tak dapat nak cakap macammana perasaannya. Tapi memang terasa kebesaran Allah tu. Memang tak dapat dinafikan lagi. Allah itu adalah satu. Tuhan yang menguasai alam. Tuhan yang amat berkuasa sehingga tidak memerlukan anak dan tidak memerlukan pembantu, seperti tuhan perang, tuhan kekayaan.

Dalam mencari Allah, walaupun tidak seperti yang diharapkan, Allah masih menunjukkan rahmatNya padaku. DiberiNya padaku perasaan akan kewujudanNya. Allah itu bukan sekadar kata-kata yang terbit dari bibir. Tapi lebih dari itu. Diyakini di dalam hati, disebut dgn lidah, disembah dgn seluruh anggota badan.

Mengapa masih ramai diluar sana tidak mahu mengenali Allah? Mengapa diluar sana masih ada yang menganggap Allah itu tidak sehebat mana?

Sembunyi

Sembunyilah oh kawanku, dari pandangan Esa, selagi engkau mampu.
Pasti kau ketemui, kaukan jua diadili, walau sehebat mana kau bersembunyi.
Tetapi kau masih tidak menghiraukan, adanya tuhan yang akan mengadili.
Lalu kau, terlupa, sehingga kau diseksa, di dalam neraka.

Oh adakah kau peduli, akan seksaan yang menanti, di neraka yang sunyi.
Masih kau bergembira, bertemankan syaitan disisi, mengikut telunjuk selagi kau suka.
Sehingga kau berleka tanpa menghiraukan, adanya balasan yang kau terima.
Lalu kau, terlupa, sehingga kau diseksa, di dalam api neraka.

Sembunyi, kala si pencabut nyawa mencari.
untuk menyentap nyawamu, dari tubuhmu itu.
Sanggupkah, kau berlari dan bersembunyi lagi.
kala seksaan neraka, terhidang di depan mata.

[solo]
Sembunyi, kala si pencabut nyawa mencari.
untuk menyentap nyawamu, dari tubuhmu itu.
Sanggupkah, kau berlari dan bersembunyi lagi.
kala seksaan neraka, terhidang di depan mata.

Sembunyi, kala si pencabut nyawa mencari.
untuk menyentap nyawamu, dari tubuhmu itu.
Sanggupkah, kau berlari dan bersembunyi lagi.
kala seksaan neraka, terhidang di depan mata.

The Spirit Carries On

Tajuk: The Spirit Carries On
Lagu: Dream Theater
Lirik: John Petrucci
Album: Metropolis Part 2: Scenes From A Memory

Nicholas:
Where did we come from?
Why are we here?
Where do we go when we die?
What lies beyond
And what lay before?
Is anything certain in life?

They say, “Life is too short,”
“The here and the now”
And “You’re only given one shot”
But could there be more,
Have I lived before,
Or could this be all that we’ve got?

If I die tomorrow
I’d be all right
Because I believe
That after we’re gone
The spirit carries on

I used to be frightened of dying
I used to think death was the end
But that was before
I’m not scared anymore
I know that my soul will transcend

I may never find all the answers
I may never understand why
I may never prove
What I know to be true
But I know that I still have to try

If I die tomorrow
I’d be allright
Because I believe
That after we’re gone
The spirit carries on

Victoria:
“Move on, be brave
Don’t weep at my grave
Because I am no longer here
But please never let
Your memory of me disappear”

Nicholas:
Safe in the light that surrounds me
Free of the fear and the pain
My questioning mind
Has helped me to find
The meaning in my life again
Victoria’s real
I finally feel
At peace with the girl in my dreams
And now that I’m here
It’s perfectly clear
I found out what all of this means

If I die tomorrow
I’d be allright
Because I believe
That after we’re gone
The spirit carries on

Hati Yang Rapuh....

Hati yang rapuh? Macam tak sesuai je tajuk. Mungkin lebih sesuai letak ‘hati yang mudah berubah’, tapi bunyi tajuk ni cam sedap sket. :)

Rupa-rupanya, hati ini terlalu rapuh. Begitu mudah berkecai, begitu mudah hancur, begitu mudah rosak, begitu mudah berubah-ubah, begitu mudah berbolak balik. Tiada siapa dapat menjamin, saat ini hatinya begitu merindui Allah, tetapi saat berikutnya hatinya sudah terleka dengan perkara lain. Tiada siapa dapat menjamin, saat ini hatinya tunduk pada Allah, saat berikutnya ia engkar kepada Allah.

Jadi adakah hati itu boleh menjadi kuat? Bolehkah hati itu diperkuatkan? Aku melihat bahawa hati itu akan sentiasa rapuh, akan sentiasa menjadi sesuatu yang mudah berubah. Dan aku melihat hati itu tidak boleh diperkuatkan. Sifatnya memang seperti itu, berbolak-balik. Jadi bagaimana?

Hati itu hanya menjadi terfokus dan tetap kerana Allah-lah yang sentiasa memelihara, menjaga, monitor, memantau dan meluruskan hati itu. Jadi, tanpa amal-amal wajib dan amal-amal sunnah yang berterusan dan konsisten, maka terputuslah bantuan dari Allah untuk penjagaan hati itu kerana Allah-lah yang memegang hati-hati manusia ini.

Jadi, saat kita terlalai itulah, hati terlepas dari penjagaan Allah lalu ia menjadi tidak tenang dan tidak stabil. Wallahu’alam. Peringatan untuk diri sendiri.

Teman:Sahabat

Wednesday, September 9, 2009

Apabila kita ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kita mungkin akan menjauhinya.. Andai kita ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kita akan membencinya.. Andai kita inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu,Kita mungkin akan memfitnahnya.. Andai kita inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kita mungkin akan menyalahkannya.. Andai kita ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa.. Jangan diharapkan sempurna,Kerana kita juga tidak sempurna.. Apabila bersahabat pastikan selamanya.. Andai disisimu sudah punya yang istimewa, sahabat tetap sahabat,jgn dpinggirkannya..