Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Muhasabah Tahun Baru Masihi

Friday, January 1, 2010

Assalammualaikum wr wb..

Setiap kali tiba 1 Januari, soalan apakah sikap kita sebagai umat Islam dalam menyambutnya sering ditanya dan selalunya, ia akan dijawab dengan beberapa jawapan atau maklum balas segera yang biasa didengar selama ini.

Antaranya ialah haram menyambut kedatangan tahun baru Masihi yang bukan tahun Islam.

Tulisan ini sama sekali tidak bertujuan membincang atau mempertikaikan maklum balas berkenaan tetapi sekadar mengajak pembaca bermuhasabah mengenai hal yang berlegar di sekitar kita seharian. Bukanlah menjadi suatu kesalahan sekiranya kita memperingati kedatangan 1 Januari daripada sudut pergerakan dan peredaran masa.Tuntutan supaya mengambil berat mengenai masa jelas disebut dalam al- Quran sehingga salah satu surah dinamakan al-Asr yang bererti masa.

Firman Allah yang bermaksud: “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al Ashr, ayat 1 hingga 3).

Begitulah firman Allah yang menuntut manusia sentiasa berhati-hati dalam meniti masa hidup mereka. Semuanya memerlukan nilai pengisian yang tinggi (amal soleh) supaya tidak mengalami kerugian. Tuntutan bermuhasabah amat jelas dalam surah yang ringkas dan padat ini. Sebenarnya, wujud jalinan hubungan istimewa antara perkiraan tahun Masihi dan Hijri (Hijrah) kepada umat Islam.

Tahun Masihi dikira menurut `peredaran’ matahari (tarikh as-Syamsi) sementara perkiraan tahun Hijri pula berdasarkan peredaran bulan (tarikh al-Qamari). Islam tidak menolak salah satu perkiraan tarikh berkenaan dalam kehidupan manusia. Perkiraan tarikh as-syamsi untuk menentukan musim kerja atau aktiviti manusia. Daripada tarikh inilah manusia mengenal peredaran musim panas, sejuk, menyemai atau menuai sementara tarikh al-Qamari pula menentukan masa ibadat. Peredaran yang tidak sama antara tarikh as-Syamsi dan al-Qamari menyebabkan umat Islam dapat merasai musim berbeza setiap kali menunaikan ibadat tertentu. Contohnya musim haji dan puasa. Mungkin pada tahun ini, umat Islam berpuasa atau menunaikan haji dalam musim sejuk tetapi beberapa tahun kemudian pula dalam musim panas.

Hal ini memberikan cabaran berbeza kepada mereka ketika menunaikan ibadat berkenaan. Di sinilah terserlah cabaran jihad ketika menunaikan ibadat. Kepentingan menghitung tarikh as-Syamsi terserlah dalam al-Quran melalui cerita Nabi Yusuf ketika membuat tafsiran mimpi raja Mesir.

Al-Quran menerusi ayat 46 hingga 49 Surah Yusuf menceritakan kisah berkenaan sebagai: “(Setelah dia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): `Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat) tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang yang mengutusku, moga mereka dapat mengetahui tafsirannya’. Yusuf menjawab: `Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah ia pada tangkai- tangkainya; kecuali sedikit daripada bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan kamu simpan (untuk dijadikan benih). Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya).”

Kepentingan memerhati perubahan musim seperti yang diceritakan dalam ayat di atas berdasarkan tarikh as-Syamsi iaitu mengenal pasti perubahan cuaca untuk memudahkan aktiviti pertanian selepas mendapat isyarat daripada mimpi raja. Menyambut tahun baru ini dengan ibadat, itulah yang dapat dikatakan sebagai jawapan kepada soalan awal tadi. Ibadat yang dimaksudkan ialah muhasabah.

Muhasabah harus bermula daripada diri sendiri, menilai dan memerhatikan segala aktiviti hidup yang sudah dilakukan sama ada berjaya atau sebaliknya dapat meningkatkan kualiti diri. Kualiti yang dimaksudkan ialah kualiti yang setara dengan apa yang Allah tetapkan standardnya iaitu amal soleh. Amal soleh yang dimaksudkan bukan sekadar amalan berbentuk ritual seperti sembahyang, puasa atau haji, sebaliknya semua aktiviti dan amalan harian termasuk cara berhubung dengan ahli keluarga, masyarakat, cara menilai atau mena’kul sesuatu perkara.

Setiap kali tiba tahun baru kita menanam azam yang bukan sedikit. Ada yang tidak sabar menunggu kiraan detik akhir menjelang tahun baru, mengadakan pesta, konsert dan sebagainya khusus untuk menyambut tahun baru. Tidak ramai sedar atau terfikir untuk menganjurkan majlis muhasabah bagi menilai semula aktiviti atau produktiviti selama setahun berlalu. Mungkin majlis seperti ini boleh dianjurkan pada peringkat organisasi, masyarakat setempat sehinggalah ke peringkat keluarga. Sekiranya dilakukan majlis muhasabah di peringkat organisasi perniagaan atau keluarga, salah satu agenda yang patut dibincangkan ialah pengiraan zakat. Seelok-eloknya akhiri pertemuan muhasabah ini dengan doa selamat atau tahlil atau boleh juga dilakukan solat hajat memohon diberi rezeki yang lebih dalam musim yang akan datang.

Suasana ibadat dan ukhuwah akan terserlah daripada amalan seperti ini.

Sumber : IKIM

Wassalammualaikum.. =)

Selamat Tahun Baru 2010


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Berserta selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w

Assalammualaikum wr wb kepada semua sahabat2 dan rakan2 bloggers...

Kini tahun 2009 telah pun meninggalkan kita. Muncul pula 2010 yang pasti akan terus mencabar kita untuk terus berpijak di bumi Allah ini. Selamat tinggal 2009 dan terima kasih 2009 kerana telah banyak mengajarku. Erm...ntah apa pula yang menanti kita sepanjang tahun 2010 ni (wallahualam)...

Erm, ada apa dengan tahun baru ini. Aku rasa sama je macam tahun-tahun lain, tak lain tak bukan, hanya satu transisi hari-hari yang perlu dilalui. Hari-hari yang perlu aku lalui dengan baik, dan aku tahu, aku mampu melaluinya lebih baik dari ini.

Dan penggal ini, bakal menyaksikan aku terus berusaha untuk menjadi yang lebih baik untuk TuhanNya. Lalu berjaya menyelesaikan beberapa urusan yang perlu aku selesaikannya dengan hanya izin dari Allah. Urusan-urusan yang tertangguh sekian lama. Dan peranan sebagai yang dididik dan yang mendidik dapat dipenuhi dengan hampir sempurna. Dan kualiti pengorbanan menjadi semakin baik untuk dihadiahkan kepada TuhanNya. InsyaAllah. Andai usaha-usaha yang sedang dilakukan ini, diperkenankan Allah untuk dituai hasilnya, maka kejayaanlah yang aku akan miliki. Jika tidak, tak kisahlah.. papela.. no hal.... Haha....

Detik berlalu, dan hari pun selalu berganti…
Fajar senantiasa menyingsing dari ufuk timur…
Jejak-jejak langkah menghiasi kehidupan…
Tangis serta tawa, bergulung bersama…
Ada yang disebut, ada pula yang kian terlupakan…
Satu lahir, maka yang lain pun pergi meninggalkan dunia fana ini…
Cerita dan kesan, telah terukir abadi dalam memori tiap insan…
Langkah kaki terus melangkah…
Menyongsong indah dan terangnya matahari…
Berharap akan dapat bertemu, dengan wujud harapan…
Semoga asa dan cita, segera mawujud dalam nyata….

p/s: Malam tahun baru juga telah mengejutkan aku dan Allah telah memberi peluang kepada hambaNya untuk beriman kepadaNya. Aku harap hamba Allah ni dapat kesedaran setelah terima musibah pada malam tahun baru. Yang pasti aku sentiasa berdoa yang terbaik buat insan ini. (mungkin ada dikalangan korang yang tahu msg ini ditujukan pada siapa)


Wassalam... =)

Selamat Tahun Baru 2010.

Munajat Para Penzikir

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Tuhanku
Sekiranya tiada kewajiban menerima perintah-Mu
Akan kubersihkan Engkau dari zikirku pada-Mu
Tetapi zikirku pada-Mu hanya dengan kadarku, bukan kadar-Mu

Tidaklah disampaikan pada kemampuanku
Sampai aku dijadikan tempat untuk menyucikan-Mu

Di antara nikmat-Mu yang besar bagi kami
Kaualirkan pada lidah kami zikir pada-Mu
Kauizinkan kami berdoa pada-Mu
menyucikan dan bertasbih pada-Mu

Tuhanku
Ilhamkan pada kami zikir pada-Mu
dalam kesendirian dan kebersamaan
pada waktu siang clan malam
dalam suka dan duka
Sertai kami dengan zikir khafi
Bimbing kami melakukan amal suci
dan pekerjaan yang Kauredhai
Balaslah kami dengan timbangan yang memadai

Tuhanku
Kepada-Mu terpaut hati yang dipenuhi cinta
Untuk mengenal-Mu dihimpunkan semua akal yang berbeda
Tidak tenang kalbu kecuali dengan mengingat-Mu
Tidak tenteram jiwa kecuali ketika memandang-Mu

Engkaulah Yang Ditasbihkan di semua tempat
Yang Disembah di setiap zaman
Yang Maujud di seluruh waktu
Yang Diseru oleh setiap lidah
Yang Dibesarkan dalam setiap hati

Aku mohon ampun pada-Mu
dari setiap kelezatan tanpa mengingat-Mu
dari setiap ketenangan tanpa menyertai-Mu
dari setiap kebahagiaan tanpa mendekati-Mu
dari setiap kesibukan tanpa menaati-Mu

Tuhanku
Engkau berfirman dan firman-Mu benar
“Hai orang-orang yang beriman berzikirlah kepada Allah dengan zikir yang banyak bertasbihlah kepada-Nya pagi dan sore (Al-Ahzab: 41-42)

Engkau berfirman dan firman-Mu benar
“Ingatlah Aku, niscaya Aku ingat padamu” (Al-Baqarah: 152)

Engkau perintahkan kami mengingat-Mu
Engkau janjikan kami, Engkau akan mengingat kami
sebagai penghormatan, pemuliaan, dan penyanjungan bagi kami

Inilah kami, sedang mengingat-Mu, seperti yang Engkau perintahkan
Penuhi apa yang Kaujanjikan pada kami
Wahai Yang Mengingat orang yang mengingat
Ya Dzâkiradz-Dzâkirîn
Ya Arharnar-Rahimîn

Munajat ini adalah munajat ke 13 dari l5 munajat Imam Ali Zainal Abidin (sa), salah seorang cucu Rasulullah saw. (kitab Mafatihul Jinan, kunci-kunci syurga)