Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Para shidiqqin

Wednesday, November 18, 2009



Abu Wail, ia berkata, Abdullah bin Mas’ud mengatakan:

“Sesungguhnya setelah mengamati hati para hamba, Allah Ta’ala memilih Muhammad S.A.W. Allah mengutus beliau membawa risalahNya dan Dia memilih beliau dengan ilmuNya. Selanjutnya setelah mengamati lagi hati para hamba, Allah Ta’ala memilih untuk beliau para sahabat dan menjadikan mereka sebagai pembela-pembela agamaNya dan duta NabiNya. Apa yang menurut orang-orang Mukmin baik, menurut Allah juga baik. Dan apa yang menurut mereka buruk, menurut Allah juga buruk.”


Dalam lafaz Imam Ahmad berbunyi:

“Sesungguhnya Allah memandang hati para hamba, lalu Allah mendapati hati Muhammad S.A.W sebaik-baik hati mereka. Oleh kerana itulah Allah lalu memilih beliau untuk diriNya dan mengutus beliau untuk membawa risalahNya. Selanjutnya Allah memandang lagi hati para hamba, dan mendapati hati para sahabat sebaik-baiknya hati para hamba. Lalu Allah menjadikan mereka sebagai para pembantu NabiNya yang bersedia berperang demi membela agamaNya. Maka apa yang menurut kaum Muslimin baik, menurut Allah juga baik. Dan apa yang menurut mereka buruk, menurut Allah juga buruk.”


Surah al-Maidah ayat 54:

Wahai orang-orang beriman! Barangsiapa di antara kamu yang murtad (keluar) dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan satu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, dan bersikap lemah lembut terhadap orang yang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut pada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah yang diberikanNya kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya), Maha Mengetahui.


Adakah kita tergolong di dalam golongan ini? Atau kita sudah jauh dari ciri-ciri golongan ini?

*Berjuanglah saudara-saudaraku

Kehidupan Seorang Muslim


Assalammualaikum wr wb..

Mahukah kita hidup sebagai seorang muslim? Yang bebas dari segala maksiat yang kecil mahupun yang besar walaupun sebenarnya antara keduanya tiada bezanya. Yang bebas dari ambisi yang mendahulukan manfaat untuk diri sendiri. Yang bebas dari fikiran-fikiran kotor. Yang bebas dari tindakan-tindakan kotor. Yang bebas dari tabiat-tabiat kotor. Yang bebas dari amal-amal yang tidak bermanfaat. Yang bebas dari pengaruh-pengaruh selain dari Islam yang kotor. Yang bebas dari berhala-berhala, sembahan-sembahan lain selain dari Allah.

Kehidupan seorang muslim adalah kehidupan yang bersih, yang sihat, yang bermanfaat untuk orang lain, yang mengutamakan orang lain, yang bertindak hanya dalam lingkungan yang diizinkan Allah, yang tidak akan mahu untuk bertindak tanpa adanya perintah Allah, yang meniti dengan berhati-hati atas keredhaan Allah, yang tidak melakukan apapun selain hanya kerana Allah dan manfaat untuk agamaNya.

Kehidupan seorang muslim adalah kehidupan yang sentiasa dihiasi dengan senyuman-senyuman, yang sentiasa diindahkan dengan kasih sayang dan sangkaan-sangkaan yang baik, yang sentiasa hadir untuk memperbaiki dan diperbaiki,yang sentiasa memuliakan manusia-manusia lainnya, yang sentiasa memberikan layanan yang istimewa untuk hamba-hambaNya.

Kehidupan seorang muslim adalah kehidupan yang cita-citanya hanya untuk meraih kecintaan dan keredhaan Allah, yang tidak ada cita-cita dunia, yang setiap tenaganya untuk Islam, yang setiap nafasnya, masanya, fikirannya, hanya untuk kebaikan Islam. Yang sangat merindui mati, yang sangat mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, Allah. Yang tidak memandang langsung kesenangan dunia, yang tidak menginginkan langsung untuk hidup senang kerana khuatir akan jauh dari Allah, yang sentiasa bersiap sedia untuk mati kerana Allah, yang tidak pernah terbelenggu dengan istilah-istilah manusia, piawaian-piawaian manusia, pandangan-pandangan manusia selain dari pandangan Allah.

Kehidupan seorang muslim adalah kehidupan yang tidak pernah dihambat oleh kerisauan, yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah agar Allah menentukan yang terbaik untuknya, yang tidak pernah mendahului Allah dalam menentukan apa yang terbaik untuk dirinya, yang percaya sepenuhnya terhadap ketentuan Allah, yang tidak pernah peduli andai Allah menganugerahkan kesempitan hidup kepadanya, yang sentiasa berusaha untuk memberikan amal yang paling ehsan dalam setiap perkara.

Indahnya kehidupan seorang muslim. Bebas dari dunia yang terbatas, kesempitan jahiliyah dan hidup dalam keluasan Islam. Memang indah...hm..ini baru life enjoy.

Mencari Kehidupan

Mencari kehidupan tidak semudah orang lain apabila ada tanggungjawab-tanggungjawab yang perlu dipikul dan matlamat-matlamat yang perlu dicapai. Apatah lagi melihatkan, ramai yang sibuk menghabiskan masa untuk mencari kehidupan dan tersalah memandang tujuan hidup hanya sekadar untuk itu. Dan kerana itu, aku menjadi takut, teramat takut, kerana khuatir akan turut menyertai mereka-mereka yang berusaha, menghabiskan masa untuk satu bahagian dari Islam. Sedangkan banyak bahagian-bahagian lain yang perlu dipenuhi malah ada bahagian yang lebih utama untuk dipenuhi.

Tapi, benci macam mana pun, mencari kehidupan juga adalah satu dari berbagai tanggungjawab yang perlu dipenuhi, dan bahagian yang satu inilah adalah salah satu jalan yang akan membawa kepada jalan selain jalan yang sepatutnya kita lalui.

Hm.. sekadar luahan