Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengAn orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dwngan nikmat pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka..tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tak nampak pintu hadapan yang telah pun dibuka luas untuk kita. Teman yang paling baik ialah seseorng yang kita boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa2 pun dan kemudiaan berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling panjang dan hebat yang pernah kita alami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. Memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang dia akan menyintai kita juga! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan saja ia untuk mekar di dalam hatinya tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita. ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Jangan pandang pada kecantikkan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ia akan susut. Carilah seseorang yang membuat kita tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hati yang suram. Itu cuma pandangan...
Ya Allah... Jika aku ditakdirkan jatuh cinta... Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu...Amin!
0 comments:
Post a Comment