Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Selamat Hari Lahir Buat Bonda Tersayang..

Thursday, December 24, 2009
بسم الله الرحمن الرحي

Assalammualaikum Bonda..

Sekiranya anakmu mengambil waktu yang terluang untuk memikirkan saat-saat bonda bersabung nyawa melahirkan anakmu ini ke dunia....Subhan-Allah tidak setanding dengan pemberian hadiah atau kek yang anakmu berikan.

Jika anakmu diberi kesempatan untuk mengendong bonda di belakang bahu, lalu mengelilingi kaabah bersama sebanyak tujuh kali, belum tentu anakmu dapat membalas setitik air susu yang diminum sewaktu bayi. Masya-ALLAH!

Anakmu berfikir wang yang diberi setiap bulan,rumah yang dibeli untuk keselesaan,pakaian yang cantik-cantik di hari perayaan,ijazah yang diperolehi tanda kejayaan,pekerjaan berjawatan tinggi yang membanggakan mampu membalas jasa bonda...Astagfirullah...sekali-kali tidak.

Jasa Bonda terlalu besar...yang anakmu mampu adalah doa dan ucapan walaupun ianya tidak memadai.

Selamat Hari Jadi...Bonda

0 comments:

Post a Comment