Jin
- جين
- "يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس
Palestine;Syahidnya Houssam Al-Zahar
Assalammualaikum wr wb..
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani serta selawat atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw... Al-Fatihah dihadiahkan buat Houssam Al-Zahar..
Beliau berusia 22 tahun Komandan Tentera Briged Al-Qassam, Sayap Ketenteraan Hamas di Tebing Gaza. Putera kedua Dr Mahmoud Al-Zahar, pimpinan tertinggi Hamas di tangan tentera Zionis Israel.
Dr Mahmoud Al-Zahar, telah mengasah anaknya dengan perjuangan. Atas ketulusan beliau memberi didikan memperjuangkan agama dan Tanah Air mereka, Bumi Palestin menentang kekejaman Israel, beliau pada kedudukan yang mulia selepas anak pertamanya Muaz Al-Zahar yang syahid di tangan rejim Zionis Israel beberapa tahun yang lalu. Semoga titisan demi titisan darah syuhada di Bumi suci Palestine akan senantiasa menjadi kekuatan untuk menyatukan Penduduk Palestine menentang kekejaman Zionis Israel.
Serangan demi serangan serta pembunuhan beramai-ramai di Gaza tidak lama selepas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush laknatullah menamatkan lawatannya ke Israel serta Negara-negara Teluk – Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Bahrain serta negara UAE. Maka jelaslah, keganasan ini dalangnya ialah dari perancangan W Bush laknatullah dan disepakati oleh Washigton juga Tel Aviv.
Tika ini situasi di Bumi Gaza amat membimbangkan dengan cetusan demi cetusan keganasan yang diciptakan oleh Tentera Zionis Israel yang senantiasa mendapat sokongan Presiden Amerika dan kuncu-kuncunya yang zalim lagi kejam. Mereka terus mengepung tanah yang diduduki 1. 4 juta itu tanpa perikemanusiaan apalagi belas. Selain itu, mereka memutuskan bekalan air dan elektrik serta menyekat sebarang bentuk bantuan makanan dan perubatan daripada sampai kepada penduduk Gaza.
Tangisan demi tangisan, rintihan demi rintihan penduduk Gaza, amat memilukan. Pencerobohan Tentera Zionis ke atas Palestine Bumi Suci ini yang menggunakan segala kelengkapan kereta kebal, helikopter Apache buatan Amerika serta jet-jet pejuang telah melanggar batasan undang-undang antarabangsa, melanggar hak asasi kemanusiaan serta merupakan satu jenayah perang yang besar.
Dr mahmoud yang juga mantan Menteri Luar Kerajaan Hamas, pernah mengadakan lawatan ke Malaysia beberapa tahun lepas. Walaupun lawatan beliau amat singkat, namum mambawa makna bagi setiap mereka yang cintakan jihad dan perjuangan. Di samping itu, beliau ada meninggalkan beberapa pesaanan buat kita yang di Malaysia yang harus kita fikir dan laksanakan dengan tindakan sewajarnya..
Pertama : “Hendaknya kalian terus mendukung perjuangan Rakyat Palestine dan senantiasa mendoakan mereka walaupun jauh dari sini. Hendaklah mereka terus meyakini bahawa tidak akan berundur walau setapaak pun daripada memperjuangkan hak kami di Palestine khususnya kami sebagai pemerintah yang baru dipilih oleh rakyat Palestine secara Demokrasi dan bersih.”
“Kami tidak akan berundur daripada memperjuangkan hak kami untuk kembali. Kami tidak akan berundur dalam mempertahankan Tanah Suci Palestine yang telah dirampas dan hak semua tahanan termasuk wanita dan kanak-kanak untuk dibebaskan dari penjara Zionis Israel.”
Kedua : “Hendaklah berusaha keras menyampaikan berita dan maklumat kepada masyarakat umum terhadap masalah konflik Zionis Israel- Paletine. Segalanya ini boleh disampaikan melalui saluran tertentu seperti surat, media massa, media elektronik, perhimpunan, juga pernyataan pendapat. Sedarlah bahawa isu ini bukanlah konflik antara Israel – Palestine semata-mata. Tetapi semuanya ini adalaah perancangan barat yang didukung oleh Amerika Syarikat dan Zionis bagi menentang Islam yang sedang meluas.”
“Atas dasar inilah kami amat mengharapkan seluruh Rakyat Malaysia, parti-parti politik, NGO, dan media massa berusaha menyampai dan menyebarluaskan maklumat yang sebenarnya dan apa yang sedang berlaku di Bumi Gaza Palestine. Ini adalah jenayah perang tentera Zionis Israel bersama dukungannya amerika serta sekutu-sekutunya.”
Ketiga : hendaklah seluruh Rakyat Malaysia dan seluruh mereka yang ikhlas memahami bahawa ‘Kesatuan Nasional’ adalah matlamat kami. Sekali-kali kami tidaka akan terjebak dengan perang saudara dan tidak akan mengangkat senjata menghadapi saudara seagama kami.”
“Adapun mereka yang melakukan kekacauan dengan menggunakan senjata, itu adalah unsur-unsur yang jahat dan mereka menjadi agen yang menimbulkan masalah dan konflik di antara Rakyat Palestine. Mereka mahu menunjukkan bahawa Gerakan Hamas berlumuran dengan darah Bangsa Palestine sendiri. Kami berjanji sesungguhnya kami daripada Hamas tidak akan terjebak akan hal ini dan tetap berpegang pada kesatuan nasional. Musuh kami adalah Zionis Israel yang akan kami perangi hingga titisan darah terakhir.”
“Dan kami ingin menyampaikan khabar bahawa seluruh Rakyat Palestine kini sedang berada di belakang Hamas. Walaupun kalian sedang dikepung oleh tentera Zionis Israel di segenap sudut dan menghadapi ujian yang amat getir, kami amat yakin dengan janji-janji Allah Subhanahu Wata`ala terhadap mereka yang berjuang serta membela Bumi Suci Palestine dan Masjidil Aqsa.”
Begitulah kata-kata beliau buat kita Rakyat Malaysia. Sedarlah kita bahawa Tentera Zionis makin dan bertambah-tambah kejam bersama Amerika Syarikat dan kuncu serta sekutu-sekutunya. Pelbagai angkara mereka cetuskan...
Sampaikanlah doa buat saudara seagama kita, doakan lah Bumi Suci Palestine itu terbela. Kita yang di sini, perjuangankanlah yang hak, Amal Ma`ruf nahi mungkar. Jangan biarkan sahaja berleluasa, itulah sekecil-kecil jihad kita pada pandangan manusia, tetapi di sisiNYA kitalah yang paling hebat. Tunaikanlah kewajipan kita pada Agama kita yang utama. Keduanya pada bangsa yang seagama dengan kita. Moga kita beroleh keredhaan dan keberkatan dariNYA. Dan syahid idaman menjadi realiti untuk akhir kehidupan kita ini. Insya`allah.
Salam perjuangan, salam jihad fi sabilillah buat sahabat seAgama, seAqidah, dan seperjuanganku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
-
-
Kitab Al-Taudhih - Kitab Al-Taudhih (KASTURI) Harga: RM70.00 Postage SM RM6/SS RM10 Whatsapp +6011-14922333 Kos Pos bagi buku, adalah seperti berikut, 1 buku = SM RM6/SS R...8 years ago
-
Europe Trip (Part 1 : Persiapan) - *(LONDON-SCOTLAND-MANCHESTER-LIVERPOOL-AMSTERDAM)* *11 - 20 MAC 2016 * Assalamualaikum w.b.t.. Selepas seminggu dah pulang dari bercuti ke Europe, barul...8 years ago
-
WANITA ITU - *Tak perlu terus hentam jika ada segelintir yang melakukan salah. Kau nasihat, pakai kelembutan. Kerana itu salah satu tips untuk kau berdakwah.*9 years ago
-
KEUTAMAAN SAHUR - Di bulan Ramadhan ada amalan sunnah yang bisa dijalani yaitu makan sahur. Amalan ini disepakati oleh para ulama dihukumi sunnah dan bukanlah wajib, sebagai...10 years ago
-
Isteri. - Alhamdulillah. 2 bulan 5 hari menjadi isteri. Perasaan paling bahagia, dimiliki secara sah. Menjadi yang halal untuk kamu. Perasaan cinta, berbunga, berk...11 years ago
-
.::.~bertambah usia~.::. - Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah ALLAH masih lagi meminjamkan usia untuk terus bernafas di bumi ini..sungguh nikmat ini begitu besar. alhamdulillah...11 years ago
-
UjianMu Sentiasa Untukku ^_^ - Assalamualaikum. ALLAH Maha Tahu disebalik kejadian kan? Begitu jugak dengan keadaan Sa sekarang. Semalam buat keputusan untuk ke HKL setelah hampir sakit...12 years ago
-
Hitachi Global Storage Technologies Singapore - Those who work in carpentry and other particles in the *hitachi global storage technologies singapore* and is 9.95 inches long. Even though the Hitachi m...12 years ago
-
10 pesanan jadi isteri solehah - 1 - Sentiasa menjadi pendamping suami, menerima segala kekurangan dan tidak membebankan suami 2 - Mendengar dan mentaati suami 3 - Memberi layanan baik kepa...12 years ago
-
MenJadi DIriku by Edcoustic - Tak seperti bintang di langit Tak seperti indah pelangi Karena diriku bukanlah mereka Ku apa adanya Dan wajahku memang begini Sikapku jelas tak sempurna Ku ...13 years ago
-
Yesterday Was The 1st Day Ever. - Yesterday, 26 September 2011 was my first day being a TEACHER for somewhile. I was inspired to write this post when my eyes started to see and my mind s...13 years ago
-
-
100 langkan menuju kesempurnaan iman (part 5-5) - *81. Jangan gusar kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;* *82. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;* *83. Kenal...13 years ago
-
Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun!! - Based on Japan's Mysterious Pyramids (Yonaguni)-History Channel Writter : MistisFiles Editor/Photo : MacJay.Net [Kali terakhir disunting pada 30/4/2011. Tur...13 years ago
-
PERKONGSIAN: ABAIKAN SAHAJA SI JAHIL ITU.. - [Islam itu jangan hanya dikurung dalam hati] *=SEJARAH YANG BERULANG=* Menyelak lembaran seerah, saat mula-mula Islam baru melebar tapak di Mekah, terla...14 years ago
-
Duhai hati jaNGAn terkorBAn dengan DuniA - Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun adakah k...14 years ago
-
Rahasia Hati - 1. Kuterpekur 2. Semua Manusia Sama (SMS) 3. Rahasia Hati 4. Memori Kita 5. Ramadhan 6. Ketulusan Jiwa 7. Pepeling 8. Kelezatan Iman 9. Keagungan Tuhan (A...14 years ago
-
-
-
-
-
-
0 comments:
Post a Comment