Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس
Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Tazkirah; Pertengahan Ramadhan

Thursday, August 26, 2010

Bismillahirahmanirahim

Assalammualaikum wr wb

Salam Ramadhan sahabat semua.

Kita sudah melewati pertengahan Ramadhan. Terlalu cepat masa berlalu. Hari-hari di bulan mulia ini terus meniti waktu seperti selalunya. Terlalu pantas; tidak terasa ia pergi. Lazimnya, kita hanya menyedarinya sudah kehilangannya bila kita duduk merenung dan menghitung-hitung apakah peningkatan amal ibadah di bulan Ramadhan kali ini berbanding Ramadhan tahun lepas.

Semakin terasakah nikmat kita berpuasa di siang hari? Apakah malam kita masih meriah dengan solat yang panjang?

Sesungguhnya, Ramadhan bukan sekadar menghidupkan malam, siangnya kita berlapar-laparan dan berletih-letih. Tetapi Ramadhan adalah untuk menghidupkan fikiran, hati dan jiwa dengan rasa bertuhan.

Ramadhan sebenarnya hendak memeriahkan jiwa dengan rasa kehambaan, rasa hina, rasa lemah dan rasa kerdil di hadapan Allah, tuhan yang Maha Berkuasa. Ramadhan hendak mengimarahkan jiwa dengan rasa rendah diri, takutkan Tuhan, cintakanNya.

Berdiri, rukuk, bersujud, bertasbih di dalam solat yang panjang di malam-malam Ramadhan janganlah hanya sekadar memeriahkan malam yang suram, tetapi ia sepatutnya menjadi bukti syukur seorang hamba kepada Penciptanya.

Terlalu besar nikmat Allah yang kita terima. Jika kita cuba hendak menghitungnya, pasti sepanjang hayat tidak akan selesai. Begitu juga jika kita ingin berterima kasih kepada-Nya, sepanjang hayat tidak mampu berbuat demikian yang sepadan dengan nikmat itu.

Rasulullah cuba melahirkan rasa syukurnya terhadap nikmat Allah dengan bersembahyang pada waktu malam hingga bengkak kakinya. Imam At-Tarmizi meriwayatkan, daripada Al-Mughirah bin Su’bah berkata:

Maksudnya;

“Rasulullah SAW menunaikan solat hingga bengkak kedua kaki Baginda. Dikatakan kepada baginda, apakah sebab kamu menyusahkan diri kamu ini, sedangkan kamu telah diampunkan dosa yang telah lepas dan yang akan datang. Berkata Baginda SAW, apakah tidak aku menjadi hamba yang bersyukur?”

Rasulullah bersabda maksudnya:

“Sesungguhnya Allah berfirman: “Sesiapa yang memusuhi kekasih-Ku, maka sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang dengannya. Tidak ada perkara yang paling Aku sukai dilakukan oleh hamba-Ku untuk mendekatkan diri kepada-Ku selain daripada dia melakukan apa yang Aku fardukan ke atasnya. “Dan sentiasalah hamba-Ku itu menghampirkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan amalan yang sunat hingga Aku kasihkannya. Maka apabila Aku telah kasihkannya, maka Akulah pendengaran yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia menghulur dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya. Jika dia meminta dari-Ku, akan Ku berikan apa yang dipintanya. Dan jika dia memohon perlindungan, pasti akan Ku lindunginya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Ramadhan juga hendak menebalkan rasa berdosa lalu segera memohon keampunan daripadaNya.

Kedatangan Ramadhan adalah bertujuan menghidupkan hati yang mati sebelumnya. Moga-moga kesan sebulan menghidupkan hati mampu kita pertahankan untuk 11 bulan berikutnya. Dan kemudian apabila Ramadhan menjengah lagi pada tahun berikutnya, kita mampu untuk menghidupkan semula hati yang mulai mati… lalu kita atur semual strategi untuk mempertahankannya semula untuk tahun yang berikutnya… Itulah cara terindah ALLAH ciptakan untuk manusia2 hina seperti kita yang seringkali lalai dan leka.

Bagi orang yang bertaqwa, jiwanya pasti hidup setiap masa, kerana cinta dijiwanya tak pernah pudar, dan kehambaannya tak pernah berbelah bagi.

Buat kita hamba yang hina-dina ini, jika hadirnya Ramadhan masih tidak mampu mendidik jiwa dan hati, maka di manakah hendak kita letakkan diri di sisi Ilahi?


Wassalammualikum..

Ahlan Ya Ramadhan!!

Tuesday, August 10, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalammualaikum wr wb...

Marhaban Ya Ramadhan, Marhaban Shahru Siam, Nas alullaha Rahman, Rahmatan ‘Ala Dawam.. Saban hari penuh dengan kesibukan, diri agak alpa tentang kehadiran tetamu agung yang sentiasa dinantikan oleh umat Islam dari seluruh pelusuk negara. Tetamu yang sentiasa datang bertandang selama sebulan pada setiap tahun di setiap hati sanubari umat Islam, mudah-mudahan kita sudah bersedia menerima kehadiran tetamu agung ini. Samada kita bersedia atau tidak ianya tetap akan datang mengunjungi kita. Kehadirannya sangat bermakna kerana dijanjikan pelbagai anugerah bagi mereka yang bersedia menerima kunjungannya. Itulah bulan Ramadhan, tetamu istimewa yang dimaksudkan, sentiasa datang dengan janji-janji Allah Taala untuk ditunaikan kepada mereka yang mentaatiNya.


“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (QS.Al-Baqarah:183)


Maha Suci Allah SWT yang masih lagi memberikan kita peluang untuk menghirup udara segar di bulan ramadhan ini. Bulan mulia yang sentiasa dinanti-nantikan kehadiran dan kemunculannya. Bulan yang datang dengan rahmat yang seluas-luasnya. Bulan yang menjamin kebaikan yang tak ternilai dengan kata-kata. Bulan yang menjanjikan pengampunan segala dosa. Bulan yang dijadikan sebaik-baik pendidik manusia. Bulan yang kembali menautkan ikatan kuat ketergantungan dengan yang Maha Esa. Bulan yang kembali menguji keteguhan ‘baraah’ (keterlepasan) dari segala makhluk dan ilah (tuhan) selain Allah yang Maha Kuasa. Bulan sebaik-baik bulan dan semulia-mulianya.

Tatkala kita hanyut dalam tugasan seharian kita, waktu yang tidak pernah kenal erti letih atau rehat terus sahaja berlalu menghantarkan kita ke putaran demi putaran yang dengan tiba-tiba mengejutkan kita dari hanyutan itu. Kita pun sambil kaget kebingunan tiba-tiba berada di dalam bulan baru yang mulia. Sebegitu dahsyat tugasan mengalpakan kita dan sebegitu konsisten waktu melaksanakan tugasnya tanpa sedetik pun peduli terhadap kita.

Ramadhan datang dan pergi. Eid disambut silih berganti. Ya, tentunya bersama dengan umur yang kian bertambah setiap kali. Kali ini ramadhan datang lagi. Akankah kita membiarkan dia datang lalu menyambutnya seperti tahun-tahun dahulu? Ataukah kita akan menyediakan kejutan baru dan layanan yang lebih baik dibanding tahun-tahun sebelumnya?

Begitu ramai yang sudah pun memberi ceramah akan fadhilat dan kelebihan bulan yang mulia ini. Tidak ketinggalan buku, brosur, risalah, majalah, blog dan sebagainya semua sudah mula memperkatakan dan menuliskan pahala-pahala, keutamaan-keutamaan, kelebihan-kelebihan dan segala yang berkait dengan bulan mulia ini.

Pertanyaan yang ingin saya tanyakan kepada diri saya adalah sejauh mana diri kita benar-benar bersungguh-sungguh dan serius dalam menerima kehadiran ramadhan ini?

Tanpa perlu mengetahui berapa banyak pahala sebuah huruf jika dibaca, adakah kita mahu membaca!? Ertinya, kalau pun kita tahu berapa banyak sekali pun ganjaran yang bakal kita terima tetapi kita tidak melakukannya, maka pengetahuan kita itu sama sekali tidak menguntungkan kita. Berbeza dengan seorang yang tidak pun tahu kelebihan dan lipat ganda ganjaran bacaan Al-Quran pada bulan ramadhan akan tetapi dia melakukannya, maka dia jauh lebih beruntung.

Cabaran hebat khususnya bagi pelajar-pelajar agama lebih-lebih lagi yang berada di tanah arab bagi menghadapi permasalahan ini. Permasalahan menukar tahu menjadi mahu melakukan. Menukar maklumat menjadi amalan.

Ingin sekali saya mengajak diri saya dan semua yang membaca tulisan ini untuk sama-sama kita tanya diri kita adakah kita mahu merangkak, berjalan atau berlari? Kemudian kita tanyakan kepada diri kita sejauh mana jarak yang ingin kita capai? Tanyakan juga sebanyak mana yang ingin kita dapat? Semuanya terletak pada diri kita semua.

Allah SWT ketika ingin mendidik hamba-hambanya dengan menghadirkan ‘camp ramadhan’, membuka pintu syurga yang dipenuhi dengan rahmat dan segala kenikmatan dengan sebesar-besarnya dan menutup pintu neraka yang penuh dengan segala jenis azab, keburukkan, kejelekkan dan segala perkara yang tidak baik di dalamnya. Iblis dan keturunannya turut diikat. Seakan-akan dalam madrasah ramadhan ini semuanya basyir, basyir dan basyir tanpa harus ada nazir. Seakan semuanya kabar gembira tanpa peringatan.

Mana sisi relevannya sistem tarbiah yang begini?

Ia jelas menunjukkan betapa pentingnya usaha untuk mendidik manusia agar buat kerana mahu dan bukan kerana terpaksa. Anda ketika meninggalkan suatu yang fardhu akan mendapatkan azab. Ia menyebabkan anda mahu tak mahu terpaksa mahu kerana jika tidak azab menanti. Di madrasah ramadhan amalan dilipat gandakan ganjarannya ke tahap yang tidak dapat dibayangkan mewahnya. Amalan sunat sahaja bakal berubah nilai ganjarannya menjadi seperti ganjaran amalan fardhu. Amalan fardhu pula berlipat kali ganda ke tahap yang tidak dapat kita bayangkan. Seorang yang waras akan merasa rugi jika peluang mengumpulkan pahala ini tidak dimanfaatkan dengan baik. Namun tidak semua orang punya nyali untuk melakukannya dan untuk benar-benar berusaha mendapatkannya. Nah, yang mendorong adalah kemahuan bertindak itu. Maka yang dilatih dalam madrasah ramadhan ini adalah kerelaan bertindak, kesudian melaksanakan, dan keikhlasan beribadat. Yang dilatih adalah upaya menimbulkan “kemahuan melakukan” di dalam diri. Ynag dilatih adalah “kerelaan menderita” demi suatu yang diinginkan. Yang dilatih adalah “semangat perjuangan” untuk pembuktian cinta.

Usaha peningkatan taraf perlu sentiasa ada. Jika tahun lepas kita mencapai ke tahap tertentu, pastinya tahun ini kita perlu mencapai tahap yang lebih baik. Paling tidak kita perlu ada semangat dan keinginan untuk mencapai ke tahap yang lebih baik. Ya, kita perlu sedari bertambahnya tahun bertamabah jugalah beban dan amanat. Mungkin jika dulu kita tidak terlalu sibuk sekarang kita sudah semakin sibuk. Namun, dalam kamus muslim, kesibukkan bukan alasan akan tetapi usaha itu yang kita inginkan. Orang yang membaca satu juz satu hari dalam keadaan mencuri-curi waktu adalah lebih baik dari orang yang baca tiga juz namun sehari suntuknya digunakan untuk tidur. Maknanya, Allah SWT tidak akan zalim kepada kita kerana dia Maha Tahu dan Maha Adil. Dia tahu siapa yang diberi peluang waktu dan siapa yang tidak. Orang yang diberi keluangan waktu tetapi membaca tiga juz sahaja sehari mungkin menjadikan jumlah bacaan itu sedikit kerana bandingannya adalah masa luang yang Allah SWT peruntukkan kepadanya. Berbeza dengan seorang yang terpaksa mencuri untuk membaca dua tiga ayat tatkala menunggu lampu isyarat bertukar hijau lalu hanya berjaya mendapatkan satu juz sahaja sehari. Tentunya jumlahnya sangat sedikit dibanding dengan tiga juz sehari akan tetapi cuba kita nilai perjuangan dan kegigihan usaha antara keduanya. Siapa sebenarnya yang sedang berjuang mati-matian antara kedua orang tadi?

Usaha peningkatan taraf tidak selamanya dihitung secara matematik. Tetapi perlu dihitung dari segi kegigihan usaha dan kesungguhan berjuang. Tiga juz tahun depan dan dua juz tahun ini belum tentu menurut, walau pun dari segi matematiknya jelas menunjukkan penurunan bilamana faktor kesibukkan dan tanggung jawap diambil kira. Maka, diawal ramadhan ini sudah selayaknya kita sama-sama pasakkan niat dan tencapkan semangat untuk mencapai tahap yang jauh lebih baik dari ramdhan yang lalu.

“In ahsantum ahsantum li anfusikum wa in asa’tum falaha”

Allahummarhamna fi ramadhan. A’inna ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatika, wa tahqiqil juhdi limardhotika fi hazassyahril karim. Allahumma innaka ‘afuwwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anna..”

Selamat Berpuasa!!


Wassalammualaikum..

Rejab Pergi Syaaban Disisi

Tuesday, July 13, 2010

Assalammualaikum wr wb...


Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut bertempiaran ke mana-mana tempat untuk mencari air, setengahnya mengatakan bahawa mereka mencari air itu di gua-gua.

Sebahagiannya pula mengatakan sebab diertikan demikian kerana ia sebagai pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Menurut Yahya bin Mu'adz pula : Sesungguhnya perkataan Syaaban itu terbentuk dari lima huruf, yang mana setiap huruf merupakan singkatan kurnia kepada orang-orang yang beriman. adalah singkatan yang bererti kemulian dan pertolongan, singkatan kepada yang bererti keperkasaan dan keutamaan, singkatan kepada ertinya kebaikan, singkatan bagi ertinya rasa kasih sayang dan singkatan bagi yang bererti cahaya.

Dari berbagai keterangan mengenai pengertian bulan Syaaban itu tadi dapatlah disimpulkan bahawa pada bulan ini adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?" Mereka menjawab : "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui". Baginda bersabda : "Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Keutamaan Bulan Syaaban

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang maksudnya : "Adalah Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasas ebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa ini menunjukkan kelebihan bulan Syaaban dari bulan-bulan yang lain dari segi pemilihan bulan untuk beramal ibadat selain dari bulan Ramadhan.
Selain dari itu, Rasulullah SAW pernah mengumpamakan keutamaan bulan ini dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi-nabi yang lain. Sabda Baginda yang maksudnya : "Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."
Amalan-amalan di bulan Syaaban

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

1. Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagunkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

3. Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.


Wassalammualikum..

Tadabbur Al-Quran:Mengkaji & Menyelidik

Saturday, July 10, 2010

Assalammualaikum..

Maksud tadabbur dalam al-Quran ialah memerhati dengan mengkaji dan menyelidik. Allah jadikan alam ini sebagai sumber hikmah dan daripadanya terdapat rahsia-rahsia kebesaran-Nya. Berfikir tadabbur bermaksud pemikiran manusia terhadap sesuatu yang menjadi sumber kajian, telitian dan penyelidikan tidak terputus dengan maksud penciptaan itu sendiri. Dalam tradisi berfikir orang-orang Barat terdapat kecenderungan mempercayai bahawa alam ini terjadi dengan sendiri atau terjadi secara kebetulan (by accident) lalu lahir teori evolusi dan teori-teori yang seumpama dengannya mengenai manusia, alam dan kehidupan. Dalam tradisi berfikir orang-orang Islam, alam ini diciptakan oleh Allah dan manusia dijadikan dalam keadaan yang sempurna.

Berfikir tadabbur mendidik manusia untuk menghubungkan faktor kajian dan penyelidikan dengan faktor penciptaan dan hikmah di sebalik penciptaan. Allah tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Berfikir tadabburlah yang boleh menghubungkan manusia dengan Pencipta dan persekitarannya. Berfikir tadabburlah yang membimbing manusia mengetahui hakikat yang nyata dan keajaiban yang ghaib. Faktor ghaibiyyat atau yang ghaib menjadi faktor yang amat penting dalam membina jalan berfikir orang-orang Islam.

Para remaja perlu berfikir secara tadabbur dalam memahami diri, Pencipta dan persekitarannya. Alam ini tidak terjadi dengan sendiri. Alam ini ada Penciptanya. Para remaja tidak harus berfikir sesuatu dalam hidup ini hanya dalam lingkungan faktor benda. Faktor benda membimbing pemikiran kepada yang wujud dan maujud. Faktor benda memimpin pemikiran remaja hanya percaya kepada sesuatu yang wujud dan nyata wujudnya dalam penglihatan. Sesuatu yang ghaib dianggap tahyul dan dogma. Pemikiran saintifik mengikut cara Barat berasaskan pendekatan rasional dan empiris di mana sesuatu itu di katakan wujud selepas melalui proses pemerhatian, adanya data dan fakta dan diuji kaji dalam makmal. Faktor ghaibiyyah dianggap tidak rasional sebab tidak boleh diuji kaji.

Berfikir tadabbur tidak menyamakan upaya manusia dengan upaya Pencipta. Menyamakan upaya manusia dengan upaya Allah seolah-olah mensetarafkan manusia dengan Allah. Apabila upaya manusia dikongsikan atau disyarikahkan dengan Allah ia membawa kepada syirik. Allah Pencipta alam ini dan seluruh isinya. Manusia diciptakan dan menjadi sebahagian dari isi bumi. Manusia tidak ada kudrat mutlak terhadap dirinya. Manusia sihat, sakit dan akhirnya akan mati.Manusia tidak mempunyai keupayaan untuk menahan diri dari mati. Berfikir tadabbur memimpin manusia bahawa upaya manusia terbatas seperti juga upaya makhluk-makhluk yang lain. Kemutlakan hanya ada pada yang mencipta dan mengurus alam ini iaitu Allah.

Sesuatu yang Allah jadikan baik pokok mahupun air terkandung hikmah yang besar. Berfikir saintifik cara Barat melihat faktor itu sebagai faktor nature atau dikatakan sedia jadi atau semulajadi. Berfikir tadabbur melihat faktor itu sebagai faktor tabie yang diciptakan dengan maksud memberi rahmat kepada manusia. Pada pokok terdapat sumber makanan, ubatan, oksigen dan lain-lain untuk kepentingan manusia. Berfikir tadabbur mendorong manusia mengkaji di sebalik wujudnya bunga, buah, akar, kulit, daun dan batang, terdapat hikmat yang besar untuk manfaat manusia dan kehidupan. Pada air terdapat faktor fitrah kejadiannya untuk menghilangkan dahaga, membersihkan kotoran dan menyuburkan pokok-pokok serta kehidupan. Daripada kajian dengan penemuan yang terbatas menjadikan manusia merasakan kebesaran dan kehebatan ciptaan Allah yang tidak mampu dilakukan oleh manusia.

Mencipta

Para remaja harus menginsafi bahawa proses mencipta datang daripada Allah. Allah mencipta daripada sesuatu yang tidak ada kepada ada. Manusia hanya menggubah mereka daripada sesuatu yang telah diciptakan kepada sesuatu yang lebih kreatif untuk keperluan dan kepentingan manusia. Allah ciptakan pokok-pokok dan daripadanya ditebang serta diracik-racik oleh manusia dan tukang untuk dibuat rumah dan bangunan. Berfikir tadabbur boleh menjadikan remaja dekat dengan Allah kerana bukti penciptaannya amat nyata. Memahami hakikat kewujudan Allah adalah dengan memahami tanda-tanda kebesaran-Nya. Sekiranya para remaja berada di tepi pantai melihat ada tapak-tapak manusia di situ, para remaja akan percaya bahawa ada manusia pernah lalu di situ walaupun manusianya secara maujud tidak ada. Apabila remaja masuk ke hutan melihat kesan tapak kaki harimau lantas percaya bahawa ada harimau di hutan itu walaupun harimau tidak ada di depan para remaja.

Berfikir tadabbur membimbing remaja bahawa langit, bumi, planet-planet yang berputar, ketepatan dan kelajuan perjalanannya, wujudnya kejadian siang dan malam, hujan dan panas, hidup dan mati adalah tanda-tanda kebesaran Allah. Sunah Allah menentukan kejadian dan perjalanannya. Manusia tidak mengurus alam ini. Manusia hanya dijadikan khalifah untuk mengurus sebahagian dari kehidupan dan mengurus rahmah serta nikmat yang dikurniakan. Alam ini ditadbir dengan tersusun lagi teratur. Manusia mengaturkan sistem lebuh raya dengan kaedah yang canggih tetapi perlanggaran dan kesesakan tetap juga berlaku.

Ia membayangkan kelemahan dan ketidakupayaan manusia. Berfikir tadabbur boleh membimbing remaja betapa hebatnya rahmat dan nikmat yang menjadi rahsia Allah dan limpahan rahmat serta nikmat itu menjadi hikmah yang perlu dikaji. Apa yang manusia tahu tentang hikmah dan nikmat Allah itu masih sedikit. Pada Allahlah terdapatnya Keperkasaan, Kebesaran dan meletakkan Allah Yang Maha Mengetahui. Manusia hanya mengetahui sedikit. Ia meletakkan keimanan yang tinggi terhadap Pencipta.


Oleh DR. SIDEK BABA

Selamat Datang Rejab!

Tuesday, June 15, 2010

Assalammualaikum wr wb..

Salam sejahtera buat sahabat semua yang sentiasa menyinggah di Jin Berbisik. Alhamdulillah, masa berlalu dengan pantas dan membawa kita ke bulan Rejab. Syukur kerana Allah masih memilih kita untuk melalui bulanNya ini yang penuh dengan barakah dan lakaran sejarah tersendiri.

Sama-sama kita perbanyak doa dan zikir:


اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَب وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا شَهْرَ رَمَضَانَ، واَعِنَّا عَلَى الصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَحِفْظِ اللِّسَانِ، وَغَضِّ الْبَصَرِ، وَلاَ تَجْعَلْ حَظَّـنَا مِنْهُ الْجُوعَ وَالْعَطَشَ


Rasulullah Saw juga bersabda: “Bulan Rejab adalah bulan Allah Yang Maha Agung, tidak ada bulan yang menandingi kemuliaan dan keutamaannya. Di dalamnya diharamkan berperang dengan orang-orang kafir, karena bulan Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku. Barangsiapa yang berpuasa sehari di dalamnya wajib baginya memperoleh ridha Allah, dijauhkan dari murkanya, dan diselamatkan dari semua pintu neraka.”

Dari segi bahasa : Rejab makna menghormati dan memuliakan.

Dinamakan bulan Rejab kerana orang-orang jahiliyah dahulu menghormati dan memuliakan bulan ini dengan mengharamkan peperangan dalam bulan ini.

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam dan ia merupakan salah satu dari 4 bulan ‘Haram’ didalam Islam. Dalilnya terdapat di dalam Firmah Allah swt di dalam Surah Al-Taubah ayat 9 maksudnya : “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati” . Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama’ ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut.

Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam di mana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj Nabi Muhammad saw.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di”israk”kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di”mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja.

Firman Allah SWT:

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” Surah Al Israa ayat 1.

Di sini Jin ingin mengajak sahabat2 terutama umat Islam seluruhnya menyambut bulan ini dengan memperbaharui tekad dan ikrar. Jika sebelum ini kita mengucap Dua Kalimah Syahadah tapi hidup dengan penuh hasad, kemarahan, dendam, benci dan sebagainya, tahun ini kita mengucap Dua Kalimah Syahadah dengan penuh kecintaan kepada Allah. Sebagai hambaNya, yang benar-benar cintakanNya, marilah sama-sama kita memperbanyakkan memuji-muji Allah, amalan dan ibadah. Sekian..

Wassalammualaikum wr wb..

Masam Itu Manis

Thursday, June 10, 2010

Assalammualaikum wr wb...

Cabaran dan dugaan adalah fitrah kehidupan. Adakalanya ombak taufan datang menggoncang hati menghasilkan kegelisahan yang melenyapkan sebuah ketenangan. Hati kita resah, gelisah dengan masalah yang melanda.

Lalu kita menjalani siri-siri kehidupan dengan tekanan sehingga mengukir riak muka masam. Biarpun matahari pagi masih bersinar terang, namun oleh kerana masalah yang membelenggu diri terbina tembok pemisah antara kita dan ketenangan.

Inilah fitrah kehidupan..........

Hidup ini tidak selalunya indah. Walaupun mungkin poket kita dipenuhi dengan wang dan rakan-rakan di sekeliling pinggang, itu semua tidak lagi bermakna andai hati tidak tenang. Ada manusia, apabila diuji dengan secebis kesusahan, ia melenting menghambur kata-kata kesat menyalahkan semua insan serta tuhan. "Apa salah aku sehingga diuji dengan ujian seberat ini?" Mulutnya menzahirkan kebencian. Mengangkat diri ke makam tertinggi.

Firman Allah SWT,

Namun apabila tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, lalu dia berkata, "Tuhanku telah menghinaku" (Al-Fajr, 16)

Insan itu lupa bahawa alam ini tidak sentiasa cerah. Selimut kegelapan malam pasti terbentang setelah matahari siang memancar terik. Dan begitu juga kehidupan kita. Andai segalanya indah dan mudah pasti kita akan bosan dan tidak merasakan nikmatnya sebuah kelapangan. Dan atas dugaan yang melanda, ramai manusia yang lupa diri, lupa tuhan, lupa akhirat. Tidak puas hati, tidak reda dengan masalah yang berlaku.

Mungkin kerana merasakan diri terlalu mulia dan suci untuk mendapat ujian sebegitu. Dan mulalah ia menyalahkan segalanya, hanya dirinya saja yang berada pada kebenaran. Namun sekiranya difikir-fikir kembali, sehingga bila emosi itu akan menyelesaikan masalah?

Oleh itu kehidupan mengajar kita bahawa 'kita adalah siapa kita'. Sekiranya kita inginkan bahagia, maka kebahagiaan pasti hadir. Sebuah kisah yang dipetik daripada buku "The 7 habits of Highly Effective People" oleh Stephen R. Covey – sebuah kisah tentang seorang banduan di zaman pemerintahan diktator Nazi. Dia seorang lelaki yang menjadi banduan dalam tahanan penyiksaan oleh askar nazi yang kejam.

Setiap hari dia diseksa, dipaksa berkerja keras serta tidak diberi makanan. Berbagai-bagai penyiksaan dikenakan. Namun apa yang pelik adalah dia tidak pernah merungut, bahkan sentiasa tersenyum. Seolah-olah bahagia. Apabila ditanyakan mengapa ia masih bahagia lalu ia menjawab, "Askar nazi telah menguasai jasadku, oleh itu aku takkan serahkan hatiku kepada mereka. Hati ini milik aku dan aku inginkan hati ini sentiasa bahagia".

Begitulah jua kita. Bahagia itu dicipta dan dipelihara. Berhentilah daripada menyalahkan keadaan, takdir serta kesilapan insan. Sebaliknya marilah kita melihat kedalam diri sendiri, mungkin kita yang lupa dan alpa lantas masalah ini tiba. Andainya kehidupan ini sempit, maka bergeraklah kepada tempat yang lebih luas. Biarkanlah apa yang telah terjadi, masalah yang telah berlaku. Andainya sesuatu telah hilang daripada kita, maka ciptalah ia!

Allah telah mengajar kita dalam Quran,

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum sebelum mereka mengubah diri mereka sendiri" (Ar-ra'd, 11)

Ya, kita adalah siapa yang kita ingin jadi. Kuncinya perubahan. Dan perubahan itu bermula dengan berfikiran positif. Sentiasa positif walaupun berlaku apa-apa dugaan. Masam manis kehidupan ini adalah fitrah. Hidup ini ibarat roda, adakalanya kita berada di atas dan kadangkala kita berada di bawah. Masalah itu penyeri kehidupan yang akan menjadikan kita lebih menghargai sebuah ketenangan. Sekiranya manusia menghidangkan limau masam kepada kita, maka buatlah air limau manis yang menyegarkan. :)

Hidup ini indah. Masam itu manis.

Sekian,
Wallahualam...

Berubah Kehidupan


Assalammualaikum wr wb..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah kini saya kembali lagi menulis di blog JIN BERBISIK yang telah lama ditinggalkan bersawang. Maaf kan saya wahai sahabat sekalian, alhamdulillah kini saya menulis kembali. Mungkin dalam mengubah kehidupan kearah yang lebih baik mencabar masa saya dan masa tidak pernah cukup pada saya. InsyaAllah akan saya teruskan perjuangan ini..

Hidup ini memerlukan perubahan ke arah lebih baik dalam semua keadaan. Kualiti kehidupan, baik yang berkaitan kehidupan di dunia maupun di akhirat, perlu ditingkatkan setiap masa. Sikap mudah berpuas hati dan tidak mahu berusaha lagi perlu dibuang jauh-jauh.

Tuntutan memperbaiki diri meliputi semua perubahan atau pertukaran daripada yang buruk kepada baik, dan daripada baik kepada lebih baik lagi. Kehidupan ini tidak sepatutnya dibiarkan statik biarpun telah berada di tahap yang baik. Usaha ke arah itu memerlukan satu daya kesedaran yang berterusan untuk membentuk kemampuan yang boleh melonjakkan diri melepasi halangan yang terbentuk dalam diri dan persekitaran. Tidak dinafikan, usaha untuk berubah bukan satu perkara yang mudah. Terdapat banyak halangan yang menjadikan usaha itu terbantut. Sebab itu, berubah kepada kebaikan termasuk dalam tugas jihad. Semangat yang teguh diperlukan untuk berubah. Halangan biasa menjadikan manusia tidak berdaya berubah memperbaiki diri ialah sifat malas, kejahilan, nafsu dan kurang keyakinan diri. Tambah lagi, syaitan sentiasa membisikkan dalam diri agar meninggalkan kebaikan, dan sebaliknya melakukan kejahatan. Selain halangan dalam diri, terdapat juga halangan persekitaran yang menggagalkan niat untuk berubah. Halangan itu biasanya pengaruh rakan, budaya masyarakat, tiada sumber kewangan dan kejadian semuajadi di sekeliling.

Kejayaan tidak mungkin dicapai jika sekadar melakukan usaha separuh hati dan tanpa perancangan yang teliti. Individu yang ingin berubah menuju kehidupan dengan lebih nilai kebaikan perlu menanam tekad, iltizam, keazaman dan keikhlasan yang kuat untuk melakukannya. Bertaubat juga sebahagian daripada cara untuk memperbaiki diri. Sesiapa yang bertaubat bermakna berubah dari keadaan berdosa kepada diampunkan dosanya. Orang yang bertaubat juga berubah meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukan sebelum itu.


Maksud hadis Rasulullah: "Orang yang berhijrah itu adalah mereka yang meninggalkan perbuatan dosa." (Hadis riwayat Ahmad).


Niat dan usaha hendak memperbaiki diri perlu dilakukan sedari awal dan tidak hanya menanti apabila usia memasuki usia senja. Banyak orang memberi alasan ingin bebas berseronok ketika usia muda. Usia muda masa terbaik untuk mengumpul lebih banyak pahala. Ketika itu tenaga masih kuat. Daya ingatan tajam dan mudah mengingati apa yang dilakukan. Semangat orang muda juga berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu yang diingini. Orang muda biasanya belum mengidap penyakit berbahaya yang biasanya menghalang seseorang daripada bergerak bebas. Ketika usia muda, tumpuan lebih dapat diberikan untuk membina landasan kehidupan yang lebih baik.

Peluang ini wajar direbut sepenuh sebelum tiba masa tua yang mana lebih banyak halangan untuk beribadat seperti kurang tenaga, penyakit, ingatan tidak tajam, dan tanda-tanda lain yang dikaitkan dengan usia tua. Malah, banyak orang yang menghabiskan hari tua dalam keadaan nyanyuk. Dalam keadan begitu bagaimana hendak memperbanyakkan ibadat. Urusan kehidupan yang biasa pun tidak dapat diuruskan dengan baik.


Masa muda termasuk perkara yang perlu direbut sepertimana sabda Rasulullah yang bermaksud: "Rebutlah lima kesempatan sebelum datang lima yang lain; iaitu masa mudamu sebelum tiba masa tuamu, masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu, masa kayamu sebelum datang masa fakirmu, masa lapangmu sebelum tiba masa sibukmu, dan masa hidupmu sebelum datang kematianmu." (Hadis riwayat Tirmizi).


Usaha untuk berubah kepada kebaikan memerlukan pengorbanan dan bukan sekadar angan-angan. Sekiranya ingin berubah tidak perlu menanti masa tua. Individu yang benar-benar ikhlas untuk berubah tidak menangguhkan masa. Tambahan, usia kita semakin menunju penghujung, tidak tahu berapa lama lagi peluang untuk terus menyedut udara nyaman di dunia ini. Berhati-hatilah, kita tidak mengetahui berapakah lagi usia yang berbaki. Sesungguhnya nafsu tidak mengenal usia. Kekuatan nafsu tidak berkurang dengan bertambahnya usia seperti berkurangnya tenaga, daya penglihatan dan daya pendengaran. Nafsu masih ingin kepada keduniaan biarpun ketika hampir menemui maut.


Sabda Rasulullah bermaksud: "Anak Adam boleh tua, tetapi akan tetap tinggal bersamanya dua perkara iaitu kemahuan keras (nafsu) dan panjang angan-angan." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Untuk mendidik nafsu perlu dilakukan secara berterusan. Rasulullah menjelaskan dorongan nafsu adalah sebahagian daripada penyakit yang menyebabkan banyak berlaku kerosakan dan penderhakaan. Penyakit nafsu tidak dapat disembuhkan melainkan melalui peningkat keimanan dan ketakwaan. Ini perlu dilakukan dengan asuhan iman yang dilakukan secara berterusan bermula sejak usia kanak-kanak, disuburkan ketika alam remaja dan diteruskan ketika meniti alam kedewasaan.


Sabda Rasulullah bermaksud: "Sesungguhnya umatku akan ditimpa oleh penyakit umat-umat dahulu; sombong, suka bermegah-megah, mengumpulkan kekayaan (dengan cara yang tidak sah), berlumba-lumba merebut kemewahan dunia, pulau memulau, saling berdengki hingga mengakibatkan berlakunya penderhakaan dan keadaan kacau bilau." (Hadis riwayat Hakim).


Bagi memastikan kehidupan sentiasa dalam keredaan Allah, diri perlulah sentiasa dikuasai oleh akal dan bukannya nafsu. Akal akan menyuruh manusia melakukan kebaikan dan menolak daripada melakukan kejahatan. Dengan kekuatan akal yang dikuasai perasaan keimanan akan sentiasa menetapkan tujuan hidupnya untuk menemui Allah dengan keadaan yang sempurna amalan kehidupan di dunia ini. Atas matlamat itu kehidupan yang dilalui penuh bermakna dan tidak tergelincir daripada landasan keimanan. Berubah meninggalkan kepalsuan dan dosa adalah sebenar-benar tanda keimanan. Hakikatnya tiada untungnya bagi sesiapa yang merebut dunia dan meninggalkan akhirat kerana akhirnya tetap akan merasakan kerugian yang tidak dapat ditebus lagi apabila diri sudah berada pada hari pembalasan.


Renungkan Firman-Nya yang bermaksud: "Apakah kamu berpuas hati dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanya sedikit." (Surah at-Taubah, ayat 38).


Sesiapa juga hidup di dunia ini tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan dosa. Sebab itu Allah membenarkan taubat sebagai pembersih diri. Jika diri tersalah memilih jalan dosa, bersegeralah berubah memilih jalan yang sebenarnya. Mari kita sama-sama berubah ke arah kebaikan. Tidak kiralah berapa banyak perubahan itu dicapai, asalkan perkara itu dilakukan secara berterusan. Islam menganjurkan agar mengamalkan sikap istiqamah dalam melakukan sesuatu kebaikan.


Sekian,
Wallahualam...

Seputar Tentang Dakwah

Thursday, June 3, 2010

Assalammualaikum sahabat semua..

Dakwah secara literal bererti menyeru dan mengajak. Apabila kita melihat pengertian yang lebih khusus bersangkutan dengan Islam, ia adalah satu urusan menyeru manusia kepada Allah dengan Hikmah dan teladan yang baik untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya Islam. Ia adalah satu proses yang telah berlaku, sedang dan akan terus berlaku sehingga hari kiamat, kerana ia adalah urusan Allah yang akan terus dipelihara-Nya. Sekalipun orang-orang yang berdakwah mati satu persatu, akan terus lahir di atas muka bumi ini orang-orang baru yang akan menanggung amanah tersebut. Kita juga menikmati Islam dan Iman pada hari ini setelah berlakunya proses Dakwah yang panjang sejak Rasulullah SAW dibangkitkan. Bahkan sebelum kebangkitan Rasulullah SAW lagi, telah berlaku proses dakwah oleh para nabi dan rasul sebelum baginda. Rasulullah SAW dibangkitkan sebagai pelengkap kepada dakwah para nabi dan rasul sebelumnya, dengan membawa sistem yang lengkap dan teratur, iaitu Islam itu sendiri yang berlandaskan Al-Quran dan Hadith.

Makanya, dakwah itu adalah sesuatu yang berkait secara langsung dengan sesiapa sahaja yang memeluk Islam. Peringkat kefahaman yang sempurna tentang Islam itu belum tercapai sekiranya kita masih belum memahami peranan kita sebagai seorang Da’i ilallah. Walaubagaimanapun, kita harus benar-benar faham akan luasnya skop dakwah, bukan hanya tertumpu pada aspek-aspek tertentu sahaja. Secara ringkasnya, dakwah itu merangkumi seluruh kehidupan kita dan ia akan mencorakkan cara hidup kita. Apabila kita memisahkan dakwah daripada mana-mana aspek dalam kehidupan, apakah kita masih bangga mengatakan bahawa kita hidup di jalan dakwah?

5 Peristiwa Aneh

Thursday, May 27, 2010

Assalammualaikum wr wb..

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara..

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar...

Sekian, Wallahualam..

Kehidupan Sejati

Friday, March 26, 2010

Assalammualaikum wr wb...

Bismillahirahmanirahim...

Sahabat...
Sebenarnya kita mudah lupa atau ada yang dah lupa dari mana datang dan asal diri sendiri, dan ke mana tempat akan dikembalikan setelah mati. Bahkan, ada yang langsung lupa bahawa ia akan mati. Sedangkan persoalan alam Akhirat amat dianjurkan agar diambil berat sehingga Allah mengingatkan kepada kita bahawa Akhirat itu lebih utama.

Firman Allah, maksudnya: “Dan Sesungguhnya kesudahan keaadaanmu (pada hari Akhirat) adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya (Dunia).” (Surah al-Dhuha [93]: 4).

Firman Allah, maksudnya: “Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?” (Surah al-‘Anam [6]: 32).

Firman Allah lagi, maksudnya: “Mereka itulah orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah Yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan.” (Surah al-Baqarah [2]: 86).

Firman seterusnya, maksudnya: “Sesungguhnya orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah Ali Imran [3]: 77).

Firman Allah, maksudnya: “…orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar (di akhirat kelak).” (Surah al-Nisa [4]: 74).

Firman Allah lagi, maksudnya: “Orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan ugama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya.” (Surah Ibarahim [14]: 3).



Dan Allah juga mengingatkan bahawa setiap yang hidup pasti mati...

Firman Allah, maksudnya: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya." (Surah Ali Imran [3]: 185).

Firman Allah, maksudnya: “Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadanya (untuk diberi balasan bagi Segala Yang kamu kerjakan).” (DSurah al-Baqarah [2]: 28).

Firman Allah, maksudnya: “Kemudian Kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Baqarah [2]: 56).

Firman Allah, maksudnya: “Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: ‘Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu Dalam keadaan Islam’.” (Surah a-Baqarah [2]:132).

Firman Allah, maksudnya: “Wahai orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah Dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan Dalam keadaan Islam.” (Surah Ali Imran [3]: 102).

Firman Allah, maksudnya: “Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, Iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, Kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, Kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang Yang bersyukur.” (Surah Ali Imran [3]: 145).

Firman Allah, maksudnya: “…(tanda) orang (sabar) apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah [2]: 156-157).

Firman Allah, maksudnya: “Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu.” (Surah al-Maidah [5]: 48).

Firman Allah, maksudnya: “Wahai orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah al-Maidah [5]: 105).

Bagi orang yang fahami akan maksud firman-firman Allah di atas, maka lantaran itulah, ia tidak mudah terperangkap dengan setiap peritiwa dan kejadian yang terjadi di hadapannya atau ke atas diri kita sendiri, sehingga terputus hubungannya dengan Allah, tetapi sebaliknya ia segera hubungkan dengan Allah. Ia tidak bataskan "punca" atau "kaitan" kejadian dan peristiwa itu hanya dengan makhluk sahaja. Jika kita cuma melihat setiap kejadian hanya ada hubungan dengan makhluk sahaja (sedangkan ia cuma sebagai sebab sahaja), maka jadikan kita sebagai seorang yang terkongkong dan tidak merdeka. Kita lupa Allah-lah yang berkuasa dan penentu terhadap segala perkara, sama ada penentu nikmat atau bala atau ujian ke atas makhluk-Nya.



Ingatlah bahawa dunia ini penuh dengan ujian, khususnya orang yang dikasihi Allah, pasti banyak dengan ujian...

Marilah kita renung akan peringatan Rasulullah s.a.w. bahawa dunia ini ialah Negara bala dan ujian, kita akan fahami bahawa setiap makhluk yang hidup di atas muka bumi Allah ini tidak akan terlepas daripada ditimpa bala dan ujian. Bahkan dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berfirman kepada hamba-Nya yang tidak sabar dengan ujian agar pergi mencari bumi lain yang bukan milik Allah. Kerana selagi berada di atas bumi miliki Allah, selama itu mereka tidak dapat mengelak daripada diuji.

Bahkan, semakin kuat iman dan dekat hati seseorang itu dengan Allah, maka semakin kuat ujian dan cubaan ke atasnya.

Saad bin Abi Waqqas berkata; “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Siapakah yang paling berat cubaannya?” Rasulullah s.a.w. menjawab; “Para nabi, kemudian yang semisal mereka, dan yang semisal mereka. Seseorang akan diuji sesuai dengan kadar (keyakinan terhadap) agamanya. Jika agamanya baik dalam hatinya, maka dia akan menjadi orang yang berat ujiannya, dan jika agamanya agak tipis, maka sesuai dengan itu pula ujiannya. Begitulah ujian hidup, ia akan terus bersama seorang hamba, hingga ketika ujian itu pergi meninggalkannya, maka dia telah bebas berjalan di muka bumi ini tanpa ada kesalahan (dosa) lagi.” (Riwayat Tirmizi).

Abu Said al-Khudri berkata: Aku datang menemui Rasulullah s.aw. dan suhu tubuh Baginda s.a.w. sedang panas, lalu aku meletakkan tanganku di atas tubuhnya dan aku dapat merasakan panas tubuhnya dari atas selimut Baginda s.a.w. Lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, alangkah panasnya suhu tubuhmu?” Lalu Baginda s.a.w. menjawab: “Begitulah kami, cubaan bagi kami dilipatgandakan dan pahala bagi kami juga dilipatgandakan.” Aku bertanya lagi: “Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berat cubaannya?” Baginda s.a.w. menjelaskan: “Para nabi.” Aku bertanya lagi: “Setelah itu siapa lagi?” Baginda s.a.w. menjelaskan: “Kemudian (diikuti) orang soleh, seandainya salah seorang di antara mereka diuji dengan kefakiran, maka kefakiran tersebut membuat mereka tidak mendapatkan kain yang dapat mereka pakai, dan jikalau mereka diuji dengan musibah, mereka akan merasa senang sebagaimana kamu merasa senang ketika mendapatkan kelapangan.” (Riwayat Ibnu Majah).

Sekian, wallahualam...

Awan Itu Hitam...

Saturday, March 13, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...


Awan hitam yang berarak, membawa seribu petanda, entahkan sedih, entahkan gembira, tapi jelas ia membawa satu makna, membuktikan kepada kita yang ‘DIA’ Maha Berkuasa. Namun kerana ledakan keinginan melihat mentari cemerlang menyinar berpanjangan, tetapi awan hitam bersenandung datang menutupi sinar mentari, membuatkan manusia terpinga-pinga, melihat awan hitam mencurahkan isinya, rintikan hujan yang berleluasa lebatnya....

Ada yang menilainya sebagai sebuah kenikmatan, tak kurang juga yang menganggapnya satu penderitaan. Namun semuanya terpulang kepada kecetekan ilmu dan keteguhan iman, berhadapan depan setiap cabaran yang datang. Jelas semuanya membuktikan kebijaksanaan ‘Dia’ yang Maha Merancang. Bukankah dia pernah berkata : “Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.” Surah al-Ankabut : 2-3

Ada masa manusia itu rasa, yang dia mampu berhadapan dengan ujian yang kunjung tiba, berbekalkan segunung ilmu yang dirasakan cukup untuk dijadikan sebagai benteng pertahanan, tapi dia terlupa, benteng pertahanan itukan rapuh, andai tidak disadur dengan besi keimanan. Tapi tidak bermakna dia boleh berlepas tangan, tidak mencari ilmu, hanya menumpukan kepada soal keimanan.

Hahaha.... Mana mungkin ini berlaku, untuk mengetahui iman, bukan hanya perlu menanti ia datang bergolek dan melayang, tapi perlu dicari, diselusuri definisi iman itu sendiri, kekadang ia memerlukan pengorbanan yang tinggi, menjelajah ke seluruh negeri untuk mencari apa itu iman.... dengan kata lain, ilmu itu amat diperlukan. Ilmu menjadi kekuatan dalam mengecapi kemanisan iman, tanpa ilmu, tiada maknalah hidup di dunia. Tanpa iman, manusia itu umpama seorang buta, walaupun kedua matanya celik memerhati segalanya.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, daripada Anas bin Malik : “Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim." (riwayat Bukhari & Muslim)

Terasa bagaikan diri ini tidak berguna, walaupun telah aku ketahui yang ku lakukan ini suatu kesalahan, tapi kerana lazatnya nikmat dunia, ku pejamkan mata, ku lupakan dosa, dan akhirnya aku juga yang menyesal, tapi segalanya tidak berguna. Kerana, iakan berulang kembali, kerana kelazatan dosa itu, amat mengasyikkan. Aduhai diri, tiada guna kau banyak membaca buku-buku agama mendalami ilmu yang berbagai, berceramah dan bertazkirah ke serata dunia, andai dosa sekecil ini tak mampu kau hindari.

Bukankah kau tahu, bahawa ilmu yang tidak diamalkan adalah sia-sia, umpama petani yang menanam pepohon yang tidak berbuah... sedarlah... tidak bermakna kau berilmu dan kau tahu, kau boleh terlepas daripada hisab, lalu kau sangka kau boleh menjawab setiap persoalan Munkar dan Nakir kelak. Innalillah... bersedihlah pada dirimu... kasihanilah dirimu ini... hinalah dirimu ini....

“Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.” Surah as-Saff : 2-3

Ingatlah wahai engkau yang pelupa, Dengarlah dan tampal peringatan ini dalam hatimu, agar kau tidak mengulangi lagi kesalahanmu itu. Celaka kau andai kau terus leka dengan nikmat dunia. Berusahalah, dan teruskan berdoa, Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lahi Maha Penyayang kepada hamba-hambanya yang sentiasa bertaubat.


Wassalammualaikum wr wb...

Jadilah Seorang Pemaaf!

Monday, February 22, 2010
Assalammualaikum wr wb...

Wahai sahabat-sahabatku... marilah kita bersama menjadi seorang pemaaf... Meh aku kongsikan skit tulisan dari sebuah buku...




Firman Allah SWT:
"Jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh" (surah Al-A’raf, ayat 199)


Sangat tidak sepatutnya menjauhi saudara hanya kerana satu atau dua kebiasaan buruk yang tidak dapat diterima, sementara selebihnya baik. Dalam konteks ini, satu atau dua kesalahan masih dapat dimaafkan, dan kesempurnaan adalah tingkatan yang sukar dicapai.



Al-Kindi seorang ahli falsafah muslim terkenal pernah mengatakan:

"Bagaimana boleh anda mengharapkan satu moraliti tertentu dari teman anda, sementara ia terdiri dari empat tabiat. Jiwa saja yang merupakan bahagian paling dekat dengan (setiap) manusia dan merupakan pusat kendali untuk memilih dan berkehendak, tidak dapat memberikan kendalinya itu kepada orang yang memilikinya untuk melakukan semua kehendaknya, dan tidak boleh pula mengiyakan semua yang diharuskanya. Bagaimana dengan jiwa orang lain?"


Firman Allah SWT:

"…. demikianlah keadaanmu dahulu, lalu Allah menganugerahkan nikmatNya atas kamu…."
(An-Nisa: 94)

Dan firmanNya lagi:
"…. maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertaqwa"(An-Najm: 32).


Abu Ad-Darda’ Radhiyallahu ‘anhu mengatakan:
"Mencela teman itu lebih baik daripada harus kehilangan dirinya. Siapa orangnya yang boleh mendapatkan segalanya pada diri saudaranya?"

Perkataan Abu Ad-Darda’ ini kemudian memberi inspirasi para penyair untuk mencipta bait-bait syair dengan makna yang sama. Di antaranya Abul Atahiyah:

"Hai saudaraku tersayang siapakah engkau sebenarnya hingga ingin mendapatkan dari saudaramu yang menghuni dunia ini apa yang engkau inginkan? Pertahankanlah sebahagian kemampuanmu yang diperlukan oleh orang lain agar kamu tidak membosankan setiap orang yang tidak dapat engkau berikan kepadanya semua kemampuanmu"


Kemudian Abu Taman Ath-Tha’i mengatakan:

"Tiada kerugian yang paling parah bagi seseorang selain kehilangan aqalnya. Dan tiada seorang pun yang dapat memperoleh seluruh yang diinginkan dari saudaranya."


Seorang ahli ilmu balaghah pernah berkata:

"Janganlah hanya kerana satu aib tersembunyi atau dosa kecil yang sebenarnya dapat ditutupi oleh kebaikannya yang lebih banyak, anda menjadi jauh dari seseorang yang pernah anda puji latar belakangnya, yang pernah anda terima kehidupannya, yang pernah anda ketahui kemuliannya, dan yang pernah anda ketahui kemampuan berfikirnya. Sesungguhnya engkau selamanya tidak akan mendapatkan teman yang bersih tanpa kelemahan dan tidak pula pernah melakukan suatu kesalahan. Oleh kerana itu, cerminlah pada dirimu sendiri sesudahnya; pertimbangkanlah dia dengan pandangan yang objektif; dan janganlah kamu menilainya dengan pandangan seenakmu. Sesungguhnya pertimbanganmu terhadapnya dan juga penilaianmu kepadanya akan membantumu untuk mendapatkan apa yang engkau inginkan dan membuatmu bersikap penyantun terhadap orang yang berbuat kesalahan"


Sehubungan dengan hal ini, seorang penyair mengatakan:

"Tiada seorang pun yang dapat memuaskanmu semua karakternya. Cukuplah bijak bagi seseorang bila dia mahu menghisab kelemahan-kelemahan dirinya."


Seorang penyair Mukhadhram (separuh usianya di masa jahiliyyah dan separuh usianya di masa Islam) bernama An-Nabighah Adz-Dzibyani telah mengatakan:

Engkau
Tidak akan mendapatkan seorang teman pun yang bebas dari celaanmu
kerana kelemahan yang ada padanya
kerana mana ada orang yang bersih dari kelemahannya.



Isi dari syair ini tentu saja tidak bertentangan dengan apa yang saya gambarkan tentang bagaimana seharusnya memilih teman, dan bagaimana seharusnya memilih sifat-sifat yang empat yang ada dalam diri seorang teman, bahawa kekurangannya boleh dimaafkan. Itu ertinya, adanya kekurangan pada dirinya mambuat anda menjauhinya dan berburuk sangka kepadanya, padahal anda tidak melihatnya sendiri melakukan penyimpangan dan kemungkaran itu. Hendaklah semua kekurangan itu dialihkan ke dalam jiwa yang lapang dan hati yang damai. Sebab sebagai seorang manusia terkadang lalai untuk memperhatikan jiwanya, bahagian paling dekat dengan dirinya itu. Dan, itu bukan bererti memusuhinya dan bosan kepadanya. Dikatakan dalam butir-butir hikmah: “Jangan rosakkan hubunganmu dengan seorang teman oleh prasangka buruk, padahal sebelumnya engkau yakin benar akan kebaikannya’



Pesan Ja’far bin Muhammad kepada anaknya:

"Wahai anakku, siapa di antara teman-temanmu yang marah kepadamu sebanyak tiga kali, dan yang dikatakannya adalah kebenaran, maka jadikanlah ia teman"




Al-Hasan bin Wahab pernah berkata:

"Di antara hak-hak mencintai adalah memberi maaf terhadap kesalahan teman dan menutup mata atas kekurangannya. Itu pun jika ada"



Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘anhu tentang firman Allah Ta’ala:

"… maka maafkanlah (mereka) dengan cara yang baik" (Al-Hijr: 85)

Menurut Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘anhu, maksud dari ayat diatas adalah redha dengan tanpa mencela.



Ibnu Rumi pernah berkata:

"Manusia dan dunia ini pasti mempunyai kekurangan yang tak sedap dipandang mata atau kelemahan yang mencemari kemulusannya. Tidaklah adil jika engkau menginginkan teman yang bersih di dunia ini sedang engkau sendiri tidak bersih"




Seorang penyair lainnya menyatakan:

"Hubungan kita sepanjang masa tetap bistari. Adapun perpisahan antara kita hanyalah seperti hujan di musim semi. Curahnya yang deras menakutkanmu tetapi engkau akan segera lihat kelemahannya kerana ia cepat beranjak. Semoga Allah menghindarkan kita dari kebencian saat bersua selain hanyalah kemanjaan orang yang dicintai kepada orang yang mencintainya."


Firman Allah SWT:

"…. seandainya tidak kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu sekelian, nescaya tidak seorang pun dari kamu bersih (dari perbuata keji dan mungkar itu) selama-lamanya"
(An-Nur: 21)



Seorang penyair mengatakan:

"Engkau menginginkan teman yang sempurna tanpa kelemahan. Maka adakah kayu gaharu yang menebarkan keharuman bila tanpa asap?"



Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

"… maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertaqwa." (An-Najm: 32)



***
Petikan dari Buku Jangan bersedih -Don’t Be Sad (setelah kesulitan pasti ada kemudahan)
Karangan: Dr ‘Aidh bin Abullah Al-Qarni, Perterjemah: Noraine Abu.



Wallahualam...

Hukum dan Sejarah;Valentine

Saturday, February 13, 2010

Assalamualaikum wbth....

Wahai sahabat-sahabatku... Mari kita kongsi bersama mengenai Valentine...

Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.

Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.

Sejarah Sambutan Hari Valentine


Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.

* Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

* Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

* Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

* Pendapat keempat. Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum sambut Valentine


Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)


Dipetik daripada http://ustazahcyber.blogspot.com

Palestine;Syahidnya Houssam Al-Zahar

Friday, February 5, 2010

Assalammualaikum wr wb..

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani serta selawat atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw... Al-Fatihah dihadiahkan buat Houssam Al-Zahar..

Beliau berusia 22 tahun Komandan Tentera Briged Al-Qassam, Sayap Ketenteraan Hamas di Tebing Gaza. Putera kedua Dr Mahmoud Al-Zahar, pimpinan tertinggi Hamas di tangan tentera Zionis Israel.

Dr Mahmoud Al-Zahar, telah mengasah anaknya dengan perjuangan. Atas ketulusan beliau memberi didikan memperjuangkan agama dan Tanah Air mereka, Bumi Palestin menentang kekejaman Israel, beliau pada kedudukan yang mulia selepas anak pertamanya Muaz Al-Zahar yang syahid di tangan rejim Zionis Israel beberapa tahun yang lalu. Semoga titisan demi titisan darah syuhada di Bumi suci Palestine akan senantiasa menjadi kekuatan untuk menyatukan Penduduk Palestine menentang kekejaman Zionis Israel.

Serangan demi serangan serta pembunuhan beramai-ramai di Gaza tidak lama selepas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush laknatullah menamatkan lawatannya ke Israel serta Negara-negara Teluk – Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Bahrain serta negara UAE. Maka jelaslah, keganasan ini dalangnya ialah dari perancangan W Bush laknatullah dan disepakati oleh Washigton juga Tel Aviv.

Tika ini situasi di Bumi Gaza amat membimbangkan dengan cetusan demi cetusan keganasan yang diciptakan oleh Tentera Zionis Israel yang senantiasa mendapat sokongan Presiden Amerika dan kuncu-kuncunya yang zalim lagi kejam. Mereka terus mengepung tanah yang diduduki 1. 4 juta itu tanpa perikemanusiaan apalagi belas. Selain itu, mereka memutuskan bekalan air dan elektrik serta menyekat sebarang bentuk bantuan makanan dan perubatan daripada sampai kepada penduduk Gaza.

Tangisan demi tangisan, rintihan demi rintihan penduduk Gaza, amat memilukan. Pencerobohan Tentera Zionis ke atas Palestine Bumi Suci ini yang menggunakan segala kelengkapan kereta kebal, helikopter Apache buatan Amerika serta jet-jet pejuang telah melanggar batasan undang-undang antarabangsa, melanggar hak asasi kemanusiaan serta merupakan satu jenayah perang yang besar.

Dr mahmoud yang juga mantan Menteri Luar Kerajaan Hamas, pernah mengadakan lawatan ke Malaysia beberapa tahun lepas. Walaupun lawatan beliau amat singkat, namum mambawa makna bagi setiap mereka yang cintakan jihad dan perjuangan. Di samping itu, beliau ada meninggalkan beberapa pesaanan buat kita yang di Malaysia yang harus kita fikir dan laksanakan dengan tindakan sewajarnya..





Pertama : “Hendaknya kalian terus mendukung perjuangan Rakyat Palestine dan senantiasa mendoakan mereka walaupun jauh dari sini. Hendaklah mereka terus meyakini bahawa tidak akan berundur walau setapaak pun daripada memperjuangkan hak kami di Palestine khususnya kami sebagai pemerintah yang baru dipilih oleh rakyat Palestine secara Demokrasi dan bersih.”

“Kami tidak akan berundur daripada memperjuangkan hak kami untuk kembali. Kami tidak akan berundur dalam mempertahankan Tanah Suci Palestine yang telah dirampas dan hak semua tahanan termasuk wanita dan kanak-kanak untuk dibebaskan dari penjara Zionis Israel.”

Kedua : “Hendaklah berusaha keras menyampaikan berita dan maklumat kepada masyarakat umum terhadap masalah konflik Zionis Israel- Paletine. Segalanya ini boleh disampaikan melalui saluran tertentu seperti surat, media massa, media elektronik, perhimpunan, juga pernyataan pendapat. Sedarlah bahawa isu ini bukanlah konflik antara Israel – Palestine semata-mata. Tetapi semuanya ini adalaah perancangan barat yang didukung oleh Amerika Syarikat dan Zionis bagi menentang Islam yang sedang meluas.”

“Atas dasar inilah kami amat mengharapkan seluruh Rakyat Malaysia, parti-parti politik, NGO, dan media massa berusaha menyampai dan menyebarluaskan maklumat yang sebenarnya dan apa yang sedang berlaku di Bumi Gaza Palestine. Ini adalah jenayah perang tentera Zionis Israel bersama dukungannya amerika serta sekutu-sekutunya.”

Ketiga : hendaklah seluruh Rakyat Malaysia dan seluruh mereka yang ikhlas memahami bahawa ‘Kesatuan Nasional’ adalah matlamat kami. Sekali-kali kami tidaka akan terjebak dengan perang saudara dan tidak akan mengangkat senjata menghadapi saudara seagama kami.”

“Adapun mereka yang melakukan kekacauan dengan menggunakan senjata, itu adalah unsur-unsur yang jahat dan mereka menjadi agen yang menimbulkan masalah dan konflik di antara Rakyat Palestine. Mereka mahu menunjukkan bahawa Gerakan Hamas berlumuran dengan darah Bangsa Palestine sendiri. Kami berjanji sesungguhnya kami daripada Hamas tidak akan terjebak akan hal ini dan tetap berpegang pada kesatuan nasional. Musuh kami adalah Zionis Israel yang akan kami perangi hingga titisan darah terakhir.”

“Dan kami ingin menyampaikan khabar bahawa seluruh Rakyat Palestine kini sedang berada di belakang Hamas. Walaupun kalian sedang dikepung oleh tentera Zionis Israel di segenap sudut dan menghadapi ujian yang amat getir, kami amat yakin dengan janji-janji Allah Subhanahu Wata`ala terhadap mereka yang berjuang serta membela Bumi Suci Palestine dan Masjidil Aqsa.”

Begitulah kata-kata beliau buat kita Rakyat Malaysia. Sedarlah kita bahawa Tentera Zionis makin dan bertambah-tambah kejam bersama Amerika Syarikat dan kuncu serta sekutu-sekutunya. Pelbagai angkara mereka cetuskan...

Sampaikanlah doa buat saudara seagama kita, doakan lah Bumi Suci Palestine itu terbela. Kita yang di sini, perjuangankanlah yang hak, Amal Ma`ruf nahi mungkar. Jangan biarkan sahaja berleluasa, itulah sekecil-kecil jihad kita pada pandangan manusia, tetapi di sisiNYA kitalah yang paling hebat. Tunaikanlah kewajipan kita pada Agama kita yang utama. Keduanya pada bangsa yang seagama dengan kita. Moga kita beroleh keredhaan dan keberkatan dariNYA. Dan syahid idaman menjadi realiti untuk akhir kehidupan kita ini. Insya`allah.





Salam perjuangan, salam jihad fi sabilillah buat sahabat seAgama, seAqidah, dan seperjuanganku.

Khalid Al-Walid;Pedang Allah

Wednesday, February 3, 2010

Assalammualaikum wr wb...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani serta selawat keatas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w....

"Saifullah" atau Pedang Tuhan gelaran yang di berikan kepada pahlawan ini. Khalifah Abu Bakar pernah berkata "Tiada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid Al Walid"Pada mulanya ia menentang islam dan atas kebijaksanaan dialah tentera Islam telah dikalahkan dalam perang Uhud.

Keislamannya membuka lembaran baru dalam sejarah Islam bermula dengan perang dengan tentera Rom yang mana ianya hanyalah tentera biasa dalam pasukan islam. Peperangan berat sebelah 200,000 tentera Rom melawan 3,000 tentera Islam.

Mengalir air mata aku dimana 3 pahlawan serangkai yan dilantik menjadi pemimpin perang oleh Khalifah Abu Bakar As-Siddiq iaitu Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abu Talib dan Abdullah bin Rawahah mati syahid ketika mempertahankan panji panji islam sebelum ianya di ambil alih oleh Khalid al Walid dan akhirnya ia berjaya memperdayakan musuh walaupun ketika itu Islam tidak dapat mencapai kemenangan mutlak.

Dengar kata-kata nya yang mengerun kan musuh " ......... kami lebih sukakan kematian sebagaimana kamu sukakan kehidupan" pasti mengerunkan pihak lawan bila mendengar pasukanya hadir dalam mana peperangan.

Kemahsyurannya ketika memimpin tentera islam dalam memerangi orang orang yang mengaku Nabi dan dilanjutkan sehingga menjelajah kerajaan Parsi sepertimana yang pernah yang diberitakan oleh Rasullulah s.a.w. Kerajaan Parsi pasti akan dibinasakan oleh Tuhan dan cahaya islam akan menyinar sehingga ke Rom.

Dia berjaya mengislamkan pahlawan Rom "Gergorius Theodorus" ketika peperangan di Yarmuk. Tidak lama selepas di islamkan Gergorious mati syahid ketika membantu islam dalam peperangan yang sama. Sekali lagi air mataku menitis.

Kerinduan nya memburu Syahid tidak pernah luput sehingga ia menyertai 100 peperangan, sehingga setiap inci disentuhi oleh mata tombak , pedang dan panah tetapi ajalnya tetap bukan dimedan peperangan.

Wassalam.