Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Truut...tuuuuttt.....!

Sunday, October 11, 2009
Bayangkan pada saat kita berdoa dan mendengar ini:
"Terima kasih, Anda telah menghubungi Rumah Allah ".

Pilih salah satu:
* Tekan 1 untuk 'meminta'.
* Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
* Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
* Tekan 4 untuk 'lain-lain permintaan'."

Atau, bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:
"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Sila tunggu. Panggilan Anda akan dijawab mengikut giliran."



Bolehkah Anda bayangkan ketika berdoa, Anda mendapat respon seperti ini:
"Jika Anda hendak berhubung dengan Malaikat Jibril, tekan 1.
Dengan Malaikat Mikail, tekan 2. Dengan lain-lain Malaikat, tekan 3.
Jika Anda ingin mendengar sari tilawah semasa Anda menunggu, tekan 4."
"Untuk pertanyaan mengenai hakikat syurga & neraka, sila tunggu hingga Anda tiba disini!!"
Atau Anda juga boleh mendengar ini :
"Komputer kami menunjukkan bahwa Anda telah membuat panggilan sebanyak satu kali pada hari ini. Sila cuba kembali esok hari." atau, "Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubung kembali pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."

Alhamdulillah, Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menaliponNya setiap saat!!!
Anda boleh memanggilNya pada bila-bila masa saja dan Dia mendengar Anda. Apabila memanggil Allah, Anda tidak akan mendapat nada sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi.

Ketika Anda memanggil, gunakan nombor utama ini: 24434
2 : shalat Subuh
4 : shalat Zuhur
4 : shalat Ashar
3 : shalat Maghrib
4 : shalat Isya

Info selengkapnya ada di Buku Talipon berjudul "AlQuranul Karim & Hadis Rasul"
Hubungan secara terus, tanpa Operator, tanpa Perantara, tanpa bayaran.
Nombor 24434 ini memiliki jumlah saluran hunting yang tak terbatas dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun !!.

Wasalam.

Aku Bimbang...Sangat Bimbang...!


Aku bimbang .. sangat bimbang ..
Bagaimanakah kalau besok.. aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak.. yang belum terqada'
Ingin membayar puasa yang tertinggal.. masih belum aku bertindak
Hutangku masih berlambak-lambak.
Finance kereta-ku belum lagi lunas tertunai
Hutang bank rumah-ku masih belum selesai
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.

Aku bimbang.. sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh
oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
Atau ................ apakah aku akan dibelasah
oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit
Kerana sembahyangku yang amat sedikit.

Aku bimbang.. sangat bimbang..
isyak masuk.. ayah ke surau menyembah Allah
Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA,
Ayah bertasbih, bertahmid.. berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit2.. MENYOKONG PESERTA REALITI TV TU.
Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan
Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
Bagaimanakah nasibku.. setelah dunia aku tinggalkan?

Aku bimbang.. amat bimbang.. imanku masih terumbang-umbang
Ketika aku di dalam kubur.. adakah orang yang akan mendo'akan ?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan
Nasibku di bawah tanah.. adakah siapa yang akan mengenangkan ?
Hilang aku dari pandangan.. hilanglah aku dalam kenangan.
Jadi.. kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan ?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.

Aku bimbang.. sangat bimbang.. amal ibadahku sangat berkurang !
WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang
Tinggalkanlah padang bola.. TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke
masjid seperti orang lain
Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu
Berhentilah menjadi sahabat syaitan
Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH.


"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup
keNerakamu.... kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa .. ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang
telah meninggal dunia"........

Hati

Aku mahu bercerita tentang hati. Tetapi tiada kata yang dapat ditulis. Tiada ayat yang dapat disusun. Hanya yang ada cumalah rasa yang aku rasai. Hati itulah punca kekuatan muslim. Hati itulah titik tolaknya pembenaran itikadnya melalui amal perbuatan. Hati itulah yang perlu dijaga. Hati itulah yang perlu diberi makanan. Hati itulah yang perlu dibasahi. Kerana hati itulah yang selalu bergoncang untuk memilih antara dua jalan yang telah diilhamkan. Dan hati itulah yang perlu ditundukkan agar sentiasa kekal di dalam keadaan fitrahnya.

Apabila hati telah terasa ancaman antara kemaksiatan dan ketaatan, perlu segera dibasahkan dengan zikrullah. Di dalam hati jugalah mulanya sangkaan-sangkaan yang dapat mengantarkan empunya diri ke neraka. Andai hanya ingin dicintai oleh Allah, maka luruskanlah niat, luruskanlah hati. Agar sentiasa ikhlas hidup semata-mata kerana Allah. Semoga hati itu sentiasa kuat untuk melawan bisikan-bisikan syaitan yang hanya menginginkan maksiat dari ketaatan.

Buai Laju-Laju...

Saturday, October 10, 2009

Gambar ni pon aku amek kat pangkor. Time ni aku camping ngan kawan2 aku. Dah lama dah masa tu berlaku. Best lak tengok gambar ni. Duduk di atas buaian, berehat sambil melihat keluasan langit dan laut. Kaki pula sesekali dicium ombak pantai. Huh! Buat lagu pantai best ni.

Kadang-kadang, bila hati sedang berduka, otak sedang bercelaru, terasa tenang melihat ciptaan-ciptaan Allah. Teringin nak pergi ke pantai lagi. Bukan kerana apa, di sini, permandangan diganggu oleh pokok-pokok yang tinggi, bangunan-bangunan yang tinggi. Di sana, permandangan tidak dihalang. Dapat melihat sejauh-jauhnya, seluas-luasnya. Barulah dikatakan beratapkan langit, berlantaikan bumi.

Bila melihatkan alam yang terbentang di depan mata tanpa ada apa-apa yang menghalang penglihatan, terasa kecil sangat diri ini berbanding dengan ciptaan-ciptaan Pencipta yang lain. Tapi makhluk yang kecil inilah telah diberikan amanah yang amat besar, yang gunung-ganang pun tidak mampu menanggungnya.

Kalau melihat jauh ke lautan, tak terjangkau penglihatan kita apa yang ada di sebelah sana. Terfikir, mampukah diri ini mengislahkan apa yang ada di depan mata. Tentu pengorbanan yang diperlukan bukan calang-calang. Sudah tentulah kita dilahirkan bukan untuk suka-suka melainkan untuk menanam benih-benih Islam dan menyuburkannya di serata tempat, sejauh, seluas mana yang kita mampu.

Ya Allah, andai aku terlalai seketika, sedarkanlah aku, sesungguhnya, aku tidak mempunyai kemampuan melainkan Engkau berada di sisi aku membantu aku. Ameen.

Menanti Dibakar

Tajuk: Menanti dibakar.

Jiwaku bergetar, menanti dibakar,
atas dosa silam yang kulakukan selamaku,
Hidup disia-siakan, meniti langkah si syaitan,
Akan ku menghuni neraka, setelah aku dibacarakan.

Setelah kuterjaga, dari lena yang tersia,
menghitung dosa-dosa, bergantungan di neraca.
Apakah itu ilusi, melihat amal sendiri,
Tiada apa lagi untuk disesali,

Kerana aku sudah di sini,
Tak mungkin akukan diampuni,
Aku sudah terlanjur,
Aku sudah dikubur,
Dan aku bangkit, untuk diadili.

Jiwaku bergetar, menanti dibakar,
atas dosa silam yang kulakukan selamaku,
Hidup disia-siakan, meniti langkah si syaitan,
Lalu ku menghuni neraka, setelah aku dibacarakan.

Bayangkan dirimu pula, oh, berada disana,
Tidakkah kau tertanya, dimana kau berada,
Tiada diapa disisi, yang akan menemani,
Sehingga kau dibicarakan nanti.

[solo]

Andaikan engkau sudah disana,
Setelah membelakangkan yang Esa,
Dengan dosa yang nyata,
Amalan pula tiada,
Dan engkau bangkit, terpinga-pinga.

Jiwamu bergetar, menanti dibakar,
Atas setiap amalan yang ditujukan padaNya,
Sudahkah kau bersedia, menerima segalanya,
Menghadapi azab pedihNya
Setiap seksaan neraka.

Jiwaku bergetar, menanti dibakar.
Atas dosa silam yang ku lakukan selama ku,
Hidup disia-siakan, meniti langkah si syaitan
Akan ku menghuni neraka
Setelah ku dibicara.

siap pada tahun 2005

Buatmu Gadisku...


Gadisku, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bias menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun...tidak semua bunga senang didekati sang kumbang lantaran duri yg memagari diri, umpama mawar merah, dari jauh sudah terhidu keharumannya. Penahan warnanya yg terselah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku, aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yg bertunjangkan keimanan dan keindahan takwa kepada Allah...hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk.

Ingatilah ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadannya. Sesuatu yg tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah, umpama sebutir permata yg didedahkan untuk perhatian umum dengan suatu permata yg diletakkan dalam bekas tertutup. Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihat sesuatu yg tersembunyi, melebihi sesuatu yg terdedah. Wanita solehah yg patuh dan taat kepada AL-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yg bernama Adam. Namun segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yg tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yg bersarang dalam dirimu. Lebih-lebih lagi dgn title gadis yg engkau miliki, sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yg ada. Namun ingatlah gadisku...sesiapa yg inginkan kebaikan, maka Allah akan memudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu. Yang penting gadisku engkau miliki azam, usaha dan istiqamah..

Gadisku, akuilah dirimu menjadi fitnah kpd kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada perisai yg dapat membetengimu. Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu "tidak ada suatu fitnah yang lebih besar, yg lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dari kaum wanita." Oleh itu gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan Al-Quran dan As-Sunah. Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabatmu setaraf kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yg bakal menggocang dunia dgn sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku, dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi. Itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yg tewas kerana cinta....bercinta tidak salah, tetapi memuja cinta itu salah. Ini adalah kerana, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasulullah membawa maksud,

"Sesungguhnya cinta itu buta." Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yg hak dan baril, jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana Allah swt. Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Cintailah dirimu yg unik itu dgn mengkaji hakikat kejadianmu yg begitu simbolik. Asal kejadian dari setittis air yg tidak berharga, lalu mengalami proses pembentukkan yg sempurna hasil rencana ALLAH. Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan dgn itu akan timbul cinta dan kasihmu terhadap penciptamu.

Gadisku, menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yg hakiki dan abadi...

Cinta:Menyintai:Dicintai....Hayate..!

Kiter renungkan sesama... mungkin ade hikmah disebaliknya..

1. Anda mengetahui yg anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.

Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.


2. Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.



3. Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih ..terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.

Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.


4. Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu, Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita. yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.


5. Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.

Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.


6. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya.Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu,"Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja."

Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.


7. Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyer! lah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau diamana sahaja anda berada.

Ulasan:
Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi.

Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.


8. Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)

Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.


9. Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yg bertuah.

Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2 dicintai, cintailah ia sepenuh hati. Hargailah dirinya selagi kita berpeluang berbuat demikian. Andai mengundang kelukaan, redhailah dan anggapkan segalanya ada hikmah disebaliknya.

Semalam Yang Hangat...

Suasana yang menyelubungi pagi itu dirasakan sungguh menyegarkan. Sinar mentari yang sedang terbit dirasakannya sungguh mengasyikkan. Kicauan burung yang sudah sekian lama dirinduinya, akhirnya dapat juga didengari pada pagi yang sunguh indah itu. Bagaikan menyanyikan irama yang sungguh mengasyikkan, menjadi halwa di telinga Azlan. Alunan azan mematikan lamunan Azlan, lantas menyegerakannya untuk bersiap-siap mengadap Pencipta yang Maha Bijaksana.

“ Ya Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Kau berikanlah aku ketenangan seumpama ketenangan yang Kau tumpahkan kepada hamba-hamba Mu. Kau berkatilah hidupku ini sebagaimana yang telah Engkau berkatkan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Engkau kekalkanlah rahmat yang telah Engkau berikan kepada hamba-Mu ini,” doa Azlan, mengharap keredhaan daripada Allah yang Maha Berkuasa sesudah selesai mengerjakan kewajipan seorang hamba.

Terkenang Azlan tentang peristiwa silam. Rentetan peristiwa yang mengajar erti cinta sesama insan kepadanya. Peristiwa yang bakal mengubah hidupnya buat selama-lamanya. Mengukir sejarah yang bakal menjadi ingatan dalam ingatan Azlan sepanjang kehidupan di alam ini.

Suatu ketika dahulu….


“Azlan sayang, I nak pergi tengok wayang dengan U lah malam ni. Kita pergi ye?,” rengek Anita dalam telefon, memujuk kekasihnya Azlan agar membawanya keluar menonton wayang.

“ Anita baby, I tak boleh la keluar malam ni. I kena buat assignment Profesor Safiah. Assignment ni kena hantar lusa. Banyak lagi yang I tak buat. Nanti-nanti bila I free sikit kita keluar ya baby.”

“ Ala U ni. Buat I menyampah. Sikit-sikit nak buat kerja tu lah, kerja ni lah. Kenapa U suka sangat dekat Profesor Safiah tu? I ni U anggap apa? I’m your girlfriend but she’s not, ok! Kalau U nak sangat dekat Profesor Safiah tu, pergilah dekat dia. Buat apa cari I lagi!”

Bang!

Terus gagang telefon dihempaskan oleh Anita akibat permintaannya untuk keluar bersama ditolak. Bagi Azlan perkara seumpama ini sudah menjadi rutin harian hidupnya semenjak mereka menjadi pasangan kekasih. Sifat dan perangai Anita yang mudah melenting, cepat merajuk dan juga inginkan segala kehendaknya dipenuhi tanpa mengira apa jua sekalipun sudah masak bagi Azlan.

Terus Azlan mencapai kunci keretanya lalu memecut membelah kesibukan jalan raya menuju ke rumah Anita. Dalam perjalanan, kepalanya sibuk menyusun ayat bagi memujuk Anita agar tidak terus merajuk. Sempat dia singgah sebentar di kedai bunga bagi membeli sejambak bunga mawar buat menyejukkan hati Anita yang sedang panas membara, buat modal untuk memujuk.

Bukan sekali dua, malah berkali-kali Azlan dinasihatkan oleh teman-temannya agar melupakan saja Anita dan mencari wanita lain untuk menjadi pasangan kekasihnya. Azlan memahami akan niat baik rakan-rakannya. Tetapi baginya Anita tetap satu. Tiada yang lain baginya. Seringkali dia mempertahankan Anita daripada cercaan rakan-rakannya dengan memberikan alasan yang tiada seorang manusia pun yang sempurna, bebas dari kesilapan. Baginya, dengan menerima Anita dalam hidupnya, dia harus menerima sepenuhnya Anita. Bukan memilih yang baik sahaja dan enggan menerima perkara yang negatif dalam diri Anita. Anita adalah pakej yang harus diterimanya dengan seikhlas hati.

Trafik yang sesak melambatkan lagi perjalanan Azlan. Sudah berkali-kali Azlan cuba untuk menelefon Anita. Namun Anita tidak sekalipun cuba untuk mengambil panggilan Azlan. Lama-kelamaan kesabaran Azlan sudah sampai ke kemuncaknya. Amarahnya terhadap Anita kian terserlah dengan keengganan Anita untuk mengangkat telefon. Kegeramannya terhadap Anita dilampiaskan dengan membunyikan hon sepuas-puas hati. Kata-kata makian yang selama ini jarang sekali digunakannya, dihamburkan kepada keadaan pemandu-pemandu lain yang terperangkat dalam trafik yang lembab.

“ Anita, I minta maaf ya sayang. Malam ni kita dinner sekali and then kita pergi tengok wayang ya sayang? I bukan tak nak temankan U. I betul-betul sibuk sekarang ni. U bukan tak tahu, Profesor Safiah tu bukan reti nak bagi kerja sikit-sikit .” pujuk Azlan kepada Anita.

Bunga mawar yang dibeli bertukar tangan. Ketegangan yang melanda kedua-dua belah pihak semakin mereda. Tangan kembali berpaut, sama-sama merasa kasih sayang setelah puas berperang. Dalam hati Azlan masih ada sesuatu yang menggangu fikirannya.
Kerja rumah Profesor Safiah! Dan ada lagi satu perkara yang perlu diselesaikan pada malam itu dengan Anita. Azlan tenggelam dalam lamunannya sendiri.

Azlan cuma dapat berdoa sahaja di dalam hati agar kerja rumah yang ditugaskan sempat dibuatnya. Keresahan hatinya cuba diselindungi agar hati Anita tidak terguris. Manakan tidak, Azlan pun seronok juga dapat berpimpin tangan dan bersama dengan Anita, Anita yang riang gembira, bukan dengan Anita yang suka menarik muka!
Malam itu mereka berdua keluar bersama. Penuh dengan warna-warni kegembiraan. Peristiwa pada siang tadi bagaikan tidak wujud langsung dalam kotak pemikiran mereka. Terasa bagaikan orang-orang yang berada disekeliling tidak wujud. Bergembira bagaikan dunia milik mereka berdua. Indahnya dunia dirasakan pada ketika itu.

“ Anita sayang, I nak tanya U sesuatu, boleh? ”. Mimik muka Azlan berkerut seribu. Anita ternanti-nanti penuh debar apa yang bakal dikatakan oleh Azlan. Raut wajah Anita mula menampakkan riak-riak tidak sabar. Resah menanti akan apa yang bakal dikatakan oleh kekasih hatinya.

“ Hmmm, cepat lah sayang. I nak tahu apa yang U hendak katakana pada I,” desak Anita kurang sabar dengan reaksi Azlan yang bagaikan ingin bermain-main dengan waktu.

“ Anita sayang. First sekali I mintak sangat-sangat U jangan marah dengan apa yang I nak cakapkan dekat U ni. Janji ?” tanya Azlan.

“ Ye lah, ye lah. Cakap pun belum lagi, apa yang I nak marahkan? Ok, I promise I takkan marah kalau benda yang U cakapkan ni memang tak sepatutnya I marah, ok?,” jawap Anita dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak dicampur dengan perasaan kurang senang dengan permintaan Azlan.

“ Ok, that’s fair enough. I nak tanya U ni. U sayang dekat I kan?”

“ Ya, I sayang dekat U lebih dari I sayang dekat orang lain. And then….,” balas Anita semakin keliru dengan pertanyaan Azlan.
Sudah seminit berlalu. Azlan masih membisu. Anita semakin gelisah. Akhirnya, Azlan membuka mulut, tanda sedia untuk meluahkan apa yang terpendam.

“ Hummm, I harap U tak terkejut dengan perkara yang ingin I sampaikan ni.. Perkara ni dah lama sangat I pendam. Sampaikan I dah rasa macam tak larat sangat dah nak tanggung….,” sampai di situ, Azlan mematikan bicara. Menarik nafas, mengumpul sisa-sisa kekuatan untuk menghabiskan kalimah.

“ Cepat lah sayang. Apa yang U nak cakapkan sebenarnya nie?” desak Anita semakin hilang kesabaran.

Azlan sabar menyusun kata-kata, agar bicara yang menyusul menepati maksud yang dihajati.

Pak!

“ Apa ni?” bentak Azlan selepas mencampakkan helaian-helaian kertas.
Muka Anita berubah. Wajah yang biasanya ceria bertukar gelabah, cuak apabila helaian kertas itu diteliti satu persatu.

“ Azlan, I can explain this. Please hear out my explanation first. I tak tahu mana U dapat semua ni. The thing is…”

“What is the thing huh! I dah tahu yang U selama ni curang terhadap I. I cuma tak nak tuduh secara terang-terangan. Dokumen ni, I dapat dari fail pakcik I. Dia adalah doctor yang U jumpa, doctor di klinik yang U pergi. Malangnya U tersilap langkah. U pergi ke klinik uncle I. I rasa U tak tahu doktor yang U jumpa tu sebenarnya pakcik I. Perkara yang sebenarnya, sesekali I pergi menolong dan kerja sambilan di klinik dia. Sebagai seorang doktor yang bertanggungjawab dia tak akan sesekali bagi dekat I semua dokumen-dokumen ni. I terjumpa dan I "pinjam" sekejap tanpa keizinan pakcik I. Walaupun perbuatan I mencuri maklumat ni salah, tetapi perbuatan U lagi salah. I tak sangka yang U ni perempuan jalang!” Azlan meluahkan segala apa yang selama ini terpendam dengan cara yang tidak disangka-sangka sekali.

“ I masih boleh memaafkan U kalau U setakat curang dengan I. But U berdosa dengan tuhan. Anita, U berdosa dengan tuhan. Kau pembunuh Anita! Kau pembunuh !” jerit Azlan semakin menyinga.

“ I tahu yang U dah pernah mengandung anak luar nikah. I tahu yang U dah pernah mengandung, tapi itu cerita beberapa yang lalu.Tapi kenapa U gugurkan kandungan U? Kenapa? Kenapa U bunuh anak yang tidak berdosa tu?” manik-manik air mata mula berguguran, mengalir ke pipi Azlan.

“ U mesti tertanya-tanya kan…kenapa I tak bersemuka dengan U sejak awal-awal lagi I dapat tahu berita ni. I bukan jenis orang yang nak tuduh orang tak tentu hala. I ambil masa untuk buat sedikit siasatan untuk membuktikan kesahihan berita ni. Ya dan hasilnya U sendiri pun tahu. I dah tahu semuanya malah I dah bersemuka dah dengan lelaki yang tak bertanggungjawab tu. Cuma I tak mahu kecoh kan benda ni sebab I nak jaga maruah U. I masih berperikemanusiaan Anita. Tak macam U! U bukan manusia! Kau binatang Anita! Binatang pun sayangkan anaknya!”. Azlan bagaikan tahu apa yang bersarang di fikiran Anita, menjawab segala kemusykilan mengenai mengapa dia tidak awal-awal lagi menyerang Anita.

“ Sorry Azlan, maafkan I. I tak pernah bermaksud nak menyakitkan hati U. I seboleh-bolehnya tak nak U tahu perkara ni. Masa I gugurkan kandungan I, I betul-betul tak fikirkan apa-apa. I malu Azlan, I malu !” menangis Anita menjawab soalan yang Azlan kemukakan.
Azlan membisu. Anita semakin galak menangis. Teresak-esak sendirian.

“ Anita, I terpaksa tinggalkan U. I sayang U lebih daripada I sayang diri I sendiri. Lebih dari segala-galanya. Tapi madu yang diberi, racun yang dibalas….” Azlan meluahkan kata-kata, menamatkan segala-galanya. Menyimpulkan cerita bahagia mereka dengan noktah.

Lantas Azlan pun berlalu dari situ. Membawa hati yang berkecamuk dengan seribu satu perasaan. Puas. Sedih. Kecewa. Geram. Semuanya bercampur menjadi satu. Bersarang dalam hati menjadi satu.

Puas kerana akhirnya perkara yang membuku di hati telah menjadi nyata.

Sedih kerana mahligai impian yang ingin dibina menjadi bagaikan debu yang ditiup angin taufan yang melanda.

Kecewa kerana dikhianati oleh orang yang paling dipercayai dan paling disayangi.

Geram kerana mengenangkan akan hakikat yang sebenarnya yang telah berlaku.

Sambil berlalu Azlan berazam agar peristiwa yang berlalu menjadi lipatan sejarah silam. Memori pahit yang ingin dikikis dari benak fikirannya buat selama-lamanya. Azlan berdoa agar pada hari-hari yang mendatang dia akan bangun dan melupakan segala-galanya dan menikmati baki-baki kehidupan dengan semangat yang baru.