Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Buai Laju-Laju...

Saturday, October 10, 2009

Gambar ni pon aku amek kat pangkor. Time ni aku camping ngan kawan2 aku. Dah lama dah masa tu berlaku. Best lak tengok gambar ni. Duduk di atas buaian, berehat sambil melihat keluasan langit dan laut. Kaki pula sesekali dicium ombak pantai. Huh! Buat lagu pantai best ni.

Kadang-kadang, bila hati sedang berduka, otak sedang bercelaru, terasa tenang melihat ciptaan-ciptaan Allah. Teringin nak pergi ke pantai lagi. Bukan kerana apa, di sini, permandangan diganggu oleh pokok-pokok yang tinggi, bangunan-bangunan yang tinggi. Di sana, permandangan tidak dihalang. Dapat melihat sejauh-jauhnya, seluas-luasnya. Barulah dikatakan beratapkan langit, berlantaikan bumi.

Bila melihatkan alam yang terbentang di depan mata tanpa ada apa-apa yang menghalang penglihatan, terasa kecil sangat diri ini berbanding dengan ciptaan-ciptaan Pencipta yang lain. Tapi makhluk yang kecil inilah telah diberikan amanah yang amat besar, yang gunung-ganang pun tidak mampu menanggungnya.

Kalau melihat jauh ke lautan, tak terjangkau penglihatan kita apa yang ada di sebelah sana. Terfikir, mampukah diri ini mengislahkan apa yang ada di depan mata. Tentu pengorbanan yang diperlukan bukan calang-calang. Sudah tentulah kita dilahirkan bukan untuk suka-suka melainkan untuk menanam benih-benih Islam dan menyuburkannya di serata tempat, sejauh, seluas mana yang kita mampu.

Ya Allah, andai aku terlalai seketika, sedarkanlah aku, sesungguhnya, aku tidak mempunyai kemampuan melainkan Engkau berada di sisi aku membantu aku. Ameen.

1 comments:

kim_HasNuL said...

subhanallah- ble lihat kbesaran Allah
tu lah tnde2 Dia Maha besar..=P

Post a Comment