Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Mahkamah:Hati itu tidak mati..

Sunday, January 31, 2010

Assalammualaikum wr wb... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, serta selawat atas junjungan mulia kita Nabi Muhammad s.a.w. Semoga hari ini dan hari berikutnya bersama kita diberkati dengan rahmat Illahi.. insyaAllah. Alhamdullillah, bersyukur kepada Allah kita masih diberi nafas untuk terus hidup supaya dapat kita bersama meneruskan perjuangan yang pasti menuju kejalan Nya... Syukran Ya Allah!

Bukankah kita sering diperingatkan, berani kerana benar, takut kerana salah? Benar itu menjadi sumber keberanian. Salah itu punca ketakutan. Jangan dibiarkan hidup dalam ketakutan, akibat terus menerus melakukan kesalahan.

Bersalah menimbulkan rasa bersalah. Rasa bersalah itu sangat menyeksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat. Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan, apatah lagi bersalah kepada Allah.

Mahkamah pengadilan itu ada tiga. Pertama, mahkamah di dunia, yang mana saksi, pendakwa dan hakimnya adalah manusia seperti kita juga. Kekadang, dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia ini dapat diperdayakan. Telah sering kali yang bersalah terlepas, sebaliknya yang benar pula terhukum. Justeru, masyhurlah kata hukama, tidak ada keadilan yang muktamad dan mutlak di dunia ini. Jerung sering bolos, bilis sahaja sering di gilis.

Kedua, mahkamah di akhirat, yang hakimnya Allah yang Maha Adil. Di sana nanti, yang benar akan terserlah, yang salah pasti kalah. Akan ketara segalanya walau bagaimana pandai sekalipun bersilat kata. Tidak payah didatangkan saksi atau pun barang bukti kerana apa yang ada pada diri akan "hidup" untuk menjadi saksi. Kulit, tangan, kaki dan segala anggota akan bercakap. Rupa-rupanya "body" yang kita jaga, elus dan belai kini, akan mendakwa kita di mahsyar nanti. Dan di sanalah nanti akan tertegak keadilan hakiki. Ketiga ialah mahkamah hati. Saksi, pendakwa dan hakimnya adalah hati sendiri. Hati kecil yang sentiasa bersuara walau cuba dipendamkan oleh tuannya. Protesnya terhadap perlakuan dosa sentiasa bergema dalam rahsia. Fitrahnya akan menjerit. Itulah jeritan batin yang mampu menghantar pemiliknya ke penjara jiwa yang lebih menyakitkan. Ya, dosa boleh disembunyikan daripada pengetahuan manusia, tetapi tidak akan mampu disembunyikan daripada Allah dan hati sendiri.

Kita mungkin mampu menipu manusia, tetapi kita tidak akan mampu menipu Allah dan diri sendiri. Jadi, ke mana lagi kita ingin menyembunyikan diri ketika dipanggil untuk dibicarakan di mahkamah hati? Setia masa, setiap ketika dan di setiap suasana hati kecil akan bersuara. Tidak tega dengan kesalahan, tidak rela dengan kemungkaran. Dosa itu derita. Kerana yang salah atau dosa itu sangat memberi kesan pada jiwa. Bila kita berdosa hakikatnya kita melakukan dua ‘perlanggaran'. Pertama, perlanggaran ke atas fitrah hati yang tabii. Kedua, perlanggaran terhadap Allah, zat yang Maha Tinggi.

Dua perlanggaran ini sudah cukup meragut ketenangan. Jangan dilawan fitrah sendiri yang menyukai kebaikan dan membenci kejahatan. Fitrah ini adalah kurniaan Allah, yang dengannya seseorang boleh menerima pengajaran dan didikan. Jika fitrah sukakan kebaikan itu disubur, dididik dan dipimpin, maka jalan hidup akan harmoni dan bahagia. Sebaliknya, jika fitrah yang baik itu dibiarkan, diabaikan apatah lagi jika ditentang, maka tidak akan ada lagi kebahagiaan dan ketenangan.

Jadi, hati-hati menjaga hati, agar hati itu tidak mati! Rasulullah SAW sangat arif tentang hakikat ini. Justeru, apabila beliau ditanyakan, apakah itu dosa? Baginda menjawab: "Dosa adalah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya." Oleh itu, awaslah wahai diri. Dosa itu adalah racun. Bahananya akan merosak secara perlahan atau mendadak.

Kata ulama, mujurlah dosa itu tidak berbau, jika tidak, tidak akan ada siapa yang sudi mendekati kita. Justeru, sering-seringlah bersidang di mahkamah hati. Selalulah bertanyakan hati kecil sendiri. Hati itu tidak akan berdusta selagi ia tidak mati!

Sekian...wassalammualaikum

Tanyalah dirimu wahai Muslimah...

Saturday, January 30, 2010


Bismillahirrahmanirrahim...

Wahai muslimah yang dicintai...

Mampukah dirimu menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
penawar hati kekasih Allah
susah dan senang rela bersama.....

Dapatkah kau mendidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan.........

Adakah mengalir air matamu
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga.....

Ketika kau marah
Intiplah serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....




Tabahkan jiwamu
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar......

Mampkah kau menjadi wanita solehah???
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah,harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah.....

Tanyalah dirimu wahai Muslimah...

Khas Buat Sahabatku...




Sahabat,
Kau hadir tika ku tidak punya siapa
Membuatku tersenyum
Kala hati ini gundah
Kau bagaikan cahaya
Yang memancar tika diri ini
Tiada tujuan dan arah

Sahabat,
Walaupun hadirmu hanya seketika
Namun diri ini tidak akan pernah lupa
Detik dan waktu kita bersama
Mengharungi suka dan duka
Menempuh segala onak dan cabaran
Demi mencapai kejayaan

Sahabat,
Saat kau melangkah pergi nanti
Bawalah bersamamu kenangan yang kita lalui
Segala kenangan pahit dan manis
Akan ku semat di dalam diri ini
Untuk menjadi kenangan yang abadi

Sahabat,
Ku menyusun 10 jari ini
Memohon sejuta kemaafan
Andainya diri ini melakukan kesilapan
Sepanjang persahabatan ini
Mungkin diriku terlepas pandang
Akan kekhilafan ku sendiri

Sahabat,
Walaupun nanti kita kan berjauhan
Akan ku ukir namamu
Di dalam hati ini
Agar ku tahu
Kau sentiasa dekat di hati
Dan aku mengharapkan
Semoga ia menjadi
Tanda persahabatan kita
Yang berlandaskan kasih Illahi

Syukran Ya Allah : 25 Tahun Ini

Friday, January 29, 2010





Bismillahirahmanirahim...

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.


Dalam usia begini...ermm.. dah 25thn aku nih ek. Ya Allah, aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meningkat ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.





Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


Ya Al Hakiim...berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya. Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.


Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku yang hina ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.



Amin Ya Rabbul Alamin.


Selamat Hari Lahir Buat Diriku... dan terima kasih pada semua insan yang amat kucintai atas segala penghargaan yang diberi.. insyaAllah diri ini sentiasa menyintai kalian semua...

wassalammualaikum...

Selamat Hari Lahir Buat Kamu...!

Wednesday, January 27, 2010

Temanku..


Senyumanmu adalah semangat buatku..
matamu adalah pendamai jiwaku..
kesetiaanmu adalah ubat dihatiku..
sabarmu adalah pengharapan buatku..
dan sedihmu adalah luka dimindaku..


Dirimu adalah temanku..
satu dalam kenyataan..
penuh penghayatan dan harapan..
hadirmu cukup memberi erti bagi diriku..
selalu,aku sayang kamu...!!!

SELAMAT HARI LAHIR BUAT KAMU KIM...!!!


~Terima kasih Allah atas kurnia Mu pada ku..~

Bagai Laut Bergelora

Tuesday, January 26, 2010

Assalammualaikum wr wb

Bagai Laut Yang Bergelora.....

Mungkin inilah ungkapan yang sesuai untukku. Apabila laut yang bergelora itu tenang secara tiba-tiba, pasti menakjubkan. Tapi semua itu mustahil seperti mimpi yang tidak pernah menjadi kenyataan. Mengapa setiap kali aku ditimpa musibah, tiada sesiapa yang akan menenangkan hatiku? Kadang-kadang apabila imanku digugat dan peganganku digoncang oleh hati yang amat sedih, aku bertanya mengapa Tuhan tidak mematikanku kerana aku sering menyusahkan orang lain? Malahan setiap kali aku berbuat kebaikan, tiada siapa yang akan mengucapkan kata-kata baik. Aku sedar, Allah mahukan keikhlasan, kerana tuntutan itulah aku meluahkan segalanya dengan pena dan kertas. Sudah lama aku ditindas. Tak tahu apa sebabnya. ‘MUNGKIN PADA HAYAT LEPAS AKU PERNAH BERBUAT DOSA’. Ah, itu semua dusta semata-mata! Tidak pernah pun seorang insan dihidupkan semula di dunia yang sama. Aku tahu, aku banyak kekurangan dan ini menyebabkan aku berasa tidak layak berada di kalangan kamu semua, sehinggakan hati kecilku merayu ‘’Tolonglah, jangan sisihkan insan yang kerdil ini.’’ Alangkah indahnya jika mereka mendengar dan memahami berontak jiwaku ini. Mereka hanya melihatku sebagai seorang yang pentingkan diri dan periang. Percayalah aku bukan begitu. Setiap kali aku menjalani hidup, aku akan berpura-pura menjadi seseorang yang aku sendiri tak tahu siapakah dia dan apakah ia. Aku sering mengimpikan kehidupan yang sempurna; tiada benci dan martabat. Namun semua itu takkan tercapai terhadap sesiapapun. Mungkin Allah mahu, aku mengharungi kepahitan sebelum mengecapi kemanisan hidup pula. Tapi, ujian yang Kau beri ini tidak tertanggung olehku. Entah-entah, jika ada insan yang menggantikanku, pasti dia pun akan kecundang. Maha suci Kau Ya Allah yang telah menciptakanku di kalangan makhluk termulia. Segala puji bagi Allah yang tetap tabahkan hatiku dan menenangkanku apabila aku kesedihan walaupun aku pernah mengeluh tentang hidup ini. Kaulah Maha besar kerana Kaulah yang mengetahui hala tujuku pada masa hadapan. Aku berharap agar suatu hari nanti ketika aku tiada, masyarakat akan mengetahui apa yang sentiasa bermain di dalam lubuk hatiku setelah sekian lama kupendamkan. Akan kucuba sedaya upaya untuk mendapatkan keredhaanMu Tuhan, walaupun mereka masih memperlekehkanku kerana kutahu tiada sesiapapun yang tidak pernah menempuhi dugaan sebelum mencapai kebahagiaan. Harapanku agar diampunkan segala dosa, janganlah Kau gagalkan Ya Allah. Semoga kau perkenankan permintaanku ini. Berilah petunjuk kepadaku atas setiap perkara yang akan kulakukan bagi menylesaikan konflik kehidupan.... Apa ni... luahan yang merepek... ntah la..

Wassalam..

Diri Stress!!!

Monday, January 25, 2010

MasyaAllah...

Getting stress. Yang sukar itu indah. Tidak ada erti kata putus asa. Tiada jalan lain wahai diri, melainkan kau terus berjuang apa yang telah engkau mulakan untuk mencapai apa yang dicita-citakan. Semuanya tidak mudah apa yang disangka. Terus mujahadah. Semak-semak kehidupan mula terasa dengan kesusahan dan bebanan, mohon kekuatan dan pertolongan dariNya. Tak mengapa jika hati dan minda terganggu dengan segala-galanya, ambillah wudhuk, capailah Al-Quran..bacalah. moga tenang hatimu wahai diri. Am I regret with my own decision? Of course not!!! Ingat wahai diri, Dia Maha Mendengar, rintihlah, menangislah, Allah tidak akan jemu untuk mendengarnya, di sana ketenangan akan ditemui. Never give up.

"Ya Allah..."

Duhai Mata Yang Sedang Menanggis!

Saturday, January 23, 2010

Assalammualaikum Wr Wb pada rakan bloggers..


Ermm... Duhai mata yg sedang menangis.....

Mungkin tika ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka...?

Apa pun situasimu, air yg menggenangi kelopakmu dan mengalir ke pipi ialah anugerah Allah s.w.t. yg tidak terhingga. Ia mampu membuang racun di tubuhmu kemudian disusuli ketenangan jiwa. Bersyukurlah pada-Nya kerana hingga saat inikau masih mampu menangis.

Aduh!

Sungguh hairan kumelihat orang yg merasakan tangisan itu satu kelemahan. Malah menganggapnya satu lambang ketidakmatangan. Sedangkan Allah s.w.t. merakam mulia sebuah tangisan dalam firman-Nya;

”Dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.” (Surah al-Isra’ :109)


”Apabila di bacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.” (Surah Maryam:58)

Duhai mata yang sedang menangis...

Tahukah dikau, jika dikaji dari perspektif sains, tangisanmu mampu menjadi terapi kesihatan yang beguna dalam merawat penyakit berbahaya. Tatkala dirimu dalam ketakutan, unsur-unsur berbahaya di jana oleh tubuh. Air mata secara semula jadi boleh membuangnya. Otak pula bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia dari air mata. Bukan itu sahaja, tangisan menambah jumlah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan, kedua-dua bahu dan urat-urat dada. Setelah tangisanmu reda, kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketenangan mula menguasai jiwa. Subhanallah, hebat sungguh penciptaan air mata.

Duhai mata yang sedang menangis...

Tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan. Sama ada kau lelaki atau wanita, kau perlu pada tangisan. Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan. Ia meringankan ketegangan jiwa. Ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan.

Jika kau lelaki, kenapa perlu malu pada tangisan? Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam. Apa pun, tak siapa dapat menafikan kau juga insan yang mempunyai hati dan perasaan. Isi hatimu kadangkala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit. Usah menipu diri berlagak kuat dengan menafikan air mata kerana kelak badanmu mendapat darurat.

Jika kau wanita, kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki. Tahukah dikau, penyayang-Nya Allah s.w.t. padamu hingga Dia menciptakan kalenjar-kalenjar air matamu lebih besar daripada kalenjar-kalenjar air mata lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis empat kali lebih banyak daripada lelaki.

Ia antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki. Masakan tidak, air matamu keluar bersamanya racun peratusan racun dari tubuh. Doktor pakar mata berkata, air mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yang tidak stabil.

Duhai mata yang sedang menangis...

Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu. Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu. Benar, tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu. Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus masa depanmu. Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.

Sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t. ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup. Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan kalam Yang Esa; ”Aku haramkan neraka pada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah.” (Riwayat Ahmad dan al-Nasai)

Wallahualam...=)

Kukuhkan ukhuwah;Teruskan tarbiyah.

Friday, January 22, 2010
Assalammualaikum wr wb kepada teman blogers (^_^)..

Apakah kaedah untuk mengukuhkan lagi tali ukhuwah / silaturrahim sesama kita? Kunci ukhuwah atau kata lainnya adalah perpaduan, bukanlah suatu perkara yang datang dengan sekelip mata. Ia memerlukan suatu pentarbiyahan atau latihan yang berterusan untuk mencapainya. Malah, negara Malaysia sendiri masih mengalami masalah ini walaupun telah merdeka dari penjajah Inggeris lebih 50 tahun. Perbezaannya, ia ditenggelam-timbulkan oleh media dan ahli politik yang suka mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain.

Kalau tidak ada masalah, mana mungkin ada hero atau penyelamat yang merungkaikan masalah tersebut. Inilah asas kepada politik;Ahli politik seharusnya membawa kepada keadaan yang lebih baik. Bagi media pula, the worst story is the best story. Barulah akhbar akan terjual. Barulah stesyen televisyen akan mendapat banyak penajaan. Yang berhati mulia, akan mengambil peluang (take opportunity) untuk menabur bakti dan jasa. Yang berhati busuk, akan mengambil kesempatan (take advantage) di air yang keruh.

Di kesempitan ini, ramai pula yang akan terkeliru siapa kawan, siapa lawan. Cakap siapa yang boleh dipercayai? Konflik peradaban ketatacaraan dalam kehidupan (life ethics) akan tercabar dengan masing-masing akan menonjolkan diri, kumpulan atau fahaman mereka adalah benar dan yang selainnya adalah salah. Warna kehidupan sudah tinggal dua. Kalau tidak hitam, maka ia adalah putih. Kalau tidak melibatkan diri kita, tidak mengapa. Kalau tidak mahu melibatkan diri dan memikirkan tentang Malaysia, lebih baik tinggal dan jadi warga negara lain, atau pun jadilah warga planet yang lain! Memelihara negara (daulah) adalah tuntutan agama, malah mana-mana negara di atas muka bumi ini juga mahukan rakyat yang bersama-sama membina tamadun negaranya.

Pejuang (Mujahid) sebenar tidak dipengaruhi oleh kata-kata orang ramai; Sesungguhnya, kita semakin alpa dan tertipu dengan konsep demokrasi. Yang ramai, tidak semestinya benar, dan begitulah sebaliknya. Tetapkan pendirian berasaskan kepada akal, dan bukan kepada emosi dan sentimen; melainkan pendirian kita dilapik dengan perasaan takut, bimbang, dan punya kepentingan tertentu yang harus dipertahankan. Akhirnya, itulah yang akan menterjemahkan sikap kita atau topeng kita yang sebenar

Maka, ia perlukan sikap mengambil peduli (concern) dengan segala yang berlaku di sekeliling kita. Bukan bermakna harus menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak yang berbeza pendapat dan pendirian, apa lagi menjadi ahli dan terlibat secara terbuka; cukuplah sekadar mengikuti dengan kekuatan dan keupayaan peribadi. Apa yang paling penting, menyusuri permasalahan ini dengan akal dan ilmu pengetahuan yang adil secara serwajagat dengan dipandu oleh wahyu Illahi dan sunnah nabi.

Soalan bagaimana hendak mengukuhkan ikatan ukhuwah, maka jawapannya- ikhlaskan jiwa; buang segala kebimbangan dan ketakutan; peduli dengan masyarakat sekeliling; terjemahkan ilmu tentang keadilan, kebajikan dan kemuliaan dalam tindakan dengan insan di sekeliling kita.

Kukuhkan ukhuwah, teruskan tarbiyah.
Selamat datang ke alam pejuang agama, dan negara.

Wallahualam...wassalam... =)

Kita dilahirkan beragama ISLAM;Alhamdullillah

Thursday, January 21, 2010

Salam 'Alaikum.

Betapa agung Allah yang maha penyayang lagi pengasih menjadikan kita sebahagian daripada limpahan kasih sayangnya. kita telah dilahirkn menjadi seorang ISLAM walupun tanpa diminta. Allahuakbar. ini adalah salah satu bukti kasih sayang Allah kepada hamba-hamba Nya.

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
"Setiap bayi yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah iaitu beragama ISLAM. Kedua ibubapanya lah yang menjadikan bayi itu sebagai Yahudi, Nasrani atau Majusi (penyembah api)."Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Maksudnya setiap bayi yang dilahirkan adalah beragama ISLAM ; dia mmg dah bersedia untuk dibimbing menjadi penganut agama ISLAM jika akalnya didedahkan ke arah itu. jadi, dia tak akan terdedah dengan ajaran agama lain dan secara tak langsungnya dia akan memilih ISLAM sebagai agamanya. Tul tak??? insyaAllah

Tetapi, selagi ia tak terhalang daripada hawa nafsu dan taksub. sebab nafsu ni kemungkinan besar akan mendorongnya untuk melakukan kesesatan dan kemungkaran. taksub pula boleh mendorong mereka mengikut jejak langkah nenek moyang mereka.

Bayangkan apa yang bakal terjadi saat kita dilahirkan ni, Allah menetapkan yang kita bukan seorang ISLAM?

Sesungguhnya kebaikan itu dipilih oleh Allah bagi hambaNya sbab Allah lebih tahu dari seseorang hamba itu sendiri. malah, Dia lebih pengasih dari seorang ibu yang melahirkannya.

Wallahualam

Rindui Cinta Allah

Wednesday, January 20, 2010

Demi Allah Yang Maha Esa..

Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..

Menitis air mata tatkala merindu…

Menitis air mata tatkala merasa semakin menjauh..

Tetapi janji Allah tetap segar dan mekar…tanpa pengkhianatan

Kerana ku tetap yakini..

Allah menyatakan.. “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada Ku”



Asy-Syahid Hassan al-Banna


Kisah Cinta Luar Biasa...

Sunday, January 17, 2010

Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan..

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan..
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan..

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti kemanisan iman..

Hati Yang Terluka



Assalammualaikum wr wb..

“Di kala… gerimis membasahi tanah kering ini. Peristiwa kecil itu membuatku terhenyak sekejap sekadar untuk berfikir bahawa betapa gembiranya tanah yang sedang kehausan itu ketika menerima titisan demi titisan kesejukan dari langit. tanah tak pernah meminta pada langit untuk membasahinya, tapi karana kasih sayang dari pemilik tanah itu yang pada akhirnya memberikan kesegaran padanya dari langit. Langit, juga salah satu ciptaan yang juga tak pernah sedar bahawa ia diciptakan sebagai pembawa bahagia bagi tanah dibawahnya”

Terpikir oleh diri, bahwa manusia itu tidaklah boleh disamakan dengan tanah, air hujan, apalagi dengan langit. manusia itu adalah manusia. Dalam bahasa arab diartikan dengan “man” yang artinya siapa, “nasiya” yang artinya yang lupa / alpa. Disitulah manusia, tempat salah dan lupa. Berbeza dengan tanah, kesejukan dan kesegeran jiwa manusia itu tidak datang dengan sendirinya… tapi dengan sebuah permintaan, pengorbanan, dan penghambaan. Perbaikan “ishlah” jiwa itu bukanlah sebuah hal yang mudah dan otomatis tercapai dalam diri setiap insan. Tapi, perbaikan itu adalah sebuah sikap perjuangan diri menambal lubang-lubang kesalahan yang pernah dilakukan.

Ishlah, sebuah kata yang singkat, namun memiliki sarat makna. Ishlah itu memerlukan pengorbanan, bukan sekedar tekad, tapi juga kerja keras dan keistiqomah . Tidak sedikit orang yang bertekad untuk memperbaiki diri setelah melakukan kesalahan, malah mungkin kembali melakukan kesalahan demi kesalahan yang sama. Astaghfirullah …
Kembali merenungkan sebuah makna perbaikan, perbaikan hati dan jiwa adalah hasil dari pembangunan akhlaq yang mulia. Perbaikan hati adalah pintu dari tersentuhnya hati nurani yang selama ini terabai. Kecintaan pada dunia telah membuat hati nurani itu tak mampu lagi memberikan bisikan kebaikan pada seorang manusia. Semakin lama cermin itu tidak dibersihkan, semakin banyak debu yang menempel, semakin pekat, dan semakin sulit untuk dibersihkan.
Semakin lama hati itu tidak diketuk, semakin lama air mata tidak mengalir karena takut pada Allah, maka akan semakin sulit pula dan semakin besar pengorbanan yang diperlukan untuk membasahi hati yang sedang kering itu. Bukan seperti halnya tanah yang dengan sendirinya mendapatkan air hujan dari langit.

Sesungguhnya Hati yang jauh dari Allah itu adalah hati yang terluka. Sehingga hati itu tidak mampu bekerja seperti halnya hati yang sedang sihat, yang mampu memberikan kekuatan jiwa untuk melakukan kebaikan. Hati yang luka itu lah yang membuat kadar kekebalan hati rendah terhadap penyakit-penyakit yang lain mudah menjangkiti manusia. Penyakit cinta dunia , iri, dengki, dendam, suka ngegosip, muda marah, mudah tergoda, mudah lalai, tidak sungguh-sungguh , serta penyakit-penyakit lain begitu mudahnya masuk dalam diri manusia lantaran hati yang tidak lagi mem”filter” penyakit itu. ya Allah… ampunilah hati yang hitam ini ya Allah , begitu inginnya aku membahagiakan hati ini dengan ayat-ayat Mu … namun, apalah daya … hati ini sedang sakit, hati ini sedang terluka …

Ya Allah, masihkah ada kesempatan bagiku untuk selalu menyandarkan diri ku pada -Mu, walaupun aku merasa tak pantas lagi mendekat dan bersimpuh di hadapan-Mu dengan membawa diri yang seringkali berbohong kepada-Mu dengan air mata palsu ini… berilah kesempatan pada langit untuk membasahi tanah kering ini, di saat tanah kering ini benar-benar memerlukan kesejukan dan kesegaran. Sehingga, dengan demikian, tumbuhlah bunga-bunga yang indah, yang berwarna-warni, yang segar, dan setiap orang senang memandangnya …
Kurniakanlah kepada hati ini anugerah hidayah dan petunjuk-Mu setiap saat Ya ALLAH…. Di saat hati ini sedang terluka, kepada siapa lagi hamba meminta penawar kalau tidak kepada-Mu, wahai Sang Pemilik Hati….

sumber : by Muhammad Yasrif



ketika hati berkata tidak
takkan ada yang bisa memaksanya untuk mengiyakan
namun kadang lidah dapat saja menyalahi hati
ketika dia tak ingin orang lain terluka karena hatinya
sekuat apa pun hati ingin mengutarakan apa yang dirasakan
hingga akhirnya…
hati lah yang menanggung segala luka
walaupun lidah tetap saja menyembunyikannya pada tabir
hingga tak ada seorang pun tahu bahwa di dalam sana ada yang terluka dan terpuruk

menangis meratap memohon untuk di dengar
hingga akhirnya dia sadar
hanya satu yang pasti dan akan selalu mendengarkannya
mendengar jeritan nya
mendengar segala keluh dan kesah nya
hanya Dia dan HANYA DIA
TUHAN YANG MAHA MENDENGAR JERITAN HATI HAMBANYA

p/s: Khas buat mu teman YM yang sawan...hehehe...gurau ek!

Antara 2 Cinta

Friday, January 15, 2010

BismillahiRahmaniRahim...

Ya Tuhan yg Maha Agung
Seagung keindahan wajah dan kebesaran kerajaan alam buana Mu

Milik Engkaulah segala apa yg ada dilangit dan dibumi

MilikMu jualah hati ini
Hati seorang hamba yg sering kerinduan

Hati seorang hamba yg mendamba

Cinta dari Engkau yg mencipta cinta


Pernah Kau uji daku dengan cinta seorang insan

Ku terima dikala kejahilan

Walaupun rasa cinta disalutkan rasa kehambaan

Kekadang tetap kalah dengan dugaan

Pernah kau kuketepikan diantara 2 cinta

Maafkan daku Ya Tuhan


Tatkala tersedar

Hati merindu fitrah yg dikurnia

Jiwa meronta menggugah fizikal

Agar kembali kepada fitrah

Lantas aku membuka hijab hidayah

Yg Kau kurnia sekian lama

Dalam sendu aku mencari

Dan terus mengharap hanya padaMu

Tatkala daku dapat merasa,

Sentuhan kasih dan rahmatMu membelai jiwa,

Terharunya daku Ya Tuhan,

Terkesimanya aku Ya Rahman,

Betapa takkan Engkau biarkan hambaMu keseorangan
Selangkah ku kepadaMu,
berlari Kau kearahku

Betapa kasihMu tak terbanding dengan segala nikmat yg kau kurnia

Dalam sujud,

Syukurku membelah jiwa

Terima kasih atas kurniaan cinta dan rinduku padaMu

Betapa tak terungkap rasa yg terbungkam dijiwa

Segalanya hanya untukMu
Ya Tuhan

Ya Rahim,
Milik Engkaulah hati ini,

Rela daku kehilangan cinta dari mereka yg bergelar insan
Tetapi
Janganlah Engkau uji daku dengan hilangnya rasa cinta padaMu
Hidup dan matiku hanya untukMu

Bimbing dan peliharalah daku

Ya Tuhan

Janganlah Engkau membiarkan daku menentukan nasibku sendiri

Dalam sekelip mata atau jangka waktu yg lebih singkat dari itu

Hidup dan Matikanlah daku dalam mentaatimu dan RasulMu...


Amin


Airmata mengalir lagi..
Kerana 2 cinta..

‘Ya Allah, andai benar Engkau redha dengan aku dan ......... , tunjukkanlah jalannya Ya Allah. Peliharalah kami. Tetapkanlah hati dan langkah kami dalam bimbinganMu. Dan andai sebaliknya yg Engkau kehendaki, Kau buangkanlah rasa cinta ini dalam hati kami berdua Ya Allah. Redhakanlah kami dengan ketentuanMu..’

Sememangnya iman manusia kadang naik kadang turun. Aku akui pernah terlaga dalam memuja cinta manusia. Astagfirullah.. Namun indahnya rasa cinta 2 jiwa yg Allah kurnia, tetap akan kembali mencari fitrah cinta itu sendiri. Fitrah dari Dia yg Mencipta cinta. Iaitu CINTA ILAHI...Dalam pencarian aku menemui kasih hakiki. Dalam rintih, aku memohon kembali..

‘Ya Allah yg Maha Mengetahui. Jauhkanlah daku dari perkara yg boleh menjauhkan daku darimu. Kerana cinta pada hambaMu, kekadang hati terkurang memberi padaMu.. Ketahuilah Ya Tuhan, Daku lebih rela kehilangan cinta manusia daripada cintaMu. Janganlah Kau uji daku dengan kehilangan rasa cinta padaMu. Sesungguhnya aku ingin meninggalkan ......... hanya keranaMu. Andai Engkau redha dengan kami, ketemukanlah kami dalam keadaan yg lebih baik disisiMu dan para malaikat dan andai sebaliknya yg Engkau kehendaki, dengan izinMu aku masih tetap hambaMu yg bersyukur..amin’

Untuk mentafsir perasaan hati,
Hanya Allah yg Maha Mengetahui,
Airmata yg mengalir,
Menjadi bukti kepada fitrah dalam jiwa,
Daku mengetahui kasih Dia tetap disisi,
Hanya kepada Engkau aku berserah,
Hanya kepada Engkau jua daku memohon pertolongan,
Dan hanya kepada Engkau daku memohon ampun,
Atas kelemahan dan kekurangan diri,

Dalam mencintaiMu,
Ya Tuhan,
Daku cinta padaMu,
Ya Rasul s.a.w,
Daku cinta kamu,

Ya Tuhan,
Hidup dan matikanlah daku dalam mentaatiMu dan RasulMu
Adanya cinta dan rahmatMu,
Aku mampu bernafas dalam kesesakan dunia,

Antara 2 cinta,
Allah dan ........,
Aku memilih Allah,
Kerana,
Hanya Dialah yg berhak memberi daku cinta.

Wallahualam

Muslim Luar Biasa



Assalammualaikum wr wb.

Salam kemuliaan buat pembaca sekalian. Apa kabar semua?..apa kabar iman?..

Jantung berdegup,
mata terbuka,
takkan hati masih tertutup
untuk menerima hidayah Dia?

Wallahualam..Pengorbanan, jihad dan mujahadah adalah yuran untuk kita meraih cinta Dia. Mari sama-sama kita berusaha. Bertakwalah kepada Allah. Semoga nikmat iman dan islam dapat kita hayati. "Ya Allah, hidup dan matikanlah kami dalam mentaatiMu dan RasulMu.Aminn.."

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk saya meng’update’ blog nie. Maaflah ye, dalam 2-3 hari ni tak berapa aktif sangat. Benarlah kata seorang sahabat, komitmen yang ada lebih banyak dari masa yang dikurnia. Walaupun begitu, bersyukur sangat kerana sejak ‘faham’ nih, tak pernah pula terasa kosong dengan kehidupan. Walaupun duduk di bilik atau duduk saja dalam ladang, terasa seperti berinteraksi dengan alam. Duhai alam, walaupun kejadian kita berbeza tetapi fitrah kita tetap sama. Allah lah pengawalan dan pengakhiran kita. Subhanallah

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian siang dan malam terdapat tanda2 kebesaran Allah bg orang yang berakal”
“Iaitu orang yg mengingat Allah sambil berdiri,duduk atau dlm keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang prnciptaan langit dan bumi seraya berkata,
‘Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini sia-sia, Mahasuci Engkau lindungilah kami dari azab neraka’” (3:190-191)

Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!…
Daripada Dia kita datang dan hanya kepada Dia kita dikembalikan.
Wallahualam

Sebenarnya, taipan kali ni saya nak berkongsi kisah dan pendapat tentang tahap manusia luar biasa..Tapi saya suka guna ‘tangga keimanan muslim’ sebab memang dari sini, kita boleh ukur tahap keimanan dan kecintaan kita kepada Allah... Hehe..jom kita tengok!

Tangga keimanan muslim :

1. TAKUT iaitu melakukan amal kerana takutkan azab Allah
2. HARAP iaitu melakukan amal kerana mengharapkan balasan kebaikan dunia dan akhirat dari Allah
3. CINTA iaitu melakukan amal kerana cintakan Allah

Secara generalnya tak berapa faham lagikan apa kaitan ketiga-tiga diatas dengan tahap keimanan kita??...hehe....tepuk dada tanyalah iman!
Selama ini kita beribadah dan beramal kerana apa?
Pernah tak ada org ajak buat maksiat?..then, kita pun jawab ;

"eh, takutlahh..Api neraka sangat dahsyat weiii…"

Pernah tak, ada orang datang rumah kita mintak derma bencana alam ke, derma anak-anak yatim ke??... Then, dalam hati kita suka sangat nak bagi sebab dah tau Allah akan bagi ganjaran pahala yang besar kerana bersedekah.

2 perkara diatas memang selalu sangat kita alami kan??...Kebaikan dan ibadah kita mengharapkan balasan pahala dari Allah dan mengelakkan diri dari perkara yg dilarang kerana takutkan azab pedih Allah..takut dan harap ni bagus jer..Bukan tak bagus tapi jika nak dibandingkan, tahap cinta tu adalah kemuncak sebenar tahap iman.. Tetapi, tahukah kita tahap keimanan CINTA itu bagaimana pula?..Insyaallah dihujung pembacaan ni nanti, antum akan faham..Hehe

Cuba kita tengok kalau manusia-manusia bercinta macammana. Kalau betul terlalu cinta, onak dan duri, lautan api pun sanggup direnangi knn??.. Kenapa org cakap cinta itu buta? Kenapalah ada apek yg sanggup bunuh diri kerana cinta yg ditolak?..ish3x!!!.Dahsyat kan aura cinta tu?...

Cuba pulak kita relate kan cinta manusia kepada manusia tu dengan cinta manusia kepada Allah pulak.. Adakah Allah akan tolak cinta kita sebagaimana manusia?..tentulah tidak kan..Sebab itulah perasaan cinta manusia kepada Allah akan melahirkan satu anjakan yg sangat hebat lagi mantap!..Apatah lagi bila anjakan itu digunakan untuk kepentingan diri dan orang lain..Pada masa ni lah kehebatan dan aura yang sangat hebat lahir dalam diri kita menjadikan kita seorang muslim luar biasa.. Segala apa yang kita buat adalah kerana nak meraih cinta Dia, sayang sangat sampai tak sanggup sesaat pun ingatan jauh dari Dia..Bak lirik lagu P.Ramlee tuh..

‘Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia.’

Sememangnya tak mudah kan nak mencapai tahap ketiga tu?..Saya pun selalu berdoa mintak dijauhkan dari azab siksa neraka sebab takut sangat kat neraka, takut gak kat Allah..Tak lupa juga berdoa mohon dimasukkan kedalam syurga kerana nikmat yang tak tergambar untuk dinikmati..Begitu juga tahap kecintaan masih tidak sehebat mana jika nak dibandingkan dengan mereka yang terlebih dahulu Allah kurniakan benih iman dalam jiwa.. MasyaAllah…Seperti wali Allah, Rabiatul Adawiyah.. Tak tergambar dalam diri saya bagaimana kehebatan cinta dan kemanisan iman yg dirasainya. Dialah muslim luar biasa yang paling hebat antara ahli tasawuf atau para pencinta Allah. Hal ini dipersetujui oleh Hassan Al-Basri yang menyatakan dirinya sangat kerdil jika nak dibandingkan dengan Rabiah. Padahal beliau adalah ulama’ dan ahli sufi yang terkenal hebatnya pada masa tu. Hebat kan?..Pabila membaca doa yang rabiah amalkan, terlalulah meruntun jiwa. Tidaklah mampu dan sanggup untuk saya melafazkan doa sedemikian rupa..Apatah lagi terasa memang tidak layak untuk saya meminta sedemikian dari Allah s.w.t…Mari sama-sama kita renungkan doanya:



Ya Allah ya Tuhanku,
Bintang-bintang bersinar indah,
Telah tertutup mata-mata dengan lenanya,
Semua pemilik telah menurunkan tirainya,
Dan setiap yang bercinta telah bersatu dengan pencintanya,
Dan disinilah aku berada dihadapanMu
Demi kesucian dan keagunganMu,
Aku tidak akan lena daripada beribadah kepadaMu,
Setiap malam dan siang,
Kecuali dengan tidak kusengajakan,
Sampailah daku mengadapMu,
Wahai Tuhanku,
Apakah Engkau akan membakar hati yang mencintaiMu,
Dan lidah yang menyebut namaMu,
Dan hamba yang takut kepadaMu,
Jika aku sujud kepadaMu Kerana gerun dengan api nerakaMu,
Maka bakarlah aku didalamnya,
Dan jika daku sujud kepadamu kerana inginkan syurgaMu,
Maka halangilah daku daripadanya,
Tetapi jika daku sujud kepadamu kerana kecintaanku kepadaMu,
Maka kurniakanlah daku balasan yang besar,
Izinkanlah daku melihat wajahMu,
Yang Maha Agung Lagi Maha Mulia itu.
Wahai Tuhanku,
Jadikanlah neraka itu untuk seteru-seteruMu,
Dan syurga pula untuk pencinta-pencintaMu,
Dan adapun untukku,
Memadailah hanya Engkau semata.

Sumber dari buku riwayat bidadari syurga oleh munif ahmad

Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!...Hebatkan wali Allah nih..hebatnya Rabiah..Sememangnya syurga dan Allah selayaknya untuk dia. Kerana tidak akan Allah sanggup menjauhkan diri dari hamba yang hanya mencintaiNYA..Tiada yang lain dihati, jiwa dan sanubarinya melainkan Allah Yang Satu.. Semoga kita diberi peluang untuk menikmati dan merasai kemanisan iman, cinta dan sayang hanya untuk Allah semata. Bahagianya…Insyaallah…Itulah dia tangga keimanan muslim..bukan mudah untuk meraih cinta yang sebenar-benar cinta sebagaimana Rabiatul Adawiyah dan Zulaikha zaujah kepada Nabi Yusuf a.s.. Semua itu memerlukan pengorbanan mengurangkan taksub dengan nikmat dunia...So, apa lagi, marilah sama-sama kita berusaha untuk mencapai tahap muslim luar biasa, bermanfaat buat org lain, apatah lagi untuk agama islam..Semoga kita tergolong dalam mereka yg disebut-sebut oleh Allah kerana kecintaanNya kepada kita. InsyaAllah..

Wallahualam

Sunyi

Wednesday, January 13, 2010

Sunyi,
derai tawa itu kedengaran sepi,
bait kata yang menerjah kelopak telinga,
pergi dibawa lembut bayu,
dunia ini bisu tanpa suara.

Dalam ramai aku tetap sunyi,
tatkala sendirian,
sunyi bertambah parah,
membarah disegenap tubuh,
tak sanggup aku hidup begini.

Aku mohon ya Allah,
jelmakan dia untuk aku,
kuderat ku tidak kuat,
tidak mampu merangkak sendirian,
aku mengidamkan dia sebagai teman.

Yang boleh menggenggam tanganku,
dan bersama memadam sunyi,
yang boleh aku pinjam kakinya,
agar aku dapat terus bertatih kehadapan,
yang boleh aku pinjam matanya,
agar aku mampu membeza kaca dan permata,
yang boleh aku pinjam telinganya,
agar suara hati ini tidak terus terpendam,
yang boleh aku pinjam bahunya,
agar aku punya tempat untuk menangis.

Bilakah mungkin dia akan muncul ?
mewarnai duniaku yang suram dan kosong ini,
berkongsi suka duka di sengga hayat,
menjadi teman bicara episod bahagis dan nestapa,

paling utama...

menggenggam erat tanganku mencari cinta Ilahi.

Katakan Padaku Wahai Kekasih...

Saturday, January 9, 2010

Kekasih…

Katakan kepada hidupku, tentang cinta yang menyatukan langit dan bumi. Katakanlah kepadaku, wahai kekasih. Saat jiwamu kau pagari dengan kesucian. Maka tak kan ada ruang bagi budak-budak cinta akan memasukinya.

Maka hidupku adalah jiwa yang mabuk dan terpesona dengan pijar di matamu. Padahal sinar matamu teruntuk jalan bila gelap, dan buat cahaya di antara hati dan mimpi. Akulah yang melihatmu dalam pijar langit dan bumi. Yang mengajariku bahwa cinta adalah kenyataan yang memenuhi keduanya.

Jika mimpi telah beranjak, siapakah yang menemukan kemuliaanya kembali di tanah ini? Mimpilah yang mengajarkan hidup tentang kehalusan, dan jiwa yang penuh kasih. Katakanlah kepadaku, hai kekasih, yang memijarkan kalbuku adalah jiwamu. Lalu mengapakah aku seperti budak-budak kesunyian kerana rasa cinta kepadamu.
Adakah hidup yang mencintai adalah kebencian di langit, kerana telah ku pijak sang bumi dengan rindu-rindu hatiku kepadamu. Katakanlah kekasih, tentang cinta yang menyatukan langit dan bumi. Di saat langit mengenggam jiwamu, aku juga memburu nafasmu. Biarkan aku berpacu dengan jalan, waktu, dan takdir. Dan janganlah bulan menjauhiku jika malam aku melukismu. Bumilah tempat kasih jiwa tumbuh, dan langit adalah pucuk-pucuknya.

Kekasih dengarlah jika langit telah menghujaniku cerca, ia berkata, “ pergilah kepada kesunyian dan hati yang tersiksa, di jalan-jalan bumi cinta menyengsarakan hati, dan menjauhkan segala mimpi. “Cintakah yang melibatkan hidup di dalam penantian, pada hari-hari yang tidak pernah pasti. Tentang keburamannya yang menebar tak terarah. Menghapus cahaya dan jiwapun sirna. Atau cintakah yang melarikan mimpi-mimpi ke dalam belenggu sunyi, yang memenjarakan kalbu.

Maka katakanlah kepada hidupku, bahwa cinta mengajarkan jiwa tanah-tanah bumi yang indah yang bila sedang bernyanyi di bawah langit yang menaungi dengan keberkahannya.
Sebutlah kekasihku, tentang cinta yang membangkitkan kasih di negeri-negeri tandus, lalu negeri itu di penuhi anugerah karena cinta membuatnya subur dalam jiwanya. Karena kasih sayang adalah ladang yang paling indah. Atau ucapkanlah pada bebatuan yang mengkristal di kematianku jiwaku ini, bahwa kedatanganmu adalah api yang mencairkan kesunyian dan membelah kebekuan menjadi butir-butir kesadaranku akan hidupku.

Maka simaklah apa yang diucapkannya saat ku pandang langit dari atas negeri ini, “ tembuslah sejauh cakrawala untuk bisa meraih sang cinta, atau jika engkau telah mengarungi semua kematian. “Yah, cinta adalah kematian sekaligus kehidupan.
Kematiannya seperti para pemabuk yang tidak sadarkan diri, berjalan dalam sunyi malam, mengigau di lorong-lorong kota, menjeritkan ketidaktahuan dan kegelisahan. Cinta yang membunuh kesadaran, merampas jiwa menjadi budak-budak cintanya, membelenggunya. Menjadikan jiwa-jiwa putus asa, membenci kehidupan, mendendam kepada senyuman yang tersungging di bibir pagi. Cinta adalah kuburan bagi kenangan, yang diziarahi tangis dan mimpi, yang selalu ditaburi doa-doa sunyi, di saat jiwa meratapi dunia yang merebut janji sang kekasih. Cinta adalah saat-saat buta, karena tidak dapat melihat selain wajah keinginan, dan menatap kerinduan bagai alam yang teramat jauh, yang tidak akan terjangkau selamanya meski hidup telah melakukan segalanya.
Sedang hidupnya cinta seperti jiwa yang berpijar, laksana suluh yang membangunkan tidur yang beku karena waktu senantiasa melelapkan lembah-lembah, dialah pijar yang membidik titik kebangkitan bagi kehidupan yang telah diselubungi aroma kematian di kalbunya. Cinta seperti pijar yang keluar dari keluhuran semesta, menjadikan cahaya wajah begitu indah pada senyum bahagianya, lidahnya yang melantunkan puji-puji, tangannya yang melukis kenyataan, jiwanya yang menulis kebenaran, dan hidupnya mengusir kematian segala makna. Cinta adalah pijar di kegelapan dan kehampaan, saat para jiwa terduduk lesu terperangkap. Yang menembus ke dalam naluri dan menerangi sisi yang sunyi, mengajarinya melihat hidupnya langit, dan menghangatkannya dengan menghidupkan kasih.

Maka dimanakah kehidupan cinta, yang bisa melindungiku dari kesedihan. Atau bisa menghindarkanku dari sunyi yang membunuh.

Ucapkanlah, hai kekasih. Dari lidah jiwamu, tentang cinta yang menyatukan langit dan bumi. Agar ada jalan bagi bayanganku yang menjejaki bumi dapat melayang tinggi di sekitar langit, bersama bayangmu yang menjadi sayap-sayapku...

Narwastu Kasih Mu


Sedikit demi sedikit,
Kau biarkan….
Sezarah demi sezarah…
Hatimu kau biarkan tercuri,
Terasyiq pada setetes dunia,
Tanpa kau sedari
Ia bagaikan asid yang menghakis..

Ah, teganya kau begitu..
Membiarkan…
Jiwa rasamu terbang entah kemana – mana
Sengaja mengalpakan…
Gelora yang dicipta setan,
Sedikit demi sedikit…

Saat kau tersedar,
Kau sedikit gusar…
Kerna terlupa engkau tafakurkan
Pada siapa kau serahkan segala urusanmu ?
Dengan sibgoh siapa ,
Kau mengkhayal angan dan harap..

Saat kau terpana,
Pada realiti qadha’ Nya,
Terasa pedih yang terlalu dalam
Bagai gelegak asid yang merumba,
Mahu-mahu nafsu terkalah dek MahuNya
Dan saat itu setan tertawa padamu…
Kau sebenarnya terpedaya
Pada palsu fatamorgana …

Dalam sujud pasrah kau berserah,
Indahnya tarbiah Mu Ya Allah…
Pada melentur ruang zarah jiwa
Agar tergoda pada cintaMu saja…
Bukan pada yang selain Nya

Seolah KAU berkata
Palingkan !
Palingkan saja,
Atmamu dari resah gelisah dunia
Kerna segala haqiqat urusanmu
Adalah dalam genggaman KU jua…
Sudah tercalarkah yaqin mu duhai hamba ??

Saat tersedar kau tersenyum…
Tuhanmu bisa cemburu..
Lantas,
Dia menguji mu..
Apa benar….
Luahan cintamu yang kelmarin – kelmarinnya,
hanya pada NYA ?
Untuk NYA ?
Buat NYA semata ?
Ataukah sekadar sastera bisu…beku…
Tanpa bukti…
Apa sebenarnya ada di hati ??

Kau terdengar lagi..
Saat Tuhan Mu membujuk ,
Jangan pernah kau merasa sepi
Dari kasih Ilahi…
Kerna AKU lah yang terlebih – lebih menyayangimu
Walau sejelek dan seperti apa rupa bentukmu…

Kerna AKU lah yang terlebih – lebih mengasihimu
Sebelum kau sendiri mengenal
Apa itu sebenarnya kasih…

Kerna AKU menyayangi mu…
Tidak kerana dosa atau pahala mu…
Lantaran..
Rahmat KU yang terlalu, dan terlalu luas..
Sedarkah engkau
betapa..CintaKU padamu
adalah Cinta tanpa Syarat…. !!

Bagai disimbah kata azimat,
Dari Sang kekasih…
Tak ingin lagi kau berpaling..
Tak ingin lagi kau dibalut palsu,
Hati – hati kau membawa hati,
Tempat musyahadah zat Allah....
Umurmu,jiwa ragamu,hidup matimu
Tawajuhkan…tawajuhkan…tawajuhkan……
Di daerah sunyi uzlah,
Dari cempera ghaflah..,
Kau.. Perindu Husnul Khatimah !

Hu….Hu…..Hu………Allah…………………..
Ternyata..
DIA tidak pernah meninggalkan mu,
Melainkan kau yang selalu menjauhi NYA
DIA… Tuhan mu…
Maha Tahu tentang dirimu
Lebih dari engkau mengetahui
tentang dirimu sendiri…
DIA terlalu dekat.
Terlalu dekat amat….

Tetaplah engkau berdiri..
Terus berdiri sampai kapan pun jua…
Menanti di Pintu Rahmat dan RedhaNya…
Ketukanmu di pintu itu
Pasti kan dibuka…
Dan….
Tuhanmu akan ‘tersenyum..’
Mendepakan ‘tangan’ menyambutmu
DIA Setia menantimu tanpa jemu-jemu.

Allah…….Allah…………Allah…………….
Sungguh… !
Walau sedebu narwastu kasih MU cuma.
Adalah segalanya…. !

Mohon

Thursday, January 7, 2010
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Ya Allah... Tuhanku..
Ampunilah segala dosaku..
Berikan ku kekuatan..
Untuk memahami akan penyakit ciptaanmu ini..
Berikan aku kekuatan..
untuk mengingati segala ilmumu ini..

Ya Allah... berikan aku semangat..
Ya Allah... berikan aku kerajinan..
Ya Allah... berikan aku keikhlasan..
Ya Allah... bersihkan hatiku..
Ya Allah... luaskan jiwaku..
Ya Allah... sihatkan badanku..

Ya Allah...
Engkaulah segalanya bagiku..Ameen

Aku Tafakur Seorang

Tuesday, January 5, 2010

Alhamdulillah dan segala puja - puji itu hanyalah layak dan mutlak bagi Allah,
Tuhan kepada segala khazanah isi langit dan bumi. Setiap kali bangun dan membuka mata,
yang sepatutnya terlafaz adalah kalimat syukur bahawasanya diri ini masih diizinkan
untuk melihat segala – galanya yang terlihat semalam, masih bisa menyedut nafas
segar semahu – mahunya, masih lagi bisa merasai belai lembut angin pagi yang
menghembus di celah – celah jendela , masih mampu mencicipi segala nikmat
dan rahmat kurniaanNya…. masih !

Hari ini, masih ada lalai yang terbuat, masih ada alpa yang tercipta,
masih juga lengah dalam menunaikan perintahNya, meski tak terhitung tazkirah
dan tausiyah yang didengar, mau’izoh demi mau’izoh, mata ini masih galak
melihat keindahan terlarang, mulut ini masih lagi berhambur kalam yang melalaikan,
saringan telinga ini tetap tidak mampu membendung suara – suara melenakan,
mengasyikkan dan mengata nista. Masih juga ada lintasan - lintasan niat
yang dipandu syaitani, rasa- rasa ammarah yang beraja didiri,
gerak – gerak hati yang tidak tarbawi, sedangkan hati itulah tempat jatuhnya
segala pandangan Allah. Tidaklah dikira amal soleh melainkan dengannya
disertai niat yang tulus, bersih hanya kerana NYA ! Jahatnya hati..!!

Bagaimana jika hari esok tak mungkin datang, padahal seharian bersalut lumpur dosa,
bagaimana jika esoknya matahari terbit dari barat ? padahal kala ini bibir lupa
menyebut namaNya. Bagaimana rasanya jika mata yang terpejam semalam adalah
untuk selama – lamanya. Sedangkan hari ini belum sempat merayu dan merintih
agar segala dosa diampuniNya, dosa – dosa semalam, seminggu yang lalu,
sebulan yang lepas dan setahun yang juga telah lama berlalu. Hari ini berbuat dosa
, terlalu lama bertangguh untuk menghapuskannya, hari ini berbuat dosa,
begitu mudah untuk melupakannya, sedangkan Allah tidak pernah sekali – kali akan lupa !
Bahkan, saat ini berbuat salah, esoknya sibuk bersujud, menyusun untaian doa,
merintih dalam esak tangis, minta diampunkan dalam sekelip mata dan esok harinya
kembali tertawa !

Dan bagaimana jika senyuman yang dihadiahkan semalam adalah untuk
yang terakhir kalinya ? Gelak tawa bersama teman dan canda gurau semalam
adalah yang terakhir. Wajah bersih bunda dan ayahanda yang sempat ditatap sebulan
yang lepas juga adalah yang terakhir. Dan jika diari hari esok tak pernah
tertulis untuk kita, Sungguh rugi dan celakalah diri ini andai belum sempat
mensucikan diri dari noda dan dosa, andai belum sempat meminta maaf pada mereka
yang tersakiti oleh lisan dan perbuatan, andai masih belum mendengar
kalimat maaf dari insan yang terzalimi, andai ada hak insan lain yang terambil
dan diambil secara sedar atau tidak. Bukankah menyesal di hari akhirat itu
adalah kesiaan yang tidak ada gunanya ? Lupakah……




Sahabatku...
Lalu nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kau dustakan ? Justeru itu, andai hari esok
kau masih bisa melihat Sang fajar menyambut pagimu dengan sinar senyuman,
maka ucapkanlah :
“ Terima Kasih Ya Allah......”

Wassalam...

Jemputlah Hidayah Itu

Monday, January 4, 2010

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani..

Wahai diri,

Bukalah mata dan hatimu, lihatlah pada mereka yang hidup tanpa pedoman dan kau akan merasa betapa bernilainya anugerah sebuah hidayah.. Betapa sukarnya perjalanan jika tidak dipandu hidayah Nya, Btapa payah melangkah, jika tanpa tuntunan dari Nya. Sungguh peritnya sebuah kehidupan, jika hati tidak diterpa nur hidayah Nya. Justeru seharusnya kau bersyukur wahai diri, jika kau masih bisa membezakan diantara yang hak dan batil. Itu tandanya Allah mengasihi mu.

Tanpa hidayah dan taufiq Nya, hatimu bisa linglung dalam menentukan arah tuju. Lihatlah pada mereka yang seenaknya hidup di atas muka bumi milik Nya dengan sesedap rasa dan berlazat–lazat dengan keinginan mereka. Mereka bertuhankan nafsu sendiri, berbuat apa saja sekehendaknya, bebas menurut kepala sendiri. Mereka lupa, bukankah syariat itu adalah neraca dalam menggapai redha Nya ?

Jemputlah hidayah itu. Ketuklah pintu–pintu yang bisa membawamu dalam rengkuhan hidayah Nya. Di dalam Bidayatul hidayah, (permulaan jalan hidayah) – karya Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali r.a, terkandung rahsia dan adab–adab seorang makhluq dalam muamalat sehari–hari bersama Khaliqnya. Sungguh, didalam kitab itu terkandung adab–adab melaksanakan ketaatan dan cara–cara meninggalkan maksiat pula. Janganlah kau sombong untuk mengikuti jalan yang telah dibentang oleh para ulama’ wahai diri. Sesungguhnya mereka itu pewaris para nabi. Bukankah begitu ?

Berdoalah padaNya seperti doa yg diajar oleh kekasih Allah – solallah alaihi wasallam – mohon padaNya, janganlah dibolak balikkan hatimu setelah diberikan dan disinari hatimu dengan taufeeq dan hidayahNya. Tidakkah kau gentar wahai diri tatkala kau membaca kalam agung Nya.

“Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka , pendengaran mereka telah tertutup , dan mereka akan mendapat azab yang berat.”


Hati–hatilah kau menjaga menjaga hatimu. Kata para guru, hati itu tempat jatuhnya pandangan Allah.. Masih ingatkah kau pada kata–kata Habib Ali Zainal abidin al–hamid di masjid Baitul Aman. Sesungguhnya HATI itu (hatimu itu) jika tidak disibukkan dengan perkara yg bermanfaat maka dia akan bersibuk–sibuk dengan perkara–perkara yang tidak bermanfaat. Oh hati..


Semaklah firman cinta Nya dan kau akan menjumpainya di dalam surah Al ahzab “Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya..”

There’s no way for an evil and angel to get along together.. Sedarlah diri kebaikan dan kejahatan tak pernah berjalan seiring. Laksana titisan air dan minyak, tak mungkin pernah akan berbaur dan sebati.


Moga diriku dan dirimu termasuk di kalangan hambaNya yg terpilih – yg sentiasa terpandu di atas jalan hidayah Nya dalam meniti realiti ujian dunia yg dahsyat.


Sedarlah... renunglah.. dan berubahlah..

Wallahualam..

Sumber: Barakah

Cerminlah Dirimu

Saturday, January 2, 2010

Tatkala kudatangi sebuah cermin
Tampak sesosok yg sangat lama kukenal dan sangat sering kulihat
Namun aneh, sesungguhnya aku belum mengenal siapa yg kulihat
Tatkala kutatap wajah itu hatiku bertanya, Apakah wajah ini yg kelak akan bercahaya dan bersinar indah di syurga sana ?
Ataukah wajah ini yang akan hangus legam di neraka jahanam

Tatkala kutatap mata,nanar hatiku bertanya,
Mata inikah yg akan menatap penuh kelazatan dan kerinduan..
Menatap Allah,menatap Rasulullah,menatap kekasih - kekasih Allah kelak ?
Ataukah mata ini yg terbeliak,melotot,menganga,terburai menatap neraka jahanam..
Akankah mata penuh maksiat ini akan menyelamatkan ?
Wahai mata,apakah gerangan yg kau tatap selama ini ?

Tatkala kutatap mulut,
Apakah mulut ini yg kelak akan mendesah penuh kerinduan...mengucap Lailaha ilallah saat malaikat maut datang menjemput ?
Ataukan menjadi mulut menganga dgn lidah menjulur, dengan lengking jeritan pilu yang akan mencopot sendi-sendi setiap pendengar ?
Ataukah mulut ini menjadi pemakan buah zaqum jahanam..yg getir penghangus,penghancur setiap usus !
Apakah gerangan yg engkau ucapkan wahai mulut yang malang ?
Berapa banyak dusta yg engkau ucapkan ?
Berapa banyak hati yg remuk dgn pisau kata - katamu yg menggiris tajam ?
Berapa banyak kata - kata manis semanis madu yg palsu engkau ucapkan utk menipu ?
Betapa jarang engkau jujur
Betapa langkanya engkau syahdu memohon agar Tuhan mengampunimu..

Tatkala kutatap tubuhku
Apakah tubuh ini kelak yang akan penuh bercahaya..
Bersinar, Bersukacita, Bercengkerama di Syurga ?
Atau tubuh yang akan tercabik - cabik hancur,
mendidih di dalam lahar membara jahanam, terpasung tanpa ampun,derita yg tak pernah berakhir..

Wahai tubuh,berapa banyak maksiat yang engkau lakukan ?
Berapa banyak orang - orang yg engkau zalimi dengan tubuhmu ?
Berapa banyak hamba - hamba Allah yang engkau tindas dgn kekuatanmu ?
Berapa banyak perindu pertolongan yg engkau acuhkan tanpa peduli padahal engkau mampu ?
Berapa banyak hak - hak yang engkau rampas ?

Ketika kutatap hai tubuh
Seperti apa gerangan isi hatimu
Apakah isi hatimu sebagus kata katamu..
Atau sekotor daki-daki yang melekat di tubuhmu..
Apakah hatimu segagah ototmu
Atau selemah daun daun yg mudah rontok
Apakah hatimu seindah penampilanmu
Ataukah sebusuk kotoran-kotoranmu..

Betapa bezanya..
Betapa berbeza..
Apa yg tampak dan apa yang tersembunyi..
Aku telah tertipu,Aku tertipu oleh topeng
Betapa yg kulihat selama ini hanyalah topeng,hanyalah topeng belaka!!!
Cis..! Betapa pujian yg terhambur hanyalah memuji topeng!!!
Sedangkan aku.....
Hanyalah selonggok sampah busuk yang terbungkus
Aku tertipu, Aku malu Ya Allah......
Allah..................
Selamatkanlah aku......
Aku tak mahu tertipu lagi Ya Allah
Ya Allah selamatkanlah hambaMu ini...!!!

Amin ya Rabbal alamin.

Bai'ah


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصرهووالاه




Assalammualaikum sahabat bloggers...=)
Bai'ah...erm...hari ni aku akan kongsi skit pendapat tentang ciri dan fahaman bai'ah.
Bai`ah bermaksud berjanji untuk taat. Bai`ah sememangnya wujud dalam amalan Islam. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:

“Bahawasanya mereka yang memberi bai`ah kepada kamu, sesungguhnya mereka memberi bai`ah kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka. Maka barangsiapa yang melanggar (bai`ah), sesungguhnya (akibat) melanggar bai`ah akan menimpa dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang menunaikan apa yang dia janjikan kepada Allah, maka Dia akan memberinya ganjaran yang besar.” (Al-Fath : 10)

Dalam sebuah hadits Ibn Umar ada mengatakan yang bermaksud:

“Kami apabila membai`ah Rasulullah s.a.w adalah atas dengar dan taat dan dia berkata kepada kami ‘Pada apa yang kamu mampu’.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Bai`ah diamalkan dalam pelbagai bentuk kumpulan Islam. Ia bukan hanya diamalkan oleh oleh perkumpulan berorientasi politik tetapi juga amalan biasa dalam perkumpulan sufi. Isu bai`ah ini amat relevan dalam usaha menangkis ideologi pelampauan kerana ia adalah satu amalan yang juga digunapakai oleh kumpulan-kumpulan pelampau. Amalan bai’ah pada asalnya bukanlah suatu pelampauan, namun ia sering disalah gunakan oleh pimpinan yang mengaku atas nama Islam untuk melemahkan psikologi para pengikut dalam menjaga ketaatan mereka kepada organisasi. Ketika inilah, kalangan anggota-anggota kumpulan pelampau merasakan terperangkap setelah memberi bai`ah kepada kumpulan berkenaan. Mereka merasa takut sekiranya meninggalkan kumpulan berkenaan atau tidak taat pada arahan ketua, mereka telah melakukan satu dosa besar dan laknat ALLAH SWT akan jatuh ke atas mereka kerana sumpah setia yang telah diberi atas nama ALLAH SWT itu. Mereka takut dilabel sebagai pengkhianat agama.

Bai`ah dalam Islam boleh dibahagikan kepada dua bentuk:

a. Bai`ah Kubra (besar), iaitu bai`ah kepada pemimpin negara Islam yang dilantik secara sah.
b. Bai`ah Sughra (kecil) iaitu bai`ah untuk bersepakat dan berjanji bersama-sama melakukan sesuatu kewajiban atau amalan.

Bai`ah Sughra ini diharuskan berdasarkan hadits yang bermaksud:

“Berkata Maimunah binte Raqiqah ‘Aku mendatangi Rasulullah s.a.w bersama kaum wanita. Kami membai`ahnya atas Islam. Lalu kami berkata ‘Wahai Rasulullah! Kami membai`ah kamu untuk tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu, kami tidak akan mencuri, kami tidak akan berzina, kami tidak akan membunuh anak-anak kami dan kami tidak akan mendatangi cerita bohong yang kami reka di antara dua tangan dan kaki kami, kami tidak akan melakukan maksiat terhadap kau dalam perkara yang makruf’ Berkata Rasulullah s.a.w, ‘Pada kadar yang kamu mampu dan berupaya’.....” (Riwayat Malik & At-Turmuzi)

Berkata Sheikh Waliyullah Ad-Dahlawi dalam mensyarahkan hadits ini:

“Di dalamnya ada dalil bahawa bai`ah tidak terhad pada penerimaan jawatan khalifah semata-mata.”

Namun bai`ah seperti ini disyaratkan tiga syarat berikut:

a. Ia dilakukan bagi perkara yang syar`ii.
b. Ia dilakukan atas keperluan yang wujud secara yakin.
c. Ia tidak menyanggahi, menyalahi atau mengganti Bai`ah Kubra, jika ada.

Hukum Bai`ah Sughra adalah sunat sahaja sebagai menguatkan azam untuk melakukan kebaikan secara bersama dan menghayati sunnah Nabi s.a.w.Namun bagi mereka yang telah memberi Bai`ah Sughra, wajiblah ke atasnya untuk memenuhi janji yang dibuat dalam bai`ah itu selama mana ia tidak bercanggah dengan syara’ dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas. Hal ini adalah kerana Allah taala berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Tunaikanlah janji-janji kamu.” (Al-Maidah : 1)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Orang-orang Islam (diikat) bersama syarat-syarat mereka kecuali syarat-syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram.”(Riwayat At-Turmuzi, Ibn Majah & Abu Daud)

Melanggar janji sedemikian bukan atas alasan yang syar`ii adalah berdosa. Oleh yang demikian, wajiblah bagi sesiapa yang ingin memberi bai`ah dalam apa jua perkara memberi pertimbangan yang berat terhadapnya dan tidak melakukannya secara mudah sahaja.Begitu pula, sekiranya sebuah bai’ah itu diberi kepada sesuatu perkumpulan Islam asalnya,namun pengikut kumpulan tersebut merasakan tidak mampu kekal di dalam bai’ah berlaku ketidakselarian syara’. Contohnya, pimpinan mengisytiharkan akidah bagi perkumpulan mereka ialah wahabbi-mujassimmah atau syiah, liberal dan sebagainya. Maka, jelas melanggar kesepakatan ulama, maka wajiblah ketika itu para pengikut melanggar bai’ah yang terbentuk.Satu misalan lagi, sekiranya para pengikut merasakan ada gabungan jamaah Islam lain yang mampu memenuhi segala kehendak syara’ dan bergerak atas landasan Islam yang syumul. Maka bai’ah tersebut terus dilanjutkan kepada gabungan jamaah tersebut.

Namun tidak boleh sesiapa pun mewajibkan orang lain untuk mengikut jejaknya dalam memberi bai`ah dan menyalahkan orang lain yang tidak melakukannya dengan tuduhan bahawa matinya akan seperti mati jahiliyah.Adapun orang yang telah memberi bai`ah kemudian melanggar bai`ahnya secara tidak syar`ii, walaupun dia berdosa kerana melanggar janji tetapi tidak dikatakan sebagai terkeluar dari agama dan masuk ke neraka. Dia tidak pula dituduh sebagai telah keluar dari jemaah kaum Muslimin.Bai`ah yang diberi kepada kumpulan-kumpulan dakwah dan lain-lain pula tidak akan menjadi bermakna lagi jika kumpulan berkenaan telah sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam.

Bai`ah yang diberi kepada mana-mana individu pula tidak boleh membawa kepada ketaatan pada yang bukan makruf kerana Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tiada ketaatan kepada sesiapa dalam melakukan maksiat kepada Allah. Sesungguhnya taat hanya pada perkara yang makruf (baik).”(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Pemimpin dalam kumpulan dakwah atau tarikah yang diberikan bai`ah kepadanya ditaati sejajar dengan konsep ketaatan kepada pemimpin yang lain iaitu pada perkara yang makruf dan tidak pada perkara yang maksiat.Bai`ah sedemikian pula tidak menjadikan seorang pemimpin itu sebagai sumber kebenaran atau dilihat sebagai maksum. Kebenaran yang datang dari pemimpin seperti ini, diterima kerana sandarannya pada dalil Al-Quran, Sunnah. Qiyas, Ijma’ Ulama dan bukan kerana ia datang dari dirinya. Menganggap pemimpin yang dibai`ah sebagai sumber kebenaran dan maksum adalah taksub dan pelampauan yang tercela.

Apabila seseorang telah memberi bai`ah lalu dia dapati sesuatu yang lebih baik dari apa yang dia janjikan dalam bai`ahnya, atau berjumpa dengan kumpulan yang lebih baik atau berjumpa dengan pemimpin yang lebih soleh dan baik, maka dia boleh dan dianjurkan dia untuk menerima apa yang lebih baik dan meninggalkan apa yang dia ada. Ini berdasarkan pada firman Allah taala yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu jadikan Allah sebagai sasaran bagi sumpah kamu untuk menghalang kamu dari melakukan kebaikan, bertakwa dan melakukan islah sesama manusia. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah : 224)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Wahai Abdul Rahman! Janganlah kau meminta jawatan kepimpinan. Sesungguhnya jika kau diberi jawatan itu atas permintaan, nescaya kau akan dibiarkan dengannya. Jika kau diberi jawatan pemimpin bukan atas permintaan, kau akan dibantu untuk melakukannya. Jika kau bersumpah dengan satu sumpah, lalu kau lihat yang lain lebih baik, maka datangilah yang lebih baik dan kaffarahlah ke atas sumpah kau.” (Riwayat Al-Bukhari)

Walau pun Islam membenarkan sedemikian tetapi ia hendaklah dilakukan secara beradab iaitu dengan meminta izin dari pihak yang diberikan bai`ah sebelum berpindah kepada bai`ah yang lebih baik[1].


Wallahualam...


[1] Seseorang yang meninggalkan bai`ah yang mengandungi lafaz sumpah (wallahi, billahi, tallahi) hendaklah ia melakukan kaffarah sebagaimana firman Allah taala yang bermaksud:

“Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kafarat (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, yaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barang siapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kafaratnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kafarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur (kepada-Nya).”

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم أجمعين، والحمد لله رب العالمين

Rintihanku

Lagu: Saufee

Jauh Perjalanan
Telahku Jelajahi
Membawa Seribu Impian
Berbekal Pengalaman
Mampukah Aku Melangkah
Menuju Satu Daerah
Masihkah Ada
Sinar Yang Menanti

Masa Dijanji Pasti Tiba
Ku Kan Dijemput Ke Sana
Bimbang Langkah Ku Terhenti
Ku Terpaut Dipersimpangan
Tak Inginku Mengngati
Detik Hitam Semalam
Tinggallah Semua
Menjadi Kenangan

Kerana-Mu Kan Ku Gagahi
Untuk Terus Sisa Hidup Ini
Biar Ku Tebus Segala Dosa
Selagi Jasad Bernyawa

Leraikanlah Rasa Hatiku
Padaku Hanya Engkau Yg Satu
Belum Pernah Ku Terasa
Hebatnya Cinta-Mu

Sesungguhnya Kau Mengerti
Apa Tersirat Di Dalam Diri
Ku Mohon Rasa Kasih Yang Abadi

Jujur Ikhlaskah Hati Ini
Menyintai-Mu Sepenuh Hati
Ataukah Sekadar Bila Diuji
Rahmat Dan Kasih-Mu Tiada Sempadan
Biarpun Jiwa Dalam Kelalaian
Dihasut Dengan Pelbagai Godaan

Muhasabah Tahun Baru Masihi

Friday, January 1, 2010

Assalammualaikum wr wb..

Setiap kali tiba 1 Januari, soalan apakah sikap kita sebagai umat Islam dalam menyambutnya sering ditanya dan selalunya, ia akan dijawab dengan beberapa jawapan atau maklum balas segera yang biasa didengar selama ini.

Antaranya ialah haram menyambut kedatangan tahun baru Masihi yang bukan tahun Islam.

Tulisan ini sama sekali tidak bertujuan membincang atau mempertikaikan maklum balas berkenaan tetapi sekadar mengajak pembaca bermuhasabah mengenai hal yang berlegar di sekitar kita seharian. Bukanlah menjadi suatu kesalahan sekiranya kita memperingati kedatangan 1 Januari daripada sudut pergerakan dan peredaran masa.Tuntutan supaya mengambil berat mengenai masa jelas disebut dalam al- Quran sehingga salah satu surah dinamakan al-Asr yang bererti masa.

Firman Allah yang bermaksud: “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al Ashr, ayat 1 hingga 3).

Begitulah firman Allah yang menuntut manusia sentiasa berhati-hati dalam meniti masa hidup mereka. Semuanya memerlukan nilai pengisian yang tinggi (amal soleh) supaya tidak mengalami kerugian. Tuntutan bermuhasabah amat jelas dalam surah yang ringkas dan padat ini. Sebenarnya, wujud jalinan hubungan istimewa antara perkiraan tahun Masihi dan Hijri (Hijrah) kepada umat Islam.

Tahun Masihi dikira menurut `peredaran’ matahari (tarikh as-Syamsi) sementara perkiraan tahun Hijri pula berdasarkan peredaran bulan (tarikh al-Qamari). Islam tidak menolak salah satu perkiraan tarikh berkenaan dalam kehidupan manusia. Perkiraan tarikh as-syamsi untuk menentukan musim kerja atau aktiviti manusia. Daripada tarikh inilah manusia mengenal peredaran musim panas, sejuk, menyemai atau menuai sementara tarikh al-Qamari pula menentukan masa ibadat. Peredaran yang tidak sama antara tarikh as-Syamsi dan al-Qamari menyebabkan umat Islam dapat merasai musim berbeza setiap kali menunaikan ibadat tertentu. Contohnya musim haji dan puasa. Mungkin pada tahun ini, umat Islam berpuasa atau menunaikan haji dalam musim sejuk tetapi beberapa tahun kemudian pula dalam musim panas.

Hal ini memberikan cabaran berbeza kepada mereka ketika menunaikan ibadat berkenaan. Di sinilah terserlah cabaran jihad ketika menunaikan ibadat. Kepentingan menghitung tarikh as-Syamsi terserlah dalam al-Quran melalui cerita Nabi Yusuf ketika membuat tafsiran mimpi raja Mesir.

Al-Quran menerusi ayat 46 hingga 49 Surah Yusuf menceritakan kisah berkenaan sebagai: “(Setelah dia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): `Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat) tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang yang mengutusku, moga mereka dapat mengetahui tafsirannya’. Yusuf menjawab: `Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah ia pada tangkai- tangkainya; kecuali sedikit daripada bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan kamu simpan (untuk dijadikan benih). Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya).”

Kepentingan memerhati perubahan musim seperti yang diceritakan dalam ayat di atas berdasarkan tarikh as-Syamsi iaitu mengenal pasti perubahan cuaca untuk memudahkan aktiviti pertanian selepas mendapat isyarat daripada mimpi raja. Menyambut tahun baru ini dengan ibadat, itulah yang dapat dikatakan sebagai jawapan kepada soalan awal tadi. Ibadat yang dimaksudkan ialah muhasabah.

Muhasabah harus bermula daripada diri sendiri, menilai dan memerhatikan segala aktiviti hidup yang sudah dilakukan sama ada berjaya atau sebaliknya dapat meningkatkan kualiti diri. Kualiti yang dimaksudkan ialah kualiti yang setara dengan apa yang Allah tetapkan standardnya iaitu amal soleh. Amal soleh yang dimaksudkan bukan sekadar amalan berbentuk ritual seperti sembahyang, puasa atau haji, sebaliknya semua aktiviti dan amalan harian termasuk cara berhubung dengan ahli keluarga, masyarakat, cara menilai atau mena’kul sesuatu perkara.

Setiap kali tiba tahun baru kita menanam azam yang bukan sedikit. Ada yang tidak sabar menunggu kiraan detik akhir menjelang tahun baru, mengadakan pesta, konsert dan sebagainya khusus untuk menyambut tahun baru. Tidak ramai sedar atau terfikir untuk menganjurkan majlis muhasabah bagi menilai semula aktiviti atau produktiviti selama setahun berlalu. Mungkin majlis seperti ini boleh dianjurkan pada peringkat organisasi, masyarakat setempat sehinggalah ke peringkat keluarga. Sekiranya dilakukan majlis muhasabah di peringkat organisasi perniagaan atau keluarga, salah satu agenda yang patut dibincangkan ialah pengiraan zakat. Seelok-eloknya akhiri pertemuan muhasabah ini dengan doa selamat atau tahlil atau boleh juga dilakukan solat hajat memohon diberi rezeki yang lebih dalam musim yang akan datang.

Suasana ibadat dan ukhuwah akan terserlah daripada amalan seperti ini.

Sumber : IKIM

Wassalammualaikum.. =)