Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Allah satu-satunya tuhan...!!!

Thursday, September 10, 2009

Sedarlah wahai manusia sekelian. Sedarlah akan kewujudan Allah. Carilah Allah dan kenalilah Dia. Nescaya Dia akan menjadi tempat yg akan kau damba-dambakan. Tempat untuk kau bermanja. Tempat untuk kau berduka. Nescaya Dia adalah teman kau yang setia.

Semakin hari, semakin aku merasai kewujudan Allah. Semakin aku rasa Allah itu wujud. Allah itu benar. Tak dapat nak cakap macammana perasaannya. Tapi memang terasa kebesaran Allah tu. Memang tak dapat dinafikan lagi. Allah itu adalah satu. Tuhan yang menguasai alam. Tuhan yang amat berkuasa sehingga tidak memerlukan anak dan tidak memerlukan pembantu, seperti tuhan perang, tuhan kekayaan.

Dalam mencari Allah, walaupun tidak seperti yang diharapkan, Allah masih menunjukkan rahmatNya padaku. DiberiNya padaku perasaan akan kewujudanNya. Allah itu bukan sekadar kata-kata yang terbit dari bibir. Tapi lebih dari itu. Diyakini di dalam hati, disebut dgn lidah, disembah dgn seluruh anggota badan.

Mengapa masih ramai diluar sana tidak mahu mengenali Allah? Mengapa diluar sana masih ada yang menganggap Allah itu tidak sehebat mana?

0 comments:

Post a Comment