Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Nilai Hamba

Thursday, September 10, 2009

Masih ingat lagi, betapa degilnya hati aku untuk mengaku yang Allah itu adalah Tuhan, dan aku adalah hamba. Masih ingat lagi, betapa riaknya hati aku menganggap bahawa aku mampu menentukan keputusan dengan hasil usaha aku. Masih ingat lagi, betapa tidak aku bersetuju dengan kenyataan “Manusia tidak dapat menentukan takdirnya sendiri”. Hebatnya aku, walaupun mungkin kecil bagi orang lain, tapi dalam hati aku, degil taknak mengaku keTuhanan Allah.

Tapi, sekarang aku sedar, alam tak beredar mengikut kehendak aku. Tiada satupun yang bergerak dalam dunia ini, adalah sesuai dengan kehendak aku. Walaupun betapa hatiku mahuukan malam kat Malaysia ni 24 jam, tetapi selepas 12 jam matahari terbenam, matahari akan timbul kembali. Aku tak boleh kawal. Aku sendiri tak boleh kawal, samada aku ke syurga atau neraka. Aku sendiri tak boleh kawal samada aku berjaya atau tidak.

Selalu terdengar kata-kata, “manusia merancang, tetapi Tuhan yang menentukannya”. Tetapi, masih lagi ada manusia-manusia yang tidak dapat menghayati maksud kata-kata itu, termasuklah aku :( . Dahulunya, aku pasti, jika aku berusaha bersungguh-sungguh, kejayaan itu pasti milik aku. Hakikatnya tidak. Berusahalah, bergadailah segala-galanya demi apa yang kau impikan, jika Allah tidak mengaku kau sebagai hamba, adakah kau akan dapat hidup dengan tenang di dalam dunia ini? Tidak mungkin!

Cemane nak cakap ye, Allah banyak ajar aku, dari kecik sampai sekarang. Sedar atau tidak, sebenarnya Allah sahajalah yang sentiasa menemani aku dari kecil. Cemana ek, cam ni… dari kecik kawan aku bersilih ganti, dari kecik, saudara mara datang dan pergi, dari kecik, ibubapa aku bekerja di siang hari tinggalkan aku di rumah. Mereka semua ada masa-masanya tidak berada disisi aku. Tapi satu kenyataan, Tuhan aku tak pernah bersilih ganti, Tuhan aku tidak pernah datang dan pergi, Tuhan aku tidak pernah tinggalkan aku di rumah. Dialah yang sebenarnya tengok aku dari kecik sampai besar.

Semua benda-benda bodoh yang aku buat, main konda-kondi, main teng-teng, jongkang-jongkit, main bakar-bakar (taktau, masa kecik aku kagum gila tengok api bakar kertas - kena sebat dgn rotan.. stendet ar.. ), main sorok-sorok dalam almari, main kapal angkasa bawah meja, dan sekarang pula, main gitar, semua benda-benda yang bangang-bangang, yang baik-baik, sume Allah yang teman aku. Dan rasa seronok, ada yang faham aku sebenar-benar faham.

Bahkan, ada yang menganggap Tuhannya mulia seperti seorang bapa, tetapi aku menganggap Tuhan aku lebih mulia dari seorang bapa.. Dia adalah Tuhan! Tiada darjat yang lebih tinggi untuk Allah, melainkan menganggap dan mengangkat serta mengaku Dia sebagai Tuhan sekalian alam. Tuhan yang merupakan sentiasa berkasih sayang dengan aku.

Lalu, bila sudah sedar kedudukan aku yang sebenarnya hanyalah pak turut, pak sanggup, hamba untuk Allah, sanggupkah aku untuk memikirkan hasil atas usaha-usaha aku? Sanggupkah aku untuk taknak mengaku kalah dengan Allah, ’serender’ dengan Allah. Meng’iya’kan je apa yang Allah nak buat dengan aku.

Aku pun bukan sempurna, tapi, sempurna atau tidak, berdosa atau tidak, gila atau tidak, ‘weng’ atau tidak, cacat atau tidak, masih bergelumang dosa atau tidak, bukan Islam atau tidak, aku masih tetap dan selamanya dari awal-awal lagi adalah hamba Allah. Takleh nak ubah dah. Dan seorang hamba kena hidup sebagai seorang hamba. Asalkan aku sedar kenyataan itu, aku yakin aku akan kembali ke pangkal jalan, bila rasa ‘weng’. k, dah hilang ‘weng’ dah. Terima kasih....

0 comments:

Post a Comment