Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Hidup:Perjuangan dan Pergorbanan

Monday, March 15, 2010

Assalammualaikum wr wb.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Hidup ini adalah sebuah perjuangan . Perjuangan memerlukan pengorbanan . Dua perkataan yang terlalu sinonim malah mesti wujud demi sebuah kejayaan dan kemenangan yang ingin dicapai .

Bak kata hukama’ :

“ Kejayaan semanis madu memerlukan pengorbanan sepahit hempedu ”



Begitulah jua yang difirmankan oleh Allah swt :

'Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah (berkoban) dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik (kemenangan) bagi kamu, jika kamu mengetahui.'
(Surah At Taubah:41)


Sejarah kemenangan dan kegemilangan Islam di sepanjang zaman turut diwarnakan oleh perjuangan dan pengorbanan yang cukup hebat dan terbilang , menyaksikan bagaimana harta , tenaga , darah dan nyawa menjadi yuran berkualiti tinggi yang dibayar oleh para pejuang.

Firman Allah swt :

'Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang benar - benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. '
(Surah Al Ahzaab:23)


Mereka yang berjuang dan berkorban demi kerana Allah dan ugamanya , pasti mereka mencapai kemenangan justeru inilah yang isytiharkan oleh Allah swt :

'(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjuang pada jalan Allah dengan mengrbankan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (menang).' (Surah At Taubah:20)


Muqaddimah ini melakarkan suatu yang jelas kepada kita bahawa kemenangan adalah suatu yang amat bernilai dan pastinya memerlukan kesungguhan dan pembiayaan yang mahal untuk mendapatkannya. Kesungguhan itu ialah PERJUANGAN dan pembiayaan itu ialah PENGORBANAN .


'Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.'(Surah Faathir:6)

Wallahualam...

0 comments:

Post a Comment