Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Peringatan Diri;Amanah Tanggungjawab

Tuesday, March 23, 2010

Kita tidak meminta amanah dan tanggungjawab ini
Tetapi selagi mana kita bergelar manusia
Kita tidak dapat lari dari taklifan Allah ini
Sebagaimana firman Allah yang berbunyi:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya"



Amanah ini mesti dilaksanakan
Kerana ia akan dipersoal dihadapanNya kelak
Laksanakanlah sebaik mungkin
Kerana Allah tidak bertanya
Adakah kita telah berjaya melaksanakannya
Tetapi apa yang ditanya ialah
Setakat mana kita telah berusaha untuk merealisasikannya....

2 comments:

Seri Bunga said...

salam

dua tggungjwb mnusia: sebagai abid n khalifah
insyaAllah..jelas pd mtlamat..jelas pd ilmu..jelas pd cara..Allah akan redha..

p/s:jiwa mukmin..semangatnya untuk ke arah Allah sentiasa nyala membara, kan encik jin??yeayy!!

Jin said...

salam..

benar tu..

tapi..Salah satu fenomena yang ada pada diri para remaja dan pemuda dewasa ini ialah lemahnya HIMMAH mereka dalam kehidupan seharian. Tanpa Himmah dalam jiwa, segala perbuatan kita adalah lemah, tidak bersemangat..

Himmah, adalah sesuatu yang diminati untuk dikerjakan.Himmah adalah pekerjaan hati, dan yang dapat menguasai hati adalah dirinya sendiri.

Imam Ibnul Qayyim RA mengatakan, : “Ketahuilah, sesungguhnya seorang hamba yang mampu menempuh langkah2 perjalanan menuju Allah SWT adalah kerana tekad hati serta hasratnya, bukan kerana tubuhnya. Hakikatnya, takwa adalah takwanya hati, buka takwanya anggota tubuh.”

Allah SWT berfirman :
“ Demikianlah (perintah Allah). Dan barang siapa mengaungkan syiar-syiar Allah, maka sesunggunya itu timbul dari ketakwaan hati.”
(Al-Hajj : 32)

Wahai sahabat...Bagi seorang dai’, kepenatan dan keletihan adalah satu kenikmatan dan kemanisan yang mengalir dalam hati dan jiwanya.

Jawapan ini, adalah jawapan keimanan yang di dalam jiwanya ada himmah yang membara. Biar pun penat, kemanisan itulah yang dicari.

Jadi benarlah ungkapan ini :
“ Himmah yang tinggi, kehendak yang membara, dan semangat pencarian yang kuat, adalah sebahagian dari kesempurnaan hidup.”

(^_^)

Post a Comment