Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Baru Kini Hamba Sedar!

Saturday, February 13, 2010

Manusia...
Kau memang bodoh! Degil! Jahil! Hipokrit! Pendusta!
Kau memang Jahil!Pendusta!Bermuka tembok!
Huh... Di hadapan manusia...
Hebat... Kau berjuta kali lebih baik,
Lebih baik dari malaikat...
Konon!

Di hadapan DIA??
Kau sebenarnya lebih jahat,
Lebih buruk dan lebih busuk,
Dari sejuta iblis dan sekutunya

Kau beramal...
Untuk apa?
Atau untuk hari tertentu saja?

Mengapa begitu...?
Ada masanya...
Kau begitu taat kepadaNya..
Dan mengapa..
Ada ketikanya..
Kau berani mengingkariNya?
Allah itu...
Hanya wujud pada hari isnin..
Hingga jumaat sajakah?

Mengapa hari2 yg lain kau begitu malas beribadat?
Atau.. Kau ingat..
Tuhan itu hanya wujud pada waktu2 tertentu?
Hingga kau berani membuat maksiat pada waktu yang lainnya?

Kau hanya ingat Dia..
Waktu susah saja?

Waktu kau susah..
Kau datangi Dia,
mengadu keluh kesah,
Menangis rayu..
Tangisan mendayu-dayu..

Waktu senang dan bahagia..
Waktu bergelak ketawa,
Kau tinggalkan Dia..

Padahal kau tahu..
Semua itu adalah nikmat dariNya..

Dasar manusia tidak tahu malu!
Pendusta!

Kau kata kau cinta Dia..
Benarkah begitu?
Kalau benar..

Apa buktinya?

Hari ini kau minta ampun..
Hari esok kau kembali berbuat dosa..
Kau seperti mempermain-mainkan ampunanNya.
Kurang ajar punya hamba!


**********************************


Ampuni hamba Ya Tuhan.. Hamba banyak berbuat dosa.. Tunjukilah hamba jalan.. Tuntunilah hamba.. Keluar dari lembah kejahilan.. Ya Tuhanku.. Mengapa begitu sukar... Mengapa begitu sukar.. Mengapa begitu sukar.. Untuk istiqamah? Untuk terus muhasabah? Mengapa imanku terus berubah2? Ada kalanya hamba lebih kuat.. Dari sang gajah., Adakalanya hamba lemah.. Tersangat lemah! Baru kini hamba sedar.. Menuju syurga itu.. Bukanlah mudah.. Baru kini hamba sedar.. mengekalkan iman itu amat payah.. Begitu sukar menggapai redhaMu, Tuhan.. Begitu sukar untuk menjadi orang-orang yang beriman.. Yang benar-benar beriman.. Baru kini hamba benar2 sedar.. Begitu mahal rupanya.. Mahar bagi syurgaMu..

0 comments:

Post a Comment