Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Tidur

Friday, February 5, 2010


.:Cara tidur Yang Sebaik-baiknya diamalkan oleh Rasullullah s.a.w:.
  • Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
  • Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap keadaan makanan dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.
.:Waktu-waktu Yang Tidak Dibenarkan Tidur:.
  • Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
  • Selepas masuk waktu Asar.
  • Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.
.:Bahaya Tidur Di Siang Hari:.

dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
  • Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
  • Merosakkan warna kulit.
  • Melemahkan jantung.
  • Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
  • Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
  • Melemahkan kecerdasan akal.
.:Cara Menghindarkan Lesu Selepas Bangkit Dari Tidur:.
  • Bersihkan tubuh, terutamanya gahabian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
  • Hindarkan dari tidur lewat malam.
  • Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil
  • Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
  • Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
  • Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

sumber: Afifah (Pena Berbicara)

0 comments:

Post a Comment