Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Teguran dan Nasihat:pada seorang MUSLIM!

Friday, February 19, 2010
"Wahai umat manusia! Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih keturunannya atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)"
-surah al-Hujurat:13-





Assalammualaikum wr wb...

Dengan nama Allah yang MAha Pemurah lagi Maha Mengasihani, serta selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Khas buat sahabat di luar sana..Maafkan diri ini kerana berdosa. Di sini aku ingin mengajak sahabat semua bermuzakarah dan bermusyawarah... InsyaAllah dengan apa kita buat mendapat redha dari Nya, itulah sebaiknya...


Rasulullah SAW pun bersabda: “Ingat akan Allah adalah penawar kalbu,” diriwayatkan oleh Ad-Dailami oleh Anas.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah berduka lara, dengarkan firman Allah SWT;

“ Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui kalian tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 216)

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa yang berpanjangan terhadap apa-apa yang terlepas dari genggamanmu, dari dakapanmu. Kita lihat di sekeliling kita, kemudian cerminlah diri sendiri. Andai kita tidak kenal siapa yang ada di dalam cermin itu, mulai hari ini ada baiknya kita mulakan mencari diri sendiri!

Manusia yang mulia adalah yang menyedari dengan sepenuh hati bahawa dia hanyalah hamba, benar-benar hamba, dalam pengertian hamba yang sebenar-benarnya, baik secara teori mahupun praktikal. Seorang hamba hanya berfikir bagaimana memberikan yang terbaik bagi kehidupan ini, semata-mata mengharap cintaNya, keredhaanNya, dan lebih dari itu kerana dia mencintai Allah, terpesona kepada keindahan Maha Pencipta, mabuk kepayang dengan ‘kecantikan’ Maha Pemurah.

Andai ternyata keinginannya tidak selari dengan keinginan Allah SWT, ternyata apa yang diharapkannya esok hari tidak menjadi nyata, malah yang terjadi adalah sesuatu yang sebaliknya, maka kita mesti tetap ikhlas! Ikhlaslah wahai sahabatku dalam teguran itu tanpa ada niat yang lain! Aku menerima semuanya dengan senyum yang mengembang, dengan redha yang tidak terhitung. Hidupku hanya untukNya. DIAlah tujuan hidup ini, sebaik-baik tujuan hidup! Sedang yang lainnya adalah wasilah, alat, bekal, modal untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

Maka, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu! Kerana, ia memang bukan milikmu! Maka, bersihkan hatimu itu sebaiknya dahulukan, ikhlaslah.. redha dengan ketentuanNya. Kerana, kita ini adalah sebenar-benar hamba! Moga kita lebih kuat dan dekat kepadaNya.


Tegur Menegur Dalam Jemaah


Tegur-menegur dan saling menasihati sesama muslim amatlah digalakkan di dalam Islam. Kerana Islam itu merupakan agama yang mementingkan aspek kemasyarakatan dan persaudaraan dalam menuju redha Allah S.W.T. Nabi S.A.W sendiri telah menyatakan dalam hadis yang sering kita dengari dan dinukilkan oleh Imam Nawawi dalam Matan Al-Arbain An-Nawawiyyah :

“Agama itu nasihat”

Bagitulah pentingnya nasihat dalam masyarakat Islam. Walaubagaimanapun, janganlah kita melampaui had dan adab dalam memberikan nasihat dan teguran. Sehinggakan ada yang cuba menghalalkan tindakan mereka dengan menggunakan hadis di atas. Jika kita merujuk lagi kepada kitab Al-Wafi syarah Matan Al-Arbain An-Nawawiyyah ada dinukilkan kata-kata Fudhail Bin I’yadh :

“Mukmin itu menasihati dan menutup(aib dan kesalahan),Orang yang jahat(tidak beriman) itu ialah orang yang menyingkap dan mendedahkan(aib dan kesalahan)”

Sabda Nabi SAW lagi:

“Muslim itu adalah seorang yang menyelamatkan(atau menyejahterakan) muslim yang lain dengan lisannya(percakapan)"

Tugas memikul tanggungjawab memimpin perjuangan Islam bukan merupakan suatu yang mudah. Ianya tidak dijanjikan kemewahan dunia dan harta benda. Bahkan bukan matlamat utama perjuangan Islam itu adalah untuk mendapatkan kemenangan dan mendapatkan kenamaan. Oleh itu,tidak sewajarnya kepimpinan gerakan Islam disamakan dengan kepimpinan lain. Insyaallah,aku ini akan menerima cadangan dan teguran daripada semua pihak selagimana ia menguntungkan perjuangan Islam.


"Ya Allah, tabahkan dan tenangkanlah hati ku ini... Terima kasih pada Mu Ya Tuhanku..."


Wallahua’lam…


***maafkan diri ini andai menyinggung mana2 pihak... percayalah diri ini hanya menjalankan perjuangan..

0 comments:

Post a Comment