Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Ketawa;Senyuman

Thursday, February 11, 2010

Senyum seindah suria yang membawa cahaya
senyumlah dari hati dunia mu berseri
senyum membawa impian dalam kehidupan
ku tersenyum kau tersenyum kemesraan terjalin
senyum kepada semua
senyumanmu itu amatlah bermakna
senyum membahagiakan
dengan senyuman terlajinlah IKATAN..





Assalammualaikum wr wb...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad saw. Alhamdullillah syukur kita ke hadrat Illahi dengan izin Nya dapat lagi kita bersama dan yang pasti langkah hari ini atas kehendak Nya... Ermmm, ntah kenapa aku tertarik tuk post ni. Teringat pada seorang sahabat yang mana beliau tidak lekang dengan senyum tawanya.. Huhuhu..

Ermm... Apakata kita teruskan jer cerita senyum tadi (...hehehe), dari sebuah buku Indahnya Cinta, karangan Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni [pengarang buku La Tahzan]. Menurut beliau,ketawa itu ada yang tercela dan ada yang terpuji begitu juga dengan tangisan. Dan beliau membahagikan ketawa kepada beberapa jenis. Di antaranya ialah:


Pertama : Ketawa kerana kagum. Pendapat dari ahli tafsir menampilkan contoh dari firman Allah antaranya dari Surah Hud:72

Isterinya berkata: "Sungguh mengherankan, apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua, dan ini suamikupun dalam keadaan yang sudah tua pula?. Sesungguhnya ini benar-benar suatu yang sangat aneh."


Kedua : Ketawa dengan motif mengejek, menghinakan dan memperolokkan nilai-nilai dan prinsip-prinsip asas atau memperolok secara umum. Akibat dari sikap ini, Allah menghancurkan mereka sehancur-hancurnya dan menimpakan kepada mereka laknat di dunia dan akhirat.

” Maka tatkala dia datang kepada mereka dengan membawa mukjizat- mukjizat Kami dengan serta merta mereka mentertawakannya. ”
Surah Az-Zukhruf:47


Ketiga : Ketawa kerana berasa percaya diri (berasa perkasa). Perkara ini memang ada pada perilaku para tokoh terkemuka. Ketika mereka tersenyum atau ketawa, barangkali mereka sebenarnya hendak merendahkan musuh.


Keempat : Ketawa atau senyum yang bererti persetujuan. Ibaratnya anak kamu sedang bermain di dalam rumah, lalu kamu ketawa, bererti kamu setuju terhadap apa yang dilakukannya.

Kelima : Senyuman yang bererti marah. Disebut dalam Sahihain yang berasal dari hadith Ka’b bin Malik. Dia bersama kedua-dua orang sahabatnya adalah orang yang tidak ikut serta dalam perang Tabuk. Ka’ab menceritakan, “Aku menghadap Rasulullah s.a.w ketika baginda, maka baginda tersenyum dalam bentuk senyum orang yang murka.”



********************

Adapun Rasulullah s.a.w adalah seorang yang banyak senyum, akan tetapi baginda jarang ketawa dalam hidup baginda. Hanya terdapat 4 atau 5 tempat dalam hadith yang menyebutkan bahawa baginda ketawa. Senyuman bukanlah suatu yang sia-sia, bahkan ia menarik hati manusia!

Namun begitu, jangan menganggap bahawa jika seseorang itu banyak berbicara, banyak ketawa dan banyak tersenyum, lantas orang

itu dinilai tidak bertakwa kepada Allah.Kamu boleh sahaja mendapati orang yang fajir [paling banyak melakukan dosa dan derhaka kepada Allah] namun ia tidak pernah tersenyum dan tidak pernah pula ketawa.

Contohnya, ‘Amir Asy-Sya’b. beliau adalah ahli fiqih yang tiada tandingan di zamannya. Beliau ini suka berbicara, berjenaka dan lucu. Meskipun demikian, beliau adalah salah seorang di antara hamba Allah yang paling bertaqwa kepadaNya.
Diriwayatkan dari Jarir b ‘Abdillah Al-Bajali, “ Sejak aku masuk Islam, setiap kali baginda melihatku pasti melontarkan senyum ke wajahku.”


Petunjuk yang boleh diambil dari baginda s.a.w, banyak memberikan senyuman kepada sesame saudara muslim, kerana senyum adalah sedekah yang paling mudah. Bersama memohon dari Allah swt supaya kita bersifat lembut dan berperangai baik. Semoga Allah menjadikan kita semua bahagia di dunia dan di akhirat. InsyaAllah...

p/s: sudahkah anda tersenyum untuk hari ini? =)

0 comments:

Post a Comment