Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Subuh;Sudahkah kau mendapatkan rahasia itu?

Wednesday, February 3, 2010

Assalammualaikum wr wb...

Alhamdullillah...dengan nama Allah yang Maha penyayang lagi Maha Mengasihani...serta selawat kita keatas Rasullullah s.a.w. Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dapat kita bersama lagi bagi meneruskan perjuangan ini... InsyaAllah... =)

Semoga di pagi hari yang indah ini, kawan semua merasakan keindahan suasana subuh. Sebuah keindahan yang hanya kau dapatkan ketika kau melaksanakan dan mendirikan solat subuh berjemaah di masjid.

Sepanjang perjalananmu ke rumah Allah itu, tatapilah langit dan kau akan lihat pintu langit serasa dibuka oleh Pemiliknya. Engkau akan lihat pemandangan alam yang sangat luar biasa. Bintang kecil yang berkelap-kelip dan pancaran cahaya bulan soalah-olah mengatakan kepadamu, “selamat pagi sahabatku”. Lalu kau akan dengarkan suara azan yang merdu sambung menyambung dari masjid ke masjid.

Memanggil umat Islam untuk segera solat subuh daripada tidur. Alangkah indahnya suasana subuh. Suasana kedamaian hati yang selalu terjaga. Dalam suasana itu para malaikat turun ke bumi mencatat orang-orang soleh yang selalu menegakkan solat subuhnya dengan baik dan sempurna. Memuji manusia yang selalu konsisten dengan apa yang dituliskan dengan apa yang dikerjakan. Membuat para malaikat iri dengan amalan orang-orang soleh. Orang-orang yang selalu bersujud dan bertemu dengan Tuhannya di waktu subuh.

Keindahan suasana subuh tidak banyak dirasakan oleh manusia. Apalagi bila iman manusia itu sedang turun. Tak akan didengarnya suara azan sambung menyambung. Tak akan di dengarnya pula suara ayam berkokok di pagi hari membangunkan manusia dengan suara kukuruyuknya. Tak akan kau rasakan pula sejuknya udara pagi dan indahnya panorama alam. Bumi Allah yang kaya akan kekayaan alamnya.

Indahnya pagi dan suasana subuh membuat hatiku berdecak kagum akan kebesaran pemilik langit dan bumi. Membuatku berzikir dan mengucapkan Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illahu Allahu Akbar. Memuji kebesaran Allah, Tuhan yang maha Tinggi. Tuhan yang Maha Agung.



Keindahan suasana subuh telah menyedarkan aku betapa pentingnya mendirikan solat di waktu subuh. Membaca Al-Qur’an di pagi hari dan membuatku semakin dekat dengan Pemilik alam semesta yang sangat indah ini. Mengucapkan terima kasih kepada Allah kerana telah dipanjangkan umurku di hari ini. Alhamdullillah...

Keindahan suasana subuh membuatku terharu akan betapa sayangnya DIA kepada para makhlukNya. Semua makhluk yang diciptakanNya diberinya kasih sayang yang sama. Sama-sama diberikan rezeki dari pintu langit dan bumi. Semoga Allah sentiasa menjagaku untuk selalu mendirikan solat subuh berjamaah. Solat yang di dalamnya mengandung rahsia.

Rahsia solat subuh.Sudahkah kau mendapatkan rahsia itu? ermmm...

Salam Blogger Persahabatan..

Wassalammualaikum...

0 comments:

Post a Comment