Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Ketika Ini Aku Berserah...

Monday, February 15, 2010

Bismillahirahmanirahim...


Dengn Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.. serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Aku bersaksi tiada Illah yang layak disembah selain Allah dan aku bersaksi Muhammad pesuruh Allah. Dengan nama Allah Tuhan yang mencipta sekalian alam.. Tuhan yang mencipta segala kerajaan langit dan segala kerajaan bumi. Tuhan yang Maha Mengetahui segala apa yang diketahui dan tidak diketahui, yang tiada sekutu bagiNya... Tuhan yang tidak diperanakkan dan tidak memperanakkan... Allah yang Maha Esa, hanya padaMu Tuhan aku berserah dan aku sembah... Segala puji bagi Mu Ya Allah Yang Maha Agung..


Alhamdullillah.. dengan rahmat yang Allah berikan, aku bernafas dengan nikmat yang dipinjamkan agar dapat sekali lagi aku teruskan perjuangan dibumi Allah ini. Semakin hari... terasa diri ini masih belum sempurna. Sebagaimana terjadinya Adam yang dicemburui oleh Iblis kerana trciptanya Adam sebaik-baik makhluk yang dijadikan dari tanah untuk menjadi khalifah di bumi Allah ini. Tetapi dimanakah sempurnanya manusia tanpa bekalan iman dan taqwa kepada Khalidnya?? Ya Allah kenapa diri ini terasa begitu payah tuk terus beriman?? Aku tidak pernah dan tidak akan berputus asa untuk terus beriman padaMu Tuhan.. Tetapi kasihanilah aku Tuhanku, datanglah padaku, pimpinilah hati ini agar terus menuju kepadaMu. Tabahkan hati ini tuk mendapatkan iman padaMu.


Tuhanku... setiap nafas yang aku sedut dari nikmat yang Kau pinjamkan ini, aku tak terlepas dari melakukan dosa padaMu. Betapa lemahnya aku Ya Tuhanku. Betapa hinanya aku di sisiMu. Tunjukkanlah aku Ya Allah.. tunjukkanlah hidayahMu, sebenar-benar hidayah dariMu Tuhanku. Hanya Kau Ya Allah yang sentiasa memerhatikan hambaMu ini.. hanya Kau saja Tuhanku yang memelihara hambaMu ini.. hanya Kau saja yang menentukan sgala dibelakang dan dihadapan hambaMu ini.. hanya Kau saja teman yang setia buat hambaMu ini.


Bersihkanlah jiwa ku ini Tuhanku, aku memohon agar Kau jauhkanlah aku dari segala dosa2 dan azab Mu di neraka. Kau lah hrapan ku...Kau lah tempat ku berlindung, lindungilah aku dari segala dosa dan maksiat. Lindungilah aku dari segala tipu daya di dunia ini. Aku tidak mahu tertipu lagi... aku tidak mahu jadi manusia yang alpa dan buta. Sesungguhnya syaitan itu musuhku yang nyata, aku lihat sekelilingku yang mana nyata aku lihat. segalanya adalah alat tipudaya dan bahan permainan syaitan musuh yang nyata. Tetapi Ya Allah, akan tertipu lah hamba jika hanya melihat dgn mata kasarku ini, aku pohon padaMu bukakanlah hatiku... celikkanlah mata hatiku, agar dapat aku terus menuju redhaMu Wahai Tuhanku. Tidak sekali aku lakukan sesuatu tanpa mengharapkan redha dari Mu Ya Allah...


Ya Allah.. kaulah Maha Pengampun yang mengampuni segala dosa, yang menerima segala taubat.. Bantulah aku Ya Tuhanku, dekatilah aku padaMu.. Andai segala ketentuan dan ujian dariMu ini untuk menguji keimananku, Ya Allah aku redha dgn apa yang telah Kau tentukan tetapi Tuhanku Yang Maha Mengasihani, hamba terlalu lemah dan hamba memohon pertolongan dariMu. Kurniakanlah aku kesabaran dan ketabahan, kurniakanlah aku ketenangan dan kekuatan.. agar dapat kutempuhi ujian Mu ini dengan penuh keimanan... Sesungguhnya Ya Allah, hanya Kau Maha Mengerti yang tersurat dan yang tersrat di hati ini... Hanya padaMu aku berserah Tuhanku Yang Maha Besar...


Ameen

2 comments:

kim_HasNuL said...

ameenn

جين said...

salam ameen =)

Post a Comment