Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Apabila hatiku berbicara

Saturday, December 26, 2009

Assalammualaikum..satu luahan bila hatiku bicara..

aku kesali zaman ini…zaman yang penuh tipudaya dan pancaroba. Oh.. aku silap.. bukan ke dunia itu sendiri Allah telah nyatakan sebagai tipudaya..iaitu kesenangan yg menipu? aku teringat satu Hadis Qudsi yg berbunyi:

“Anak cucu Adam yang mengatakan ‘Alangkah celakanya zaman ini’ sungguh menyakitkan hatiKU. Janganlah zaman yang disalahkan, kerana zaman itu AKU yang membuatnya. AKU lah yang mempersilih gantikan siang dengan malam. Bila saja AKU mahu, AKU dapat menghentikannya.“
(Riwayat Muslim dari Abi Hurairah)


Sedang zaman yang Allah cipta bergantinya siang dan malam itu tiadalah salah dan dosanya, tetapi aku juga yang merosak dan menyakiti zaman itu..mengubah dan mengotori zaman itu dengan najis dosa dan maksiat kepada Pencipta.

Bila ku renung akan kemurkaan Allah, aku rase gerun dan seram dgn seksaan ALLAH yg amat amat sangat pedihnya.. kerana iman ku yg senipis kulit bawang.. ‘amalanku yg sekecil zarah.. ilmu ku yg hanya setitis dan kerana tiadanya manfaat dariku untuk agamaku.. Namun ku teringat lagi satu Hadis Qudsi yg berbunyi:

“Kadang-kadang AKU bermaksud akan menyeksa hamba-hambaKU, tetapi sewaktu AKU melihat orang-orang yg berduyun-duyun mengunjungi masjid, orang-orang yg mendengarkan ayat-ayatKU, anak-anak muslim yg seronok belajar agama, reda tenteramlah kembali amarahKU.” (Al-Ja’bar)

aku dapat satu pembayang,iaitu mengimarahkan rumah Allah itu dapat menghilangkan amarah Allah terhadapku yg banyak berbuat dosa dan maksiat ini, begitu juga dengan mendengar dan memperdengarkan ayat-ayatNya yang suci.

“Masjid-masjid di muka bumi ini adalah ibarat rumahKU. Orang-orang yg meramaikan masjid adalah tamu-tamuKU. Beruntunglah orang-orang yg telah membersihkan dirinya datang bertamu ke rumahKU, kerana yg dikunjungi berkewajipan menghormati tetamuNYA.” (Hidayatul Mursyidin)

Masya'Allah..begitu hebat sekali Allah beri penghargaan kepada hamba-hamba yg mengunjungi rumahNya

“Demi kebesaran dan kehormatan KU, pasti tidak akan terdapat dua ketakutan atau dua keamanan dalam diri hambaKU. Jika dia aman di dunia dengan menganggap remeh kepadaKU, di hari kiamat akan AKU beri ketakutan. Jika di dunia dia takut kepadaKU, dihari kiamat AKU beri keamanan.”
(Riwayat Ibnu Hibban)


Bagaimana rasa takut pada ALLAH itu? erm..takut ke kita padaNya? Tapi di dunia ini kita bersenang dan bergelak tawa bersama teman-teman. Hehe..kita sangat takot pada Allah!!! Begitukah takut? Sedang kita dalam kelalaian.. adakah orang yg ketakutan masih mampu senyum? Ketawa apatah lagi? jadi..aku rujuk pada diriku sendiri.. Aku inginkan keamanan dari Allah di hari kiamat nanti.. Aku inginkan syurga Allah:

“Sungguh tidak ada rasa malu, orang yg mengharapkan syurga tanpa beramal. Bagaimana mungkin AKU akan bermurah dengan ‘nikmat’ KU terhadap orang yg ‘kikir’ menta’atiKU?” (Hidayatul Mursyidin)

Mmg betul, aku malu untuk meminta syurgaMu sedang amal ku yg sedikit, namun aku takut untuk menempuh azab nerakaMu Oh Tuhanku..Aku masih memohon Kau pimpinlah aku kepadaMu. aku sangat memerlukanMu baik waktu siangku, malamku, senangku, susahku, hidupku dan matiku:

“Hai anak Adam! Semua orang memerlukan kamu untuk kepentingannya, tetapi AKU memerlukan kamu untuk kepentingan kamu sendiri, kenapa kamu menjauhi AKU?” (Al-Futuhatul Makkiyah)

aku tak mahu jauh dariMu ya Allah.. aku ingin selalu bersamaMu. Setiap detik dan ketika.. aku ingin suburkan jiwaku dengan sentiasa menyebut namaMu, aku ingin sentiasa patuh dan taat padaMu, walau kadang kaki aku tersadung dan terjatuh rebah ke dalam lumpur, ampunkanlah aku yang hina ini ya Allah..

Malah, adakalanya aku terlupa bahawa aku ada Kau ya Allah. aku manusia yg lalai sentiasa ‘percaya’ dan ‘yakin’ kepada sesuatu yg di depan mata, aku terlupa aku ada Kau yg Maha Kuasa dan tiada yg berkuasa melainkan Engkau Yang Satu:

“Hai anak cucu Adam! Janganlah merendahkan diri mengharapkan sesuatu kepada orang selain AKU, sedangkan AKU selalu bersedia menolongmu, jika kamu memohon kepadaKU, kamu akan memperolehi kurniaKU, tetapi jika kamu mengemis-ngemis kepada yang lain dariKU, akan luputlah segala kebaikan itu.” (Hidayatul Mursyidin)

aku tahu hakikatnya tiada yg berkuasa melainkan Engkau ya Tuhanku.. Tiada yg Pemberi dan Perkenan melainkan Engkau ya Tuhanku.. Tiada makhluk yg dapat menyamai Engkau ya Tuhanku.. Kau menguasai segala kerajaan di langit mahupun di bumi..Hanya padaMu kami berhajat didunia dan akhirat Ya Allah…ampunkanlah hamba Mu yang hina ini..amin.

aku yang jahil.. wassalam..

0 comments:

Post a Comment