Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Kasih sayang Allah

Thursday, December 3, 2009

Aku hidup dengan kasih sayang Allah. Aku bangkit dengan kasih sayang Allah. Aku belajar dengan kasih sayang Allah. Aku pernah jatuh, dan Allah memberikan aku kasih sayangNya, dan memberikan aku perasaan kasih sayangNya untuk diberikan kepada kawan-kawan aku, selagi mana aku mampu untuk memeluk mereka.

Aku sayangkan kawan-kawan aku. Aku mahu mereka sama-sama duduk dibawah naungan Allah. Sama-sama mengakui keTuhanan Allah, sama-sama mengakui kehambaan manusia kepadaNya. Aku inginkan mereka sama-sama mengaku kalah dengan kuasa Allah, dan tunduk dengan semua kehendakNya.

Allah tak pernah zalim, Allah yang paling best. Allah yang paling comel. Aku suka Allah. Dan semua makhlukNya suka padaNya. Time tengah susah, Dia gak yang datang. Dari Dia juga kita dapat kekuatan untuk teruskan kehidupan. Jangan takut pada Allah, sebab Dia maha baik. Maha memahami. Faham setiap masalah makhlukNya. Sebagai balasan, Dia hanya mintak kita bersetuju untuk menjadi hambaNya.

Aku tahu aku bukan perfect. Aku tak dapat nak hafal banyak-banyak surah ke, ape ke. Tapi perfect atau tidak, buruk atau tidak perangai aku, kenyataannya, kita tetap hambaNya. Perfect atau tidak, kita kena jadi hambaNya, bekerja untukNya.

Aku redha Allah sebagai Tuhan aku, sebab Dialah yang paling Agung dan Hebat. Seronok dapat jadi hamba pada Tuhan yang teramatlah Hebat, Penyayang dan Pemurah. So, sapa di antara manusia ni, tak terasa suka jadi hamba Allah?

2 comments:

kim_HasNuL said...

erm.. bro, sesungguh nya tiada manusia yg smpurna dimuka bumi ini.. huhu.. Allah xpnah memilih utk brksih syg pada hambaNya, ikut rupe @ sbagainya.. erm.. yg pasti Allah mmg syg kn hamba2 Nya..
hepi sokmo... May ALLAH bless U Bro..

جين said...

shukran kim...

Post a Comment