Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Tak mahu menjadi aku!

Sunday, December 6, 2009

Assalammualaikum wr. wb.

Wah… Otak dah kosong untuk mengeluarkan idea-idea yang dapat menggerakkan jari-jemari menekan keyboard untuk mengatur ayat. ?? Apa da aku mengarut. Ketiadaan idea itu mungkin kerana perhatian yang lebih diberikan kepada kehidupan realiti aku yang banyak sangat perubahan.

Dalam beberapa bulan, aku mencuba untuk tidak menjadi aku. Aku cuba untuk tidak menjadi aku yang ego, keras hati, gelabah tak tentu pasal, yang terkejar-kejar tah hape ke bende tah, yang berangan-angan, yang kusut masai, yang memandang tinggi terhadap diri sendiri, yang sentiasa merasakan diri sendiri sentiasa betul, yang hanya mementingkan diri sendiri, yang sukar untuk terima apa pemberian Allah, yang sukar untuk akur dan tunduk pada Allah, dan macam-macam lagi la, yang bila kalau search pakai google tu, memang jumpa macam-macam dalam lubuk hati ni.

Dengan pakej yang aku ada ni, aku cuba berjalan dan menikmati kehidupan dengan cara aku sendiri, cara yang aku fikirkan itulah jalan yang terbaik untuk hidup aku. Tapi semakin lama, sebenarnya semakin tiada ketenangan. Semakin aku rasakan Allah berlepas diri dari aku. Lalu sampai satu tahap, tetiba jek aku tertanya-tanya, kat mana aku sekarang ni?

Untuk fix balik segala pakej yang aku ada ni, agar sukar. Erk.. rasanya bukan agak lagi, dah memang sukar dah pun. Lagi nak bentuk jadi basikal, makin jadi bentuk motor. Semua pakej yang aku ada sekarang, semuanya yang rosak-rosak. Jadi jika andai kata aku dapat memperbaiki pakej yang aku ada ini, itu hanyalah bahan kitar-semula sahaja, yang datangnya dari bahan-bahan terbuang.

Jadi, aku memuat satu keputusan yang amat drastik. Drastik ke? Taktau la. Nak fix balik benda-benda yang rosak ni susah, seperti Windows yang dah kene jangkit dengan berbagai-bagai virus. Dah pakai semua anti-virus dah. Norton, Pc-Cillin, Bit-Defender, F-Secure, Mc Afee, Panda.. semua dah. Dari yang berbayar, sampai la yang free. Tapi system dah kene jangkit dengan virus teruk sangat. Setiap HardDisk yang ada semua dah dijangkiti. Jadi satu cara je yang tinggal…. iaitu format terus. Install Windows balik.

So, sekarang ni, aku letak semua benda kepada kosong balik. Sekarang tengah dalam proses memformat HardDisk yang terakhir. Rasanya la kot. Harap-harap ye la. Rasa cam dah takde HardDisk yang tertinggal dah. Kalau ada pon mungkin CD, Disket atau Pendrive.

Haha, rasa-rasa korang faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni? Aku tau, aku nak bebas. Rupanya itulah yang dimaksudkan dengan bebas dan merdeka kepada keluasan Islam. Lagi luas kehidupan bila ikut standard yang telah ditetapkan oleh Allah berbanding ikut standard yang diletakkan oleh manusia.

Cuba bayangkan, tetiba dunia terbalik, orang yang paling berjaya ialah orang yang paling banyak kumpul sampah. Mesti berebut-rebut orang nak kumpul sampah.

Adeh.. ape yang aku mengarut ni…

1 comments:

kim_HasNuL said...

insyaallah, aku paham bro.. Allah sntiasa brsama org2 yg brusaha melakukn brubahan kearah kebaikn.. pastinya Allah sntiasa brsama kita.. Maay Allah bless u bro..

Post a Comment