Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Kembali.........

Thursday, December 3, 2009
Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa'ayat 78 yang bermaksud:

Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun di dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.

Firman Allah yang bermaksud:

Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5)Kali ...

  • Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senangdengan selalu membaca Al-Quran.
  • Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku denganselalu solat malam.
  • Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amalsoleh yang menjadi hamparan.
  • Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalanBismillah sebagai penawar.
  • Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,makabanyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supayakamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya....

  • Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
  • Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
  • Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
  • Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
  • Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu, iaitu :

  • Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
  • Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
  • Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
  • Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.

Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

  • Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
  • Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
  • Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
  • Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
  • Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya



0 comments:

Post a Comment