Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Hanya pandukan akal?

Tuesday, December 8, 2009

Assalammualaikum wr. wb.

Disekeliling aku, ramai sangat yang hebat bila berhujah tentang Islam. Kebanyakkannya yang tahu hanyalah satu atau dua ayat. Tapi berhujah sehingga berjam-jam. Selebihnya banyak berhujah menggunakan akal. Bila diteliti kembali, semua hujah-hujahnya hanyalah pandangannya tentang Islam. Bukannya pandangan Allah tentang Islam. Sedangkan diri mereka pon kebanyakkan dari masanya mengejar dunia, bukan ditumpukan untuk mempelajari Islam dan mengamalkannya dengan cara yang betul.

Bila ditegur supaya diberikan hujah yang lebih jelas, aku dituduh terlalu dalam mempelajari Islam. Tak faham. Kenapa subjek Matematik, kita sendiri tau nak belajar dalam-dalam, macammana setiap formula berfungsi. Nak hujah-hujah yang nyata. Tapi bila berkenaan dengan Islam, tak mahu pelajari dengan mendalam. Dan belajar sendiri. Dan berbangga kerana mencari Islam sendiri, dan faham sendiri.

Dan yang paling menyampah, iktiraf diri sendiri hidup berpandukan al-Quran dan Hadis. Sedangkan bila ditanya dimana hidup berpandukan al-Quran dan Hadis itu diimplementasikan, selalunya tiada jawapan yang jelas. Seperti biasa, pusing-pusing sampai aku yang pening.

Aku bukan klaim aku yang terbaik tapi menyampah bila diri sendiri selalu menunding kelemahan orang lain. Dan bila ditunding pula kelemahan dia, fakta tu akan dipusing-pusing sehingga nampak seolah-olah semua itulah kelemahan kita. Bila dianjurkan mengakui kelemahan diri sendiri, disuruh pula kita yang menerima kelemahan diri.

Bahaya sangat pemikiran yang selalu bergantung pada diri sendiri. Kerana ketika itu, kita akan beranggapan, semua kata-kata orang lain ketepikan kerana mereka tidak faham diri kita. Awal-awal lagi dah letakkan dinding antara kita dan orang lain. Kita hanya akan terima apa yang dikatakan oleh diri kita sahaja, ataupun apa yang kita “approve” sahaja.

Bila sampai tahap tu, bila kita berjaya, kita menyangka kejayaan itu milik kita. Kita menyangka kita berjaya dengan usaha kita yang bersungguh-sungguh. Masa tu kita hanya tahu membetulkan orang lain. Sedangkan diri kita, hanya bergantung pada diri kita je untuk perbetulkan.

Aku ada contoh di depan mata aku yang aku taknak kut sampai aku mati. Nampak jelas dia seperti tuhan kepada dirinya sendiri tapi bila diberitahu, menafikannya dan pusing-pusing balik seolah-olah kita pula yang salah.

Aku bukan tuhan pada diri sendiri. Aku berjaya jika Allah nak aku berjaya. Sebab takde satu pun yang aku dapat selama ini aku dapatkan sendiri. Kerana alam beredar bukan mengikut kehendak aku, tapi kehendak Pencipta. Tapi, Pencipta sendiri mahukan kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah diri kita sendiri. Masa tiba kejayaan itulah kita diuji.

Bagi mereka yang tahu, mereka tahu kepada siapa tulisan ini ditujukan. Pening layan orang otak bisnes ni, cakap pusing-pusing.

WAllahu A'lam

2 comments:

kim_HasNuL said...

salam bro.. hehehe.. sabo jek lam mnempuh ujian hdup nih.. lau pn aku nih hnya pndai ckp kt org jek, tp lam aku ckp kt org aku jgak ce garamkn lam khidupan aku.. insyaallah bro.. seiringkn hati dan akal dlm brkata2.. dan juga ilmu yg ada.. k bro.. may ALLAH bless ur life.. insyaallah... ameeennnn.. =)

kim_HasNuL said...

eh, nk btulkn ksilapan ejaan jap. bkn garamkn, hehe.. garapkn.. pembetulan ek...

Post a Comment