Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Lebih dari mencukupi

Friday, December 4, 2009

Assalammualaikum wr. wb.

Kalau kita jenis tak kisah, tak berkira sangat dengan apa yang Allah bagi, sebenarnya bila kita tengok balik, dah lebih dari mencukupi dah. Apa yang Allah bagi tu, sebenarnya dah lebih dah dari apa yang kita perlu pakai. Tapi diri kita sendiri yang selalu rasa tak cukup. Bila dah dapat satu, nak dua, pastu nak tiga, pastu nak empat.

Aku pun jenis orang yang macam tu. Tapi sekarang, aku pun sedang bertarung dengan diri aku sendiri antara untuk berasa cukup, atau tidak cukup. Ikut sepatutnya, dunia ni pakai secukup rasa. Janji dapat hidup sampai kematian datang dah cukup. Kalau datang tanggungjawab lebih, baru cari lebih, tu pun secukup rasa je. Yang lebih penting, dapat jaga diri, agar dimatikan di dalam Islam yang benar.

Sebab depan mata aku, ada seorang yang tidak pernah merasa cukup. Asyik nak kejar yang lebih je. Dari bekerja dengan orang, bekerja sendiri.. harapan nak pendapatan lebih dan masa lebih. Tapi hakikatnya, pas bekerja sendiri, tak pernah pon merasa cukup, baik dari segi wang dan masa. Bila perniagaan stabil, mula nak besarkan lagi perniagaan. Haha, memang nafsu tak pernah rasa cukup.

Sekarang, seboleh-boleh taknak ikuti jejak langkah orang yang aku kenal tu. Cukuplah. Allah dah menyelamatkan aku pun dah cukup baik dah. Ada wang setiap bulan walaupun cukup dah cukup baik dah. Dah bertanggungjawab lebih nanti, baru cari lebih, setakat ni dah cukup dah.

Cuma nak kekalkan agar sukar. Bila tengok kawan-kawan berkelulusan, bekerja, berkereta.. agak cemburu. Tapi dorg takde ape yang aku ada iaitu takyah pening-pening pasal duit. Ramai kata aku bodoh, tapi katalah ape-ape.. bodoh pon bodohlah, itu pun dah cukup dah, asal lahir, kenal Allah, mati dalam keadaan beriman. Gilo, hidayah, bagi satu kekayaan satu alam kat Allah pun, belum gerenti dapat.


Ok...wassalam..

1 comments:

kim_HasNuL said...

btul3.. sbnarnyer nikmat yg Allah bg dh byk sgt.. kte jek xnmpak smpai ase xcukup.. 2 la mnusia an.. ermm.. insyaallah.. kte cube.. hehehe..

Post a Comment