Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Nafsu dan akal

Monday, December 21, 2009
بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam sebuah kitab karangan 'Utsman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi ada menerangkan bahawa ketika ALLAH telah menciptakan akal, ALLAH telah berfirman pada akal: "Wahai akal, mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kedepan ALLAH,kendian ALLAH berfirman lagi yang bermaksud: "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbaliklah seperti perintah ALLAH.

Kendian ALLAH berfirman lagi pada akal: "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun menjawablah, "ENGKAU adalah TUHAN yang menciptakan aku dan aku adalah hambaMU yang daif dan lemah."
Dan ALLAH berfirman lg yg bermaksud: "Wahai akal tidak KU ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

And then ALLAH menciptakan nafsu pulak, dan berfirman kepadanya yg bermaksud: "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya ia mendiamkan diri. Kemudian ALLAH berfirman lagi yg bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah AKU?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan ENGKAU adalah ENGKAU."
Lepas tu ALLAH SWT menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya.

Kendian ALLAH SWT berfirman padanya yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah AKU?". Nafsu menjawab, "Aku adalah aku dan ENGKAU adalah ENGKAU." Punye la keras pale..heh..Lalu ALLAH SWT menyiksa lagi nafsu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka ALLAH bertanya lagi pada nafsu: "Siapakah engkau dan siapakah AKU?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hambaMU dan KAMU adalah TUHANku."

Dalam kitab tersebut juga ade menerangkan bahawa dgn asbab itulah ALLAH SWT mewajibkan puasa. So dari kisah ni dapatlah kita tahu bahawa nafsu itu adalah sangat jahat, oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu dalam diri kita, jangan biarkan nafsu menguasai kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah..hancus..lebus.. huhu.. ALLAH telah jelaskan bahawa "nafsu dan syaitan itu adalah musuhmu yg nyata".. wallahu a'lam bissawab..

2 comments:

kim_HasNuL said...

kendian kim berkata: betul.. nafsu mmg la sgt2 prlu djga.. hehehe... jgn trlalu ikt hawa nafsu.. moh lew kte sesame jga ek.. insyaallah..

جين said...

Moh...berjihad lah pada diri sendiri...:D

Post a Comment