Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Alam

Saturday, November 14, 2009

Kalau dilihat sekeliling, alam semesta, semuanya diciptakan untuk menyokong kehidupan manusia. Matahari dicipta dan bumi berputar pada paksinya untuk dijadikan siang dan malam untuk manusia mengatur kehidupannya. Laut dicipta untuk disejatkan lalu menjadi awan dan lalu menjadi hujan untuk membasahi bumi agar tumbuhan-tumbuhan dapat membesar. Tumbuhan pula dicipta sebagai bahan makanan untuk manusia. Begitu juga dengan haiwan-haiwan. Darat dicipta untuk dijadikan kawasan penempatan bagi manusia. Laut pula untuk dijadikan salah satu sumber rezeki dan makanan manusia. Udara dicipta untuk menyejukkan manusia. Bulan dicipta untuk menerangi malam manusia. Akal dicipta untuk membantu manusia mencipta teknologi-teknologi untuk menggunakan segala apa yang diciptakan sebagai sesuatu yang bermanfaat bagi manusia.

Semuanya diciptakan untuk manusia. Manusia ini terlalu istimewa untuk disia-siakan hidup mereka. Manusia ini terlalu istimewa untuk hanyut dengan ciptaan-ciptaan ini. Mengapa semua ini untuk manusia? Mengapa manusia istimewa? Mengapa Tuhan menjadikan semuanya untuk membantu kehidupan manusia? Ini semua kerana manusia ada satu tanggungjawab yang berat dan besar yang perlu dilaksanakan di atas muka bumi ini. Itulah kalimah Allah.

Hakikat kejadian manusia hanya untuk memastikan seluruh penghuni bumi memuja Tuhan yang sebenar. Untuk memastikan seluruh penghuni bumi hidup dengan aturan-aturan yang telah ditetapkan oleh Pencipta dengan membesarkannya setiap masa, memuja setiap saat, menyembahnya setiap waktu.

Pencipta telah memberikan manusia segalanya sebagai sokongan untuk menegakkan kalimah-Nya dimuka bumi ini. Untuk membaja bumi ini dengan benih-benih keimanan kepada-Nya agar menjadi manfaat pula kepada makhluk-makhluk yang lain. Setiap ciptaan Pencipta adalah bersaudara. Malaikat sentiasa sujud kepada-Nya. Tumbuhan-tumbuhan pula sentiasa berzikir kepada-Nya. Haiwan-haiwan menjadi tauladan kepada manusia secara fitrahnya dan syaitan pula menjadi sempadan untuk manusia agar jangan menderhaka kepada Pencipta.

Tapi mengapakah manusia-manusia ini masih tidak sedar. Mengapakah hati-hati ini masih keras dari tunduk kepada-Nya. Tidak cukupkah dengan segala rahmat yang Pencipta berikan kepada mereka. Marilah kita pulang ke satu-satunya jalan yang benar. Iaitu meletakkan segala-galanya selepas Allah dan Rasul-Nya. Masih belum terlambat andai nyawa kita belum diambil hari ini.


(*gambar tu aku amik time aku camping kat pangkor)

0 comments:

Post a Comment