Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Dulu,Sekarang....

Friday, November 13, 2009



Hahaha, baru je tadi aku selongkar balik buku-buku lama aku. Semua tulisan-tulisan aku ada kat situ.. yang puas hati, yang tak puas hati.. semua ada kat situ. Bila aku baca, sebenarnya banyak memberikan aku pengajaran. Waktu aku menulis tuh, aku tak nampak keadaan diri aku sebagaimana aku nampak diri aku sekarang waktu itu. Perasaan dia seperti aku menjadi orang ketiga melihat aku waktu itu menulis untuk melepaskan ketidakpuasan hati aku.

Dan yang aku nampak, kehidupan aku tak banyak improve sebenarnya. Betapa penatnya aku berlari, sebenarnya aku berlari setempat. Lalu aku penat terduduk, menyangkakan aku sudah pergi jauh. Melihat sekeliling, memang berbeza. Tetapi sebenarnya ditempat yang sama. Kerana aku mula berlari siang dan berhenti malam. Jadilah aku menyangka aku berada ditempat yang lain. Sedangkan tidak.

Aku tertanya-tanya, di masa depan, jika aku melihat kembali tulisan-tulisan aku hari ini, adakah aku akan tergelak atau berbangga dengan diri aku ketika itu. Aiyaaa.. nak tunggu, kena tunggu 2-3 tahun lagik.

1 comments:

Hasnul_kim said...

ermm.. laupn brlari stempat, ko xrase kew yg lemak2 dew ga ilang.. hehehe

Post a Comment