Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Sahabat,Teman dan Kawan...Khas buat KIM!

Thursday, November 12, 2009
Ada sesuatu yang menarik dalam blog seseorang yang menanyakan maksud SAHABAT,TEMAN dan KAWAN...erm...terasa mahu aku memberi pandangan aku sendiri. Aku pun tertanya pada diri aku, bagaimana aku nak kategori kan pada dorng yang selama ini aku sendiri xpasti samaada dorg sahabat aku,teman aku atau kawan aku...ataupun cuma kenalan aku.

Definisi sahabat dan kawan mmg aku akui kadangkala dianggap mengelirukan pada sesetengah individu termasuk aku. Ahaks...ini sume pandangan aku jer..so tak salah aku rase tuk memberi pandangan dgn teori merepek aku sendiri. Kali ni aku cuba memerah otak aku tuk memberi definisi atau maksud bagi istilah SAHABAT,TEMAN,dan KAWAN. Untuk memudahkan aku supaya senang skit nak paham aku gunakan istilah seperti "sahabat aku","teman aku",dan "kawan aku". senang skit aku nak bezakan maksudnya yang membuatkan korang pikirlah sendiri.

Pada sahabat aku adalah seorg yang memiliki rase tanggungjawab terhadap diri aku. Tak kira la lelaki atau perempuan dia tuh asal dia bukan ada talian darah ngan aku nih. Kata lain, sahabat bukan terdiri dari keluarga aku..macam adik beradik tapi mampu mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik beradik.sahabat aku adlh org yang memberi manfaat dan kebaikan pada aku termasuk aku sendiri pada sahabat aku tuh. Mempunyai sifat setiakawan dan sanggup berjuang demi kebaikan persahabatan. Mampu menyimpan rahsia dan keaiban aku demi melindungi aku. Sahabat aku mesti menyayangi aku membuat aku merasa selamat bila bersamanya. Dia boleh menjadi penjaga dan pelindung pa diri aku.

Teman aku merupakan seorg yang dapat bkongsi lebih dari satu perkara macam kongsi minat,hobi,perasaan,dan sewaktu lah. Orang yang selalu berinteraksi dgn aku dan aku dapat mengenali peribadi mengenainya. Beberapa la...tak semesti suma tapi hampir keseluruhan. Dpat memiliki masa untuk bsama,enjoy sama sbb pada aku teman lahir atas byk persamaan antara aku dan dia hingga aku berasa seronok enjoy bersama nya.

KAwan aku pulak biasanya org yang boleh mewujudkan kerjasama. Cam ne ek..Macam aku leh wat tugasan sama-sama,belajar sama-sama dgn kawan-kawan sekelas. Dari kawan lah boleh melahirkan teman dan sahabat, senang cite kawan nih time kite nak mula rapat lah nagn dia. Ada kawan yang boleh dianggap sahabat,ada pula kawan yang boleh dianggap teman dan ada kawan yang boleh dianggap segala-galanya,lebih dari seorg sahabat mahupun seorg teman. Allah swt sentiasa menemani kite. Ingatlah Allah!

1 comments:

kim_HasNuL said...

thanks bro, wlaupn tuh hnya pndpat ko & bkn kajian sainstifik, aku ley trima.. ermm.. pndpt mnusia brbeza2..papew pn trimas bebyk...

Post a Comment