Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Gatal Mengatal...!

Wednesday, November 11, 2009

Ntah apa aku nak merepek kali nih. Yang pasti badan aku gatal2 sgt. Huhuhuhu...merah badan aku tapi mesti ada hikmahnya. Sepanjang 2-3 hari ni, aku diganggu oleh benda-benda lama yang amatlah bosan untuk aku melayannya. Hehehe hakikatnya, sampai sekarang ni pun masih lagi terganggu. Dalam hidup aku, banyak langkah-langkah yang tak best aku buat. Dan kesannya, effect aku sampai ari ni. Huh, tapi nak wat camner kan? Papehalpon, apa yang aku lalui sebelum ni lah yang membentuk aku hari ini. Tapi itu hanyalah sebahagian kecil dari hidup aku nak dibandingkan apa yang aku akan hadapi sepanjang hidup aku. Lepas ni, aku akan lebih berhati-hati untuk melangkah.

Sekarang nih, tgh layan badan aku yang gatal akibat alergic. Ntah kena counter attack gamaknya ngan ulat time kat ladang sawit pagi tadi. Pening pala dibuatnya. Tak tahan. Nak tido pon takleh, nak membaca pon takleh, nak buat apa pon takleh.Nak posting...erk...boleh la pulak..:D.

Selepas nih, aku nak aturkan segala-galanya balik. Betul kata seorang abang, sepanjang kita hidup, kita akan lalui beberapa siri futur. Itu satu kepastian, tapi menurutnya, futur itu adalah masa untuk aku rehat dan kaji balik, adakah langkah-langkah kita sebelum ni 100% tepat dengan keredhaan Allah. Walaupun masih lagi dalam keadaan futur, tapi tetap kena terus berjalan, kalau boleh berlari.

Dalam hati aku ada satu keyakinan, kalau aku betul-betul hidup dengan cara yang Allah suka, redhai, sepanjang hidup aku akan senang. Buat apa saja pasti berjaya. Dan, sudah pasti juga akan ada kegagalan, kesusahan dan sebagainya. Tapi selagi hidup aku tepat dengan apa yang Allah suka, akan ada ketenangan kat situ dan Allah akan tolong. Konpem! Allah tak tipu hambaNya.

"Ya Allah...sembuhkan lah penyakit aku nih...ameen"



( * Gambar hiasan.. View KL dari jendela umah aku kat ampang )

1 comments:

Hasnul_kim said...

amennn... huhuhu

Post a Comment