Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Doaku buat CINTAKU...

Saturday, November 14, 2009


Aku mendoakanmu hari ini
dan aku tahu Allah pasti mendengar
aku merasakan jawapannya dalam hatiku
meskipun Allah tidak berkata walau sepatah...

Aku tidak meminta kemewahan
apatah lagi kemasyhuran untukmu
kerana aku tahu kau tidak memerlukannya
Aku meminta anugerah yang lebih berharga
yang akan abadi selamanya....

Aku berdoa agar Allah selalu bersamamu
pada permulaan hari-hari
untuk mengurniakanmu kesihatan dan keberkatan
kejayaan dan keagungan iman
dan kawan untuk menemanimu
berkongsi suka duka sepanjang jalan....


Aku meminta Allah merahmatimu
dengan kegembiraan dan kebahagiaan
dalam setiap perkara kecil dan besar
dan permintaanku yang paling utama
aku bermohon Allah menyayangi dan mencintaimu
selama-lamanya...

Aku mendoakanmu hari ini
dalam sujud sembahku yang panjang
bersimpuh pada keakuan diri
inilah sebagai tanda kasihku kepadamu
dan aku bermohon
agar Allah mengikat kemas kasih sayang ini
di hatiku dan di hatimu
selamanya........wahai kekasihku


Ameen...


(*Gambar Hiasan)

1 comments:

kim_HasNuL said...

ko doakn utk sape bro?? erm.. papew pn aku tlg amin kn gak, xpewkn?? hehehe....
aminnnn..

Post a Comment