Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Sistem Pendidikan

Wednesday, November 11, 2009

Aku terfikir, kalau ikut sistem pendidikan manusia, masa kecik kena habiskan 6 tahun di sekolah rendah dan seterusnya kena menghabiskan 5 tahun di sekolah menengah. Lepas tu masuk U, bergantung, lepas 3 tahun boleh lar digelar graduan. Selepas tu, mula bekerja dan pegang title orang yg berkerjaya. Bla.. bla.. bla..

Tapi, dalam masa aku menjadi pelajar kepada sistem pendidikan manusia, aku adalah pelajar kepada sistem pendidikan Allah. Maksudnya sistem pendidikan kat sini bergerak selari dan tiada batasan masa. selagi aku hidup, aku masih adalah pelajar kepada sistem pendidikan tu.

Dan sistem ini hanya ada satu exam final dan satu exam percubaan. Exam percubaan untuk sistem ini adalah masa aku dalam kubur nanti, dan exam final bila aku di depan mahkamah akhirat nanti. Dan sistem pendidikan ini mempunyai semester-semesternya sendiri. Dan setiap semester ada ujian-ujian akhir semester. Dan bagi sesiapa yg dapat melepasi ujian-ujian ini, dia akan proceed ke tingkatan seterusnya.

Sistem ini tak lain dan tak bukan meminta aku belajar seumur hidup. Semua yg aku hadapi ari nih, perkara-perkara yg berlangsung dalam hidup aku ari nih, adalah seperti kelas-kelas yg aku kena hadiri sepertimana sistem pendidikan manusia. Ada kelas yg boring, menyakitkan, ada kelas yg seronok dan menggembirakan. Dan ada yg aku carik pasal dalam kelas-kelas setiap hari.. ada juga masa yg aku duduk dalam belajar di dalam kelas itu. Dan, yang menariknya, setiap kelas setiap hari adalah berlainan silibusnya.

Dan aku sendiri taktau, semasa graduation day nanti, adakah aku akan mengambil sijil aku dari sebelah kiri, kanan atau belakang. Kalau aku amek sijil dari sebelah kanan, masuk syurga aku.. kalau tak, mampus aku.

Jadi, adakah betul ak jadi pelajar yg baik, ataupun pelajar yg bermasalah dgn sistem pendidikan Allah ini?

0 comments:

Post a Comment