Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Ampunkan Aku Ya Allah...

Saturday, November 14, 2009

Dua tiga minggu ni berat rasanya ujian yg menimpa. Aku rasa, aku dah buat Allah marah kat aku bila aku menolak tuah yg datang. Taktau nak cakap kat siapa. Takut org lain salah faham. Cuma utk menerima, rasanya seperti terpaksa.

Nak mulakan hidup baru. Tapi tak tahu. Walaupun aku telah berganjak dari alam yg gelap sebelum ini, tapi kesannya masih lagi menghantuiku. Utk beberapa minggu ni, aku kembali geram dan marah terhadap apa yg datang dalam hidupku. Semuanya seolah-olah memaksa aku menerima apa yg aku tak suka. Aku minta ampun ya Allah. Aku telah berjanji sebelum ni, aku tidak mahu lagi mengecewakan Kau ya Allah.

Jenuh aku mencari jawapan. Apa erti sebenarnya kehidupan. Melihat cemburu terhadap mereka yg berjaya. Mempunyai kerjaya, mempunyai keluarga. Tetapi, siang malam, sehari-harian mengulangi perkara yg sama, perkara yg tidak dapat membawanya ke syurga. Siang kerja, malam kerja. Kaya raya. Tapi lupa tugasan utama kit akat dunia, iaitu membawa semua manusia selagi mampu kepada Allah.

Aku tak mahu hidupku sia-sia sebegitu. Aku dah jumpa sebenarnya matlamat hidup aku. Matlamat yg tidak sia-sia. Aku dah apply dah keje tuh. Dah dapat dah. Tapi aku tolak. Aku apply jadi tentera Allah. Mintak duduk kat saf depan. Allah dah bagi aku peluang. Tapi aku tolak.

Aku tak mampu nak terima. Aku dah cuba terima. Tapi aku tak mampu. Mintak ampun ya Allah. Tuhan yg amat aku kasihi. Akibat aku rasa terpaksa, aku lalai. Aku terlupa akan Mu sementara. Dunia takde jawapan yg aku carik.

Aku mintak ampun kepada semua orang kalau ada sesiapa yg aku pernah melukakan hati mereka. Aku mintak maaf. Memang aku tak nak lukakan/susahkan sesiapa dah. Tapi, itulah yg aku buat dalam keadaan aku tidak sedar.

Buat beberapa minggu ni, semua perkara silam terbayang-bayang kembali. Aku dah byk membazir masa. Aku dah banyak menyusahkan orang. Malah dalam beberapa minggu terdekat yg lalu, aku dah melukakan org.

Aku harap Allah tak marah kat aku. Aku dah cuba nak buat apa yg Allah nak. Aku dah cuba sedaya upaya. Aku cuba telan walaupun pahit. Aku nak jumpa Allah, tapi aku rasa aku dah buat perkara yg Allah tak suka. Aku mintak maaf, aku betul2 tak sanggup. Aku mintak maaf. Aku mintak ampun. Ya Allah…. Tuhanku….. Yg memiliki jiwaku…..

1 comments:

Hasnul_kim said...

alahmdulillah.. bro, lau pn kte byk wat slh dgn Allah, tp syukur kte msih sdar dgn itu & kte pohonlah keampunan kt Dia.. tp cmner skiranya hati2 kte nie xsedar yg kte ngah wat slh?? cmner nk mntak ampun klu xtau yg kte wat slh?? pyah klu gitu.. insyaallah, Allah dh janjikn pd hamba NYa utk mmbri k'ampunan pd yg meminta.. tp, skiranya malu utk meminta maaf pada Allah utk kesalahan yg sma, jgnlah ulangi wat bnde tuh.. sama2 kte perbaiki hati kte..hehehe

Post a Comment