Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Maha Mengetahui..

Monday, November 16, 2009

Cukuplah. Dia, Allah Yang Esa tahu segalanya pasal ku. perkataan ku, hati ku, kata2 ku, akal fikiran ku.

Pernahkah aku consider akan kehadiran KAMU, ya Allah? Sedihnya, aku menjadi hamba yang ignorant pada Tuhan ku. jahilnya aku tak melihat KAMU ada di situ.

Selalu sahaja KAMU lihat diriku begini? jatuh cinta dengan duniawi. nauzubillah. berangan2kan cinta idaman kalbu. sedangkan KAMU janjikan pasangan. For sure! tapi aku masih mahu teringat2kannya.

Selalu sahaja KAMU dengar isi hatiku. yang kadangkala melampiaskan rasa marah, tak puas hati, dendam kesumat. sehinggakan KAMU benci untuk mendengarnya lagi, kerana bukan itu yang KAMU harapkan hatiku ini penuh dengan duniawi. Ya Allah, tak sangka diriku ni lebih suka penuhi hati ini dengan benda2 duniawi daripada perkara tentang KAMU. Jahilnya, jahilnya aku...!

Ya Rabb, mungkin hati ini sudah lama dihanyut jahiliah duniawi hinggakan sangat susah untuk aku sedari kehadiranMu. Takut sangat andai Kau bosan dengan kehidupan dan amalan ku lalu Kau pergi. Jangan biarkan diriku yang berlumpur ini lemas begitu saja.

Maka, aku berlindung padaMU, Ya Allah!

0 comments:

Post a Comment