Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Nota Khas Buat Honey...!

Saturday, November 14, 2009
Hayatilah...

Jika awak memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah awak mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali awak lepaskan ia semula
ke dalam air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kail awak
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah awak memberi banyak pengharapan kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangi awak,
hendaklah awak menjaga hatinya....
janganlah sesekali awak terus meninggalkannya begitu sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama awak
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati awak....

Jika awak menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk awak menampalnya semula....
akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika awak cuba membaikinya
mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika awak memiliki seseorang terima lah seadanya....
Janganlah awak terlalu mengaguminya
dan janganlah awak menganggapnya begitu istimewa....
anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan
bukan mudah bagi awak untuk menerimanya....
akhirnya awak kecewa meninggalkannya.
Sedangkan jika awak memaafkannya
boleh jadi hubungan awak akan berterusan hingga ke akhirnya....

Jika awak telah memiliki sepinggan nasi... yang awak pasti baik untuk diri awak.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa awak berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan awak tidak boleh memakannya.
awak akan menyesal.

Begitu juga jika awak telah bertemu dengan seorang insan.....
yang awak pasti membawa kebaikan kepada diri awak.
Menyayangi awak. Mengasihi awak.
Mengapa awak berlengah,
cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, awak akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
awak juga yang akan menyesal.....

p/s no matter what u did, u'll always be part of my life honey...luv FIRUL

2 comments:

kim_HasNuL said...

hati taman lah bro, but tul jgak... jgn dkejar kesmpurnaan, mmg xkn jmpe yg smpurna.. jgn bg harapan klu xske, cian org 2 akn sakit.. jgn syg org overdose sgt klu lom jd hakmilik, coz klu dtinggalkn mmg perit.. But bro, ubati hati ko yg kucewa 2.. hehehehe.. hepi sokmo!!

hambaallah said...

Terima kasih. Doa yang baik² sentiasa mengiringimu. Aaminn..

Post a Comment