Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Cukuplah Allah...

Wednesday, November 11, 2009
Grap From : www.paksi.net
Author By : Yusrina


Aku merasa puas dengan Tuhanku sebagai pengganti, dan penghibur dari segala sesuatu yang tidak aku inginkan selain Dia
Betapa rindu hati ini kepada Penguasa yang selalu melihatku dalam semua gerak-geriku sedang aku tidak dapat melihatNYA
Jika aku bertaubat, itu atas anugerahNYA kepadaku
Dan jika aku berbuat dosa, Dia adalah harapanku
Jika aku berpaling, Dia menyeruku
Dan jika aku menghadap, Dia mendekatkanku (kepadaNYA)
Jika aku mencintaiNYA, Dia memeliharaku
Dan jika aku ikhlas, Dia membisikiku
Jika aku berbuat lalai, Dia memaafkanku
Dan jika aku berbuat baik, Dia membalasku
Wahai kekasihku, Engkau Maha Pemurah kepadaku
Maka singkirkanlah semua kesedihanku
Hanya kepada Engkaulah kerinduanku
Dengan segenap hatiku, lahir dan batinku
Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah
Dan yang paling diharapkan (kemurahanNYA)
Wahai Yang Maha dahulu kebaikanNYA kepadaku
Kerananya tidaklah layak bagiMU melupakanku
Wahai Tuhan semua manusia baik di dunia mahupun di akhirat
Atas semua perbuatan yang kulakukan
Maha Suci Tuhan yang mempunyai keagungan
Dan yang mempunyai pembalasan
Maha Perkasa kedudukanNYA
Lagi Maha Terpuji semua perbuatanNYA
Kegembiraanku dengan pertanyaan (hisab)
Adalah kerana aku akan dapat melihatNYA
Maka bagaimanakah aku tidak gembira denganNYA
Bila Dia menganugerahiku
Wahai Yang Mempunyai kemuliaan
Wahai yang mempunyai kemurahan
Anugerahilah aku
Dan ubahlah apa yang Engkau lihat
Dari keburukan keadaanku
Aku mengadu kepadaMU
tentang dosa-dosa yang tidak dapat kuingkari
Sesungguhnya aku selalu berharap kepadaMU
Wahai Yang Maha Pemberi anugerah
Untuk mengampuninya
Sebelum hisabMU kepadaku di Padang Mahsyar
Wahai Tuhan tumpuan harapanku pada hari pembalasan
Hari yang penuh dengan ketakutan
Saat Engkau menyebutkannya
Aku memohon Engkau mengampuninya di Padang Mahsyar
Sebagaimana Engkau menutupinya ketika di dunia
Wahai Tuhan tumpuan harapanku
Kerana Engkaulah yang akan menghisabku....


[Petikan dari Cambuk Hati, karya Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni]

0 comments:

Post a Comment