Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Semuanya Berperanan!

Monday, November 16, 2009

Allah berkata-kata kepadaku melalui kalamNya, melalui alam, melalui peristiwa-peristiwa dilalui, melalui orang-orang yg dihadirkanNya di dalam hidup kita. Aku teringat dulu, aku pernah berpegang pada satu pendapat:

Semua benda di dalam dunia ni ada peranannya. Hatta batu di tepi jalan pun ada peranannya. Hatta puntung-puntung rokok yg dibuang merata-rata tu pun ada peranannya. Semua ada fungsi masing-masing.

Di dalam kehidupan ni, setiap benda saling berkaitan antara satu sama lain. Setiap benda, kejadian tu saling bahu-membahu antara satu sama lain. Hilang satu, akan rosaklah sistem alam ini. Akan rosaklah rangkaian-rangkaian yg dibina oleh semua benda tu.

Apabila ada satu kematian, Allah akan hadirkan satu kelahiran untuk menjadikan sistem itu terus sempurna agar terus memainkan peranannya di dalam bumi ini, termasuklah menyebarkan Islam, mahupun merosakkan muka bumi ini.

Setiap sesuatu pada pendapat aku berperanan.

Ambil contoh batu. Kita fikir secara logik. Katakanlah, Allah menghadirkan sekumpulan budak-budak nakal untuk mencampakkan seketul batu ke tengah jalan raya. Ok, kemudian apakah fungsi batu yg kecil itu? Lalu Allah hadirkan seorang Mat Rempit yg sedang merempit kat jalan yg bebudak nakal tadi tu campak batu tuh. Kemudian atas kehendak Allah, mat rempit tuh langgar dan eksiden. Lalu, bila ditengok balik mat rempit tu baru balik dari isap ganja kat umah kawan. Then batu tu sebagai penyebab utk dia eksiden dan menjadi hukuman/kafarah ke atas dosa-dosa dia.

Ok, tu contoh bodoh je la.Tapi nak tunjukkan fungsi batu tu.

Ok, kita amek contoh tahi kucing la pulak. Tahi kucing, benda tak best, ape peranan die ye? Ada ke? Macam takde je. Tapi sebenarnya ada. Katakan ada seorang mamat ni, ada keta, tapi punyalah pemalas nak cuci kereta. Dan bertimbun debu kat keta dia. Tapi pemalas gak. Biasa la. Keta mak bapak. Dah kena sound ngan mak bapak suh basuh pun, malas lagik. Then ari tu dia terlanggar tahi kucing tuh, abes kena tayar. Tapi nak jadikan cerita lak, kena lar sket badan keta dia. Pastu balik umah jer, dah terbau bau yg tak best. Cek-cek, dah langgar tahi. So, pendek cite, alang-alang basuh tayar dan bahagian keta yg terkena tuh, terus la dia membasuh keta dia.

Tu pun contoh bodoh. Tapi nak tunjukkan, benda yg tak best pun ada peranan.

Ok, sekarang tengok pulak peranan-peranan orang-orang yg hadir di sekitar kita. Ada peranan mereka. Kita ada peranan untuk mereka, mereka ada peranan untuk kita. Cuma terpulang bagi kita mahu mengambil pengajaran atau tidak.

Katakan, kita kena tikam dgn kawan baik kita sendiri yg dah kawan sejak dari lahir lagik. Dah la lahir waktu sama, hospital sama, lepas tu duduk sebelah-sebelah, kebetulan mak kawan kita tu pun dah kawan dgn mak kita sejak lahir lagik. Dari baby dah sama-sama. Tetiba bila dah besar dia tikam kita dari belakang. Katakan, rompak kedai runcit, pastu tuduh kita. Alih-alih kita masuk lokap lak.

Bagi sesiapa yg hatinya tak terikat pada Allah, pasti akan serik untuk percayakan orang lagik. Pastu terlintas dalam hati, baru tau siapa kawan, siapa lawan. Pastu jadi dendam dan cepat curiga pada orang lain. Pastu malas nak layan orang lain dah. Semuanya benda negatif jer.

Tapi bagi yg mengambil pelajaran dari Allah, pasti dia terfikir sepatutnya dia memilih kawan yg dekat pada Allah. Patut dia berkawan kerana Allah. Patut dia berkawan dengan orang yg jujur dengan Allah. Lalu dia insaf dan mengambil iktibar. Lalu terlintas di fikirannya, manusia semua tak sempurna. Tak terfikir langsung kawan yg tikam belakang tu sebagai lawan. Baginya, semua orang adalah kawannya. Lalu dia simpati pada kawannya dan dia berusaha sedaya upaya untuk menginsafkan kawannya.

Nampak tak? Semua benda ada peranan. Polis, lokap, gari, pistol, kedai runcit, kawan, duit. Cuma bagi mereka yg terbuka hatinya untuk sujud pada Allah sahaja yang dapat mengambil pengajaran dari alam ini.

Begitu jugak dengan awek kita. Tak pasal-pasal je, dah bercinta bagai nak rak. Dah invest banyak gile duit untuk awek kita tu. Bayar bil la, belanja makan lar, macam-macam la. Pastu tetiba, mak bapak dia kawinkan awek kita dgn orang lain. Waa.. masa tu mesti terfikir, kalau dia bukan jodoh untuk kita kenapa Allah takdirkan kita couple dgn dia. Membazir gile.

Tapi kalau kita tengok dari pandangan Allah. Sebenarnya Allah nak bagitau kita, adakah sebenarnya awek kita tu dapat bawak kita dekat pada Allah. Adakah Allah datang dulu, cinta datang dulu. Adakah apa yang kita buat dgn awek kita tuh Allah suka atau tak? So, itu peranan awek kita tuh. Untuk menyedarkan kita betapa sebenarnya kita lebih utamakan awek kita dari Allah. Sebab, kalau kita utamakan Allah, pasti kita takkan couple dgn die memula dulu, sebab Allah tak bagi. Dan pasti kita akan tak kisah Allah kawinkan awek kita dgn orang lain asalkan itu yg Allah suka.

So, nampak tak peranan manusia tu kat mana. Mak bapak kita, adik beradik, kawan, sedara-mara, semua ada peranan untuk kita menginsafi diri kita. Ingat, makhluk Allah itu bukan sekadar manusia. Tapi alam. Termasuklah binatang, tingkap, tiang lampu, jalan, tumbuhan, air, angin, cahaya, langit, batu, pasir, tahi pun.

Dan semua itu adalah untuk memberikan pengajaran bagi sesiapa yang mahu mengambil pelajaran dariNya.

Jadi, setakat ni je lah. Lepas ni nak cerita lak pasal setiap peristiwa yg kita lalui ada kaitan dengan peristiwa-peristiwa sebelum ni yg kita lalui sebagai melengkapkan skrip yg Allah dah tulis untuk kita sebelum kita dicipta lagi.

2 comments:

kim_HasNuL said...

ermm.. mmg bro sumer yg diciptakan dew pranannya.. hatta bnde2 yg diciptakan oleh mnusia.. msing2 dew fungsi... isyaallah, kte ce mainkn pranan kte sebaik mungkin..

جين said...

Sampai 1 tahap, fikiran otak kita akan selari dengan wahyu. Selagi pemikiran kita tak selari dengan wahyu, selagi tuh, sebenarnya ilmu kita yg cetek. Kita yang bermasalah.

Post a Comment