Jin

My photo
"يا الله، اكو مموهون كڤد-مو اونتوق منچينتاي-مو، منچينتاي سياڤا سهاج يڠ منچينتاي-مو، سرتا منچينتاي ڤربواتن يڠ مڠهانتركن داكو اونتوق منچينتاي-مو."- نبي داود اس

Mengaku Kalah!

Monday, November 16, 2009


Assalammualaikum wr wb...

Bunyi tajuk tu cam simple jer. Tapi itulah yang paling susah aku nak buat. Aku sangkakan, aku dah mengaku kalah dengan Allah, tapi sebenarnya saki baki tu masih ada lagi.

Apa yang dimaksudkan dengan mengaku kalah dengan Allah? Dalam fikiran aku, contoh mengaku kalah dengan Allah ialah apabila, aku menginginkan kaya, kemudian selepas aku berusaha sedaya-upaya aku tetap miskin. Lalu timbul satu perasaan dalam hati, takpelah.. aku dah cuba sedaya-upaya, tapi ini yang Allah bagi kat aku. Ikut je lah ape yang Allah nak. Aku mengaku kalah. Lebih kurang macam tu lah.

Mengaku kalah dengan Allah jugak adalah masanya aku menunjukkan pada Allah, betapa aku ini hanyalah hamba padaNya. Mengaku kalah dengan apa yang Allah nak bagi dan dah bagi kat aku. Sebab aku ini tertakluk dalam pemerintahanNya. Sebab Allah pemilik kehidupan aku. Terpulang pada Allah nak letak aku kat mana. Kalau Allah nak letakkan aku jadi pengemis (contohnya), patut ke aku marah dan tak puas hati? Apa kedudukan aku dengan Allah?

Aku kena sedar, banyak benda dalam dunia ni bukan dalam tangan aku. Rasanya takde satu benda pon yang berada di dalam tangan aku. Kalau pon, jika aku berkeputusan untuk belajar sungguh-sungguh, dan kemudiannya aku mendapat markah yang cemerlang, adakah itu bermakna kejayaan itu di dalam tangan aku jika aku belajar sungguh-sungguh? Tidak! Itu hanyalah bertepatan dedngan kehendak Allah barulah aku dikurniakan kejayaan.

Samada aku suka atau tidak, segala-galanya telah ditentukan, selepas seminit ini, apa ang aku akan buat, esok apa yang aku akan buat, semuanya telah tertulis. Jadi, aku ada pilihan, untuk terima sahaja apa yang Allah tetapkan untuk aku, atau aku boleh menjerumuskan diri aku ke dalam neraka dengan tidak berpuas hati dengan apa yang Allah buat. Walau apa pun...aku tetap akan berusaha...


erm...wassalammu'alaikum wr. wb...

3 comments:

kim_HasNuL said...

lorhh.. pasrah lew kre nih.. cam aku nih ha.. pasrah jek ngn pew yg dew lam idup aku.. hepi life..

جين said...

Takkan terdaya kite melawannya Kim..

kim_HasNuL said...

ye bro..=P

Post a Comment